Tiba-tiba, Sha ternampak satu hantaran(posting) dari KTM Berhad yang menyatakan tiket tambahan Aidilfitri telah dibuka, sejam yang lepas. Sambil Sha baca kenyataan, Sha minta suami check dahulu tiket. Tapi katanya kena login.
Jadi, Sha yang tempah menggunakan applikasi KITS. Alhamdulillah, dengan dua kali percubaan, berjaya membuat pembayaran. Dua kali tu sebab Sha tersalah letak nama sendiri pada 'nama seperti yang tertera di kad', padahal dia nak tau bank apa. Sha buat pembayaran secara Debit Card.
Selepas berjaya menempah tiket ETS, dan selesai masak, dalam hati duk berlagu "Seminggu berhari rayaaa, lupakan segala sengketa, hoi!" - Lagu Raya Senario.
Sha dan anak2 memang happy la sebab dapat balik raya di kampung. 🥰😍🤩
Sha memang rasa nak balik beraya di kampung juga pada tahun ini. Kalau tak dapat balik raya, Sha akan balik selepas raya.
Dan Sha juga, tak rasa nak balik kampung naik kereta ke bas ke.. Sebab Sha tak suka dengan kesesakan jalan raya yang melampau. Kalau bergerak slow2 okay je.
Lagi satu, kalau naik kereta, sakit badan akibat bergegar kecil semasa dalam perjalanan. Tapi naik ETS ni, rasa smooth je. Badan pun tak sakit.
Cuma bosan la sikit. Kalaulah diperbanyakkan iklan dalam tren tu bukankah lebih seronok. Bukankah banyak kementerian dan agensi kerajaan ada mengeluarkan iklan, boleh guna iklan-iklan tersebut. Itu cadangan jika susah nak pasang filem movie dalam tren.
Teringat dulu masa Sha kerja kat Perak, driver bas akan pasang movie. Best. Boleh layan movie. Tak lah bosan.
Selepas sudah berjaya menempah tiket, baru Sha wasap kakak tempat kerja. Sebab sebelum ini dipesan untuk diberitahu juga. Sha ni hari-hari tau duk buka laman media sosial KTMB. Risau terlepas sahaja.
Semalam harga 1 tiket biasa dari RM90/92. Pagi ini Sha check, sudah naik ke RM104.
Tiket coach A memang lagi mahallah. Sha tak ingat berapa. Tapi semalam Sha try cuba check out untuk 4 orang, RM600 lebih. Hari ni, RM700 lebih. Banyak naiknya tu.
Tiket Sha, untuk 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) RM628 pergi-balik, dari KL Sentral ke Alor Setar dan dari Alor Setar ke KL Sentral. Itu pun harga tiket RM99.50 untuk balik Kedah dan RM102 untuk patah balik KL. Kanak-kanak half price, separuh harga.
Dah beli tiket ni, barulah semangat semula nak cari persiapan raya.
Jom, kita berdoa banyak2 di bulan penuh berkat ini. Doakan kita dan keturunan kita di atas dan di bawah dimasukkan ke dalam syurga tanpa perhitungan dan hisab. Ya Allah Ya Rabbal alamin, makbulkan permintaan kami yang lemah lagi hina ini.. Aaminn.
Thanks for consistently delivering content that resonates with me. Join in on discussions about updates and patches for Aviator on our blog.
BalasPadam