Langkau ke kandungan utama

Cerpen Dato' Sri Sanusi Md Nor yang viral, bertajuk diterima dan diusir...

Cerpen Dato' Sri Sanusi Md Nor yang viral, bertajuk diterima dan diusir... Mari kita hayati cerpen beliau. Ternyata beliau berbakat.

Diterima dan diusir...
21 April 1990, sewaktu aku di tingkatan empat, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa (SSMJ) memberikan aku surat supaya aku melapor diri di Sekolah Men Sik (SMS) kalau aku berhasrat untuk terus bersekolah. Ada banyak perasaan sewaktu membacanya, tapi aku akur, huru hara yang ditimbulkan di situ sudah tak dapat ditangani oleh pihak sekolah. Aku sudah tidak diterima dalam kerangka yang diaplikasi oleh sistem pendidikan dengan segala kekurangan diri dan usaha penyesuaian yang tidak difahami.
Bukan salah sesiapa...
Sekolah itu membentuk ramai cerdik pandai, ilmuan dan tokoh yang kembali menyumbang kepada pembinaan negara-bangsa. Sebahagian kapasiti diri aku, anak miskin dari kampung terpencil terbina dalam acuan SSMJ. Acuan SSMJ terbina dalam sistem dan sejarahnya yang telah diterima dan dipatuhi. Guru-guru, lingkungan persekitaran sekolah, rakan taulan, senior junior, peraturan, asrama, pergaulan, ragam latar belakang - terangkum dan terbentuk dibalut menjadi acuan. Ada yang dibentuk cuma zahirnya , ada yang terbentuk bersekali dengan jiwanya, ada yang gagal melepasinya, akademik maupun personaliti.
Diterima Masuk
Aku diterima masuk pada Januari 1987, tingkatan satu setelah disaring, aku di kelas 1 Sains 3. Kelas di tingkat 2 Blok D. Tak salah ingatan, Mohd Idrus Ahmad, Salwana Othman, Fakharuddin, Ruvida Khaikar, Zamri Mansor, Murtaza Mansor, Norshafiza Shafie, Norlaili Ishak, Thanom Ekling, adalah antara rakan-rakan sekelas.
Di asrama, aku di Blok A, Tingkat 3 Kamar A10, sebelah setor dan bilik air. Winston Bujang, Awang Erawan Zawawi, Nuradzri Ahmad, Azman Md Daud, Roslan Wahab, Rusdi Said, Rusdi Bakar, Ilyasak, Ibrahim, Zulkifli Bahadon, Majidi dan Mokhtar 'Arab' ramai lagi menghuni kamar itu.
Aku seorang anak kecil, seperti yang lain menjalani kehidupan baru itu dengan seadanya. Rutin harian seperti biasa bertahun lamanya, sama seperti orang lain, kecuali yang terpaksa menggunakan wang, kami berbeza. Seluar baju hilang, keinginan menukar selera ke kantin, keluar pekan (outing) hari sabtu, nasi lemak tengah malam, dobi, yuran itu dan ini, memisahkan aku dengan yang lain.
Sukarnya Kerana Tidak Memiliki
Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari hari yang tak mahu aku lalui. Jumaat aku tak punya kain sampin, sabtu aku tak punya tali leher untuk di susun atas katil untuk diperiksa, Ahad juga budak- budak pakai tali leher ke kelas, aku akan ditulis nama dan didenda. Aku hanya terselamat kalau ada yang sakit dan balik kampung, aku akan bertanya-tanya setiap minggu kalau-kalau ada balik, bolehlah aku meminjam. Aku meraba-raba bertahun- tahun untuk memilikinya, walaupun sekadar untuk dipamer. Kalau bergambar untuk majalah sekolah itu adalah talileher rakan yang memahami.
Setiap kali didenda kerana tidak memiliki, setiap kali diulang minta kerana tidak mampu membayar yuran atau apa-apa ketetapan, ingatan akan melayang ke kampung, kepada adik-adik yang dapat makan atau sedang berlapar, atau punya duit syiling ke sekolah.
Terbayang baju seluar mereka yang compang camping dengan getah pisang, cenerai dan selut, seluar pendek merah Pijah yang koyak, baju sekolah Adi yang kusut, skirt sekolah Siti yang bergulung ke atas, kasut sekolah Ajik yang berlubang.
Bahang panas terik yang membakar ubun-ubun Mak dalam kepulan asap reba kayu dan batang ubi yang terbakar. Wajah Mak disimbah peluh. Terhidu bau tengik peluh di baju Pak yang basah. Di belakang dan leher Pak ada tompokan daun petai yang melekat berbintik bintik hijau. Tali ropia merah yang membelit seluar di pinggangnya.
Biarlah aku tanggung semua kekurangan dan tebal muka dari meminta (merampas) hak mereka untuk diriku, dan merayu untuk meraih simpati. "Bapa saya belum ada duit lagi cikgu, balik kampung nanti saya akan cuba mintak, kalau dapat saya akan segera bayar. Maaf bang! Necktie saya kena curi. Maaf bang! Saya memang tak mampu beli sampin bang, bulan depan saya akan cuba bagi ada!" Itu saja alasan dan jalan melepas diri. Sehingga hari terakhir aku di SSMJ, aku tak punya tali leher, butang baju melayu dan sampin sendiri.
Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah
Persaingan dikalangan pelajar mencipta nama dan kecemerlangan adalah sebahagian daripada intipati sistem pendidikan. Berdiri biar sama tinggi, duduk biarlah sama rendah. Ada kurang di sini, biar ada lebih di mana-mana. Berkejar dan berlumbalah aku untuk "mematuhi" tuntutan tak tertulis itu. Demikian persekitaran yang terbina dikalangan pelajar di asrama penuh. Atas segala yang aku tidak mampu dan terkurang, aku seperti terpaksa mencipta namaku sendiri.
Untuk berdiri di kalangan pelajar baik-baik, alhamdulillah aku boleh azan dan menjadi imam di surau, aku boleh mengaji Quran dan menjadi tekong nasyid untuk kamar, kelas ataupun mewakili sekolah. Suara yang Allah anugerahkan kepada aku mersik sampai sekarang (hahahaha). Antara azan yang ditunggu-tunggu ialah suara belum baligh aku. Suara paling sedap lunak waktu itu milik Abang Solehuddin Shuib, suara merdu Abang Amir dan suara mersik halus Abang Asri Salleh. Aku berserban dan awal ke surau. Aku tidak pernah solat di kamar!
Untuk tidak dipandang rendah di kalangan pelajar "superstar", yang memiliki boot dan stoking bolasepak, aku bermain kriket yang hanya perlukan seluar puteh ke prep, baju sekolah dan kasut sukan foong keong. Aku juga boleh naik bas sekolah ke sana sini berlawan sukan.
Untuk diterima bersembang dalam kalangan budak nakal, aku mula melompat pagar sekolah waktu malam mengambil upah membeli rokok dan makanan untuk kawan-kawan. Siapa yang nak keluar malam ni? "Sanusi laaa siapa lagii"! Waktu tingkatan 3 , Taman Ria belum ada. Ada sebuah restoren yang sering dikunjungi untuk rokok dan air- D' New Eva Pub- dipinggir jalan, kemudiannya di bina Supermarket Yawata (sekarang menjadi kedai sari India). Kadai Mak Long di hadapan pusat pengumpulan susu menjadi tempat membeli mee dan nasi goreng.
Melompat pagar kemudiannya menjadi tabiat dan sumber duit semasa di tingkatan empat. Sewaktu ditangkap kali pertama dan terakhir oleh warden -Cikgu Hasnol (Pak Non) dan Cikgu Ibrahim- , aku ditemani Shabanor (Banot a.k.a lembu - sorry Banot!).
Merokok? Ya aku mula merokok di tingkatan 3, ketagih setahun kemudian. Nasyid, musabaqah dan menjadi imam sejak tingkatan 1 dan kekal hingga aku terusir!
Bukankah dua watak yang saling kontra dalam satu tubuh ini sesuatu yang ganjil? Ada sesiapa yang perasan? Adakah guru-guru dan pihak sekolah dapat mengesannya?
Bersambung....
All reactions:
1.9K
67
515
Like
Share

67 comments

View 16 previous comments
    • Shukri Zakaria
      m enarik......teruskan.
    • Suriati Johari
      SSMJ...meningatkan aku pada seseorang. Seseorang yg turut terusir dari SSMJ sehingga berkelana ke SMD. Menjadi penghuni tetap di 5SS1. Seseorang yang meninggalkan banyak kenangan yg tak terbeli. Seseorang yg pernah menghuni hati ini. Seseorang yg perna… 
      See more
      12
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Allayarham Amir Rizal ... Kelas 1 sains 1 tahun 87, terusir bulan Julai 1990 bersama 6 yang lain. Amir dan 2 lagi dipersalahkan atas tuduhan memecah masuk bilik AVA menghilangkan pemain kaset video, tp benda yg hilang itu ditemui di rumah seorang bekas… 
      See more
      151
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Azzhar Ahmad, senior aku yang main kreket sampai la ni... Ada cerita pasai kasut sport Nike yang hang beli di langkawi...aku bukan berniat mencurinya. Aku hanya melayan keinginan yang meluap-luap pada kasut sukan bila Fakha yang meminjam kasut hg memb… 
      See more
      191
    • Majmin Desa MJ
      Daya igtan abg Muhammad Sanusi Md Nor mmg kuat la..tahniah...anda layak menjadi pemimpin kerana anda pernah diuji..
      104
    • Saya Muzsleem
      Teringat cikgu mat din...SSMJ
      6
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Hahahaha...ingatan terakam dgn baik, alhamdulillah... cgu Mat Din, seluaq pendek, baju t puteh boh dalam, kereta kura volkswagen... Mcm mandor pulak....
      39
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Tempat jatuh lagikan dikenang.."inikan tempat bangun.
      42
    • Nasir Noordin
      salam Muhammad Sanusi Md Nor,...adik saya senior awak 1 tahun...kala sama ngan Sanusi juga, ok tu...
      3
    • Yuri Yati Rahim Al-faqih
      Alfatihah untuk Allahyarham Amir Rizal......isterinya junior aku di uum...
    • Nidurrahs Firahs
      Susah senang mengajar kita jadi manusia yg tau menghargai. PakDinCina.
      4
    • Nasir Noordin
      hebat terowong hang Muhammad Sanusi Md Nor,...semoga menjadi panduan dimasa mendatang, saya dapat menghayati ujian yang saudara lalui,....
      2
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Semua budak2 mat jiwa hebat2 belaka... Sekolah terbaik dulu dan laa niii
      39
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Nasir...subky Noordin ka?
      8
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Kuat buli aku tuuu...hahaha...badan dia keraih berminyak. Suara dia kuat, dagu dia panjang...Dulu laaa..lani boroi dah la kott..
      26
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Rasanya ada parut kucing ghengau di pipi dia...dkt idung.
      14
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Pasai pa tulih nama terbalik pak din cina?..aku , pak din cina, pak at congo dan zaki alang ahmad adalah tukang gunting rambut.... Siong hg ada lg ka pak din? Hehehe...
      15
    • Hasnul Zamani
      Subky Nordin....ha ha...hang tengok dia la ni lagi seghiau Muhammad Sanusi Md Nor!!!
    • Amzar Rahman
      Subky Nordin la ni dah pandai cakap org putih dah ... Terbang merata? ... Hasil didikan Norhamiah
    • Khairudin Zainol
      Sheikh Muhammad Sanusi Md Nor : Masa di sekolah dulu, kadang2 aku marah kat tuhan sebab aku dilahirkan sbg anak org susah ... rupa2nya hang pon susah mcm aku jgk, malah jauh lebih susah dari aku ... kalau aku tau tobat aku jadi best fren hang masa tu ...
      8
    • Kidin Rebit Mosha
      woi sanusi...aku kidin pun tukang guntin jugak...tapi dah x buat dah keja tu....pelanngan tetap aku zdin.....kakakaka...
    • Shabanor Shaarie
      woi...cerita tu cerita jugak...yg aku ni jadi pelakon tambahan jugak pasai apa....
      4
    • Shabanor Shaarie
      tu aku tak cerita yg Li Pin tuduh aku pecah dewan makan curi beras yg dlm guni 50kg angkat ikut siling lagi...masa tu berat aku tak sampai 45kg...hehehehe...
      2
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Hehehe... Kudih ataih kora kaki hang tinggai parut dak?
      12
    • Shabanor Shaarie
      tu bukan kudih...yg tu bisul...bekas ada sampai la ni...sbb tu tak boleh wakil sekolah pi lompat kijang..kalau tidak aku dah wakil daerah dah..mesti pingat emas punya...berkat buat latihan malam2....
      2
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Hahaha...bisoi noo.. Hg pakai sandle ja pi kelas... Sandle hang warna biru.
      7
    • Shabanor Shaarie
      hang ingat lagi no...tu pun sandle cilok...seluar sekolah...baju sekolah..semua yg senior2 matrik pass punya...
      3
    • Zulkarnain Hassan
      Dulu klu susah boleh masuk sek sains lg sbb yuran kita murah dan subsidi..kontra ngan duit biasiswa lg kot atas...lanie tn masuk sek sains yuran cam masuk universiti..RM1.8k tn...sbb tu la kita kena perjuangkn pendidikan secara percuma supaya anak2 ban… 
      See more
      13
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Menteri2 yg jadi menteri, jadi perdana menteri, adalah anak2 menteri...anak2 perdana menteri jugak. Fahamkah depa bahasa bahasa kita ini???...
      57
    • Shabanor Shaarie
      para pemimpin kena faham...la ni ada lagi satu lagi kategori OKU....social disability...terlalu byk jurang antara org2 yg kaya dan senang dengan org2 hidup kais pagi makan petang...kais ptg makan pagi esok...
      8
    • Fairuz Othman
      sedap ! melekat dan disitu ada aku !
      2
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Kais kais org balaih pun ada...org curi sekerap! Dajeyy sungguh!
      16
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Mat pai masa kecik muka dkt2 sama dgn zaidi... Rambut mcm beruih sabut, tapi Malaih cuci baju...hehe...
      16
    • Fairuz Othman
      ahhahahah
      3
    • Pakngah Merbok
      Sekolah Sains spt Mat Jiwa dimonopoli golongan kaya dan ada-ada..
      2
    • Хасмади Хамдан
      tu dulu Muhammad Sanusi Md Nor. sekarang kalau ada murid yg takdak serba serbi, saya sbg guru akan membantu utk penuhkan keperluan dia. murid tk hadir kelas, saya pergi jemput di rumah dia. dia tk bw buku, saya tolong beli buku. dia tk buat homework, s… 
      See more
      8
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Baiknya cikgu2 laa ni...bini aku pun cikgu..
      21
    • Хасмади Хамдан
      hebat cerita ni. patut dibukukan konflik ni sbg teladan. pengalaman yg paling mahal. berharga utk pedoman kami sbg guru ni. supaya sentiasa beringat apabila berhadapan dgn murid.
      5
    • Хасмади Хамдан
      Muhammad Sanusi Md Nor, minta izin copy utk diletak di blog saya, boleh tak?
      2
    • Norizan Matnoq
      bro Muhammad Sanusi Md Nor; gua sudah tangkap leleh baca ini cerita ...
      4
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Salin ka copy ka tulih balik ka...semua buleh... Moga ada manfaatnya memory lama yg tetiba seminggu dua ni datang menerjah... Puncanya aku bersiap hantaq anak masuk asrama...
      37
    • Jamil Jaffar
      Tu dia catatan coretan yg baguih boleh jadi teladan dan sempadan
      4
    • Muhammad Sanusi Md Nor
      Jamil jaffar ni pun mat jiwang jg niii....hg dok mana la niii
      7
    • Rukaime Rahim
      ha..ha..ha.... kita ingat ke mu.... tq for protecting me....
      4
    • Jamil Jaffar
      Tak jauh kat sungai buloh ja
      2
    • Wan A Rahman
      Mat Jem jiwang sampai la ni x habih2 lagi...hehehe!!!
      2
    • Ainol Zamani Bin Ahmad
      Mohon cerita ini saya tunjukkan pd anak2 sbg contoh ketabahan. Budak2 skrg ni lemak sgt. Hrp kita dpt berjumpa nanti.
      7
    • Noor Haslina Rozali
      Sedih, terharu dn pelbagai rasa. Awat la masa tu Kak Ina tak tau masalah ni.... Klu la ni murid yg ada masalah pasti dpt dibantu. Pelbagai sumber kewangan dicari agar murid ini tidak tercicir.
      7
    • Evendi Di
      Pengalaman hidup yg penuh bermakna dan perluh di hayati,,,,subahanallah
      4
    • Jamaliah Ibrahim
      Ina Noor Haslina Rozali...dulu Ina pun pelajar juga...kalaulah semua guru mcm pendirian Ina ....pelajar suka pi sekolah...hihi
      4
    • Noor Haslina Rozali
      Jadi apa pun kena ada nilai Kemanusiaan dan Kasih Sayang.... sayangi dan didik mereka seperti anak sendiri Insyaallah mereka akan ingat dan menghargai....
      6
    • Noor Haslina Rozali
      Menghargai diri sendiri dan berusaha utk memperbaiki diri ke arah kebaikkan.....
      8
    • Jamaliah Ibrahim
      Betul tu Ina...Yang selalu meletakkan diri sendiri di tempat org..sebab tu air mata keluar x terasa bila baca kisah ni...ingat masa dok SSMJ dulu...anak org kampung yang sederhana ..tidak terlalu susah sbb mak & arwah ayah masih boleh mai melawat naik … 
      See more
      8
    • Ayu Stewart
      Ya mama selalu masak lebih, suruh ajak kawan2 makan. Ayu prihatin la jugak dgn kawan2 tapi kebanyakan kawan sekamar tak dak yg susah teruk sangat kecuali sorang adik junior 1thn. Pernah sekamar masa kita form 2 n 4. Ayu agak ja dia org susah coz sel… 
      See more
      7
    • Jamila Saad
      Jamaliah...rupanya kita kategori anak kg golongan sederhana...ingatkan kita yg susah time tu...rupanya tidak terlalu susah...ada orng lagi susah...
      9
    • Yusrillhaffiz Hamzah
      Tak pernah jumpa dengan aku...serban hijau
      4
    • Hasnul Mohd Dali
      Nusi ni selalu jadi imam..pernah jadi makmum Nusi semasa sembahyang terawih..itu la agaknya dia jadi org hebat dgn basic agama yg kuat mcm ayah dia..ingat lagi ayah Nusi masa pendaftaran..berserban dan tenang wajah dia dan semasa membayar wang pendafta… 
      See more
      137
    • Habshah Bakar
      Adakah masalah Sukar kerana Tidak Memiliki masih ada di sekolah Asrama Penuh? Bagus juga kalau anak² yg akn meninggalkan sekolah bersedekah uniform, baju asrama, sampin, tie, kain tudung atau kasut sekolah ...buat bilik untuk baju free atau sekolah ga… 
      See more
      197
    • Abdul Aziz Abdul Rahman
      DSS Muhammad Sanusi Md Nor , nampak gaya kena buat novel lagu ni..insyaAllah meletupp😁😁
      45
    • Amiruddin Abd Aziz
      terbaik boss
      3
    • Mohd Zamri
      Zaman ni PMX Menteri Pelajaran ...kami kalau tingkatan 3 tak lulus SRP memang tak boleh naik tingkatan 4..Sbb tu lapis kami mmg yg naik tingkatan4. power2.
      11
    • Mohd Shahrin
      Sapa sangka jadi mb,terbaik boss
      8

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker