Langkau ke kandungan utama

Skandal Kawan Sekerja


Skandal kawan sekerja

Skandal kawan sekerja, banyak jumpa wei. Saya banyak lompat kerja, paling macam-macam kerja dah dibuat. Rata-rata bila tanya bab skandal ini banyak bermula dari tempat kerja.

Mari kita baca kawan kita punya cerita.

1. PUNCA dan kejadian kisah skandal di tempat kerja ni berlaku di mana-mana. Kerja kilang, kerja bahagian office, kerja sales dan banyak lagi lah. Malah di tempat saya bekerja dahulu pun ada beberapa siri berskandal juga.

2. Ada yang pengakhiran jadi isteri kedua, ada juga sanggup jadi simpanan dan meranapkan kebahagiaan orang lain.

3. Yakinlah bahawa , kebanyakannya kalau kita selidik bukan nawaitu nak curang pun. Oklah, cakap direct lah ramai bermula dengan ayat “alah rilex lah, kawan kerja jelah itupun nak jeles ke”.

Kadang akan keluar ayat biasa “dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah” atau “eh dia tu suami orang lah. Tak hadaplah sis”. 

Nampak simple tapi dari ayat-ayat yang stereotype inilah akhirnya membunuh sebuah kepercayaan. Kenapa?

4. Mula dengan acah-acah gurau tapi berunsur manja gitu. Kemudian mula pula berkongsi masalah rumahtangga masing-masing.

Yang suami mula rasa isteri di rumah tak sekepala. Sibuk layan anak sahaja dan dan tiada masa bermanja. Rasa isteri dah tak lagi bagi layanan mesra macam awal kahwin dulu. Itu jam isteri membebel sikit pun dah rasa meluat.

5. Di pihak perempuan pun mula kongsi isu di rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah tapi sang suami pulang lewat malam. Babak kesepian bermula. Mula penat urus rumah seorang.

6. Semudah itu sahaja asalnya. Bercerita. Tiada siapa syak pun. Atas sebab satu pejabat atau sama tempat kerja pula, akan mula rasa yang kawan berlainan jantina itu tadi lebih ‘memahami’ sebab kononnya ‘si dia’ terus dapat tangkap apa inti bicara. Sebahasa.

7. Inilah yang orang panggil 'PUNCA'. Dalam diam syaitan level internship mula masuk jarum. Rumahtangga yang halal mula panas macam haram rasanya, padahal yang itulah syurga dunia. 

Kalau syaitan level CEO lagi kuat hasutan dia bisik bangkitkan berahi, itu jam lupa dah mana pangkuan keluarga. Kalau yang buat skandal tu sendiri perangai serupa syaitan, lagi mudah kerja SETAN 😂

8. Jadi, jangan mudah beramah mesra. Berkawan seadanya. Tak payah lebih-lebih. Sederhana.

Islam dah ajar, jangan hampiri zina. Toksah layan dah lawak bodoh malam jumaat. Dangkal sangat lawak jimak malam jumaat tu. Hilang dah malu, hilang dah sensitiviti.

9. Sebelah perempuan, jangan terhegeh nak cerita masalah kat lelaki. Tak kisah la awak tu single ke isteri orang ke. Gaduh dengan boyfriend pun, kalau sudi nak kahwin dua pun jadilah lelaki sejati pinang berdepan. 

Nabi cuma ajar kebenaran islam berpoligami tapi nabi tak ajar pulak sebelum kahwin dua kena ada skandal. Cerita dalam group perempuan sekadarnya sahaja cukuplah.

10. Sebelah lelaki, boleh dah stop 'adjust' melayan sangat orang perempuan modal air mata sedih kononnya semua masalah dunia ini dia seorang yang hadap.

Set garis terhad masing-masing. Ingat isteri dan anak-anak di rumah. Isteri tu penat, semua dia urus. Kalau nak isteri cantik, invest lah belikan set spa dan makeup.

Nak isteri nampak presentable, beli la baju ke perfume wangi ke. Nak isteri tak membebel, dengar cakap isteri dan ringankan tulang tu bantu kerja rumah apa yang patut.

11. Sebenarnya tanggungjawab itu atas bahu sendiri. Jangan bila dah terhantuk, tuding jari pihak sana pihak sini. Namun begitu, memang tak dinafikan, inilah namanya UJIAN hidup berumahtangga.

🔥 Ingat satu hal yang mudah, esok anak kita besar kita pun nak tengok mereka bahagia dengan pasangan mereka. Jadi bermulalah dengan kita ni sebagai imam. Tak jadi imam, jadi Da'ie pun elok juga.

Sekian,
Semoga memberi manfaat 🙏

Credit ✍️ Azizul Zairi

Pengalaman Sha sendiri pula, dua-dua pejabat tertinggi ada skandal dengan orang pejabat. Seorang itu dengan setiausaha (PA) dia. Padahal dia kata dia dah berkahwin di Sarawak.

Seorang lagi Mak Janda (MJ) anak sorang dari Sarawak juga. Diorang pun satu rumah dengan PA yang atas tu. 

Dia kawan Sha. Sha tak tahu wei dia tu menggedik dan ada skandal dengan VVIP.

Tahap menggediknya, kawan-kawan cerita memang power la. Korang bayangkan betina gedik yang menggoda orang lelaki macam dalam tv tu. Haa, gitu la..

Tapi last-last dia kahwin dengan orang lain juga. Orang biasa je. Sha pun dah lost contact. Kawan cakap, dia dah bersalinkan anak perempuan.

Sekarang ni, Sha kerja tempat baru, kakak senior cerita sini banyak sangat skandal, dengan laki orang, dengan bini orang. Kemudian, ada pegawai baru masuk pun, MJ juga, diorang cakap dia pun ada skandal dengan laki orang.

Nauzubillah himinzalik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker