Langkau ke kandungan utama

Kisah Rumahtangga Yang Sedih 1



Sebuah kisah rumahtangga yang sedih

Ada sebuah kisah rumah tangga yang sedih. Si lelaki jatuh cinta kepada seorang intern di tempat kerjanya tanpa mengetahui wanita tersebut ialah anak pemilik syarikat koglomerat tersebut.
Apabila si lelaki mengetahui perkara sebenar, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke kampung. Kemudian mereka berkahwin setelah wanita tersebut mencarinya dengan menaiki helikopter ke kampungnya dan berjanji akan mempertahankan suaminya di hadapan keluarga wanita tersebut.

Namun, setelah berkahwin 3 tahun, mereka sering bergaduh di tempat kerja dan terdengar gosip ura-ura mereka akan bercerai. Jadi, mereka memanggil wartawan untuk membuat temuramah bagi membersihkan gosip tersebut.

Si suami sudah tidak tahan dengan perkahwinan tersebut terlebih lagi apabila dia baru mengetahui bahawa isterinya telah membuat wasiat awal-awalnya sebelum berkahwin lagi supaya harta tidak akan jatuh kepada suaminya kelak apabila bercerai hidup atau mati.

Dia baru mengetahui dan menyedari isterinya memperlakukan dia seperti kerbau dicucuk hidung. Dia akan senantiasa mengikut ke mana sahaja yang diajak oleh isterinya. 

Petang itu, dia kecewa dan tidak lagi mahu mengikut isterinya berpergian.

Kehidupan rumah tangga mereka tidak bahagia. Dia tinggal bersama ibu bapanya, mak cik, pak ciknya dan datuk bersama teman wanitanya di bawah satu bumbung. Semua perayaan disambut situ termasuk perayaan mengingati kematian datuk moyang sebanyak 15 kali setahun yang mana semua menantu lelaki terlibat menyediakan semua perkhidmatan manakala anak lelaki mereka malas untuk menyertai mereka menyediakan persiapan majlis tersebut.

Tempat kerjanya di bawah isterinya sebagai CEO. Beliau sebagai ketua pegawai undang-undang.

Beliau pulang ke kampung seketika untuk menenangkan fikiran. Namun teruk dimarahi oleh kakaknya kerana semua perayaan tidak balik dan yang paling penting ialah tidak balik semasa sambutan hari jadi bapanya yang ke-60 tahun.

Apabila beliau menyatakan hasratnya mahu bercerai seluruh keluarganya membantah. Kakak dan abangnya mengungkit pasal pengorbanan yang mereka telah lakukan bagi memberikannya laluan untuk masuk universiti dan mempunyai peluang masa depan yang cerah. Apabila berkahwin dengan anak tokoh terhebat, lagilah besar dan cerah masa depannya.

Beliau nekad untuk bercerai apabila mahu berbincang dengan isterinya. Namun, hasratnya itu terpaksa dipendam apabila isterinya menyatakan dia akan mati 3 bulan lagi. Berkali-kali dia menanyakan isterinya seakan dia tidak percaya apa yang didengarinya walaupun isterinya bercakap jelas, terang dan tepat (straight to the point).

Beliau berjanji akan melayani sebaiknya isterinya sepanjang 3 bulan tersebut.

Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker