Langkau ke kandungan utama

Sebab Booster Vaksin Covid 19 ...



Sebab booster Covid 19 yang kecoh di media sosial Malaysia. Masa booster pada pertengahan bulan Oktober 2021 untuk frontliners dan mereka yang perlu didahului. Selepas golongan pertama ini selesai, ianya ditawarkan kepada golongan emas yakni 60an ke atas. Selepas itu, 40 tahun ke atas dan selebihnya ditawarkan kepada dewasa pada penghujung tahun 2021 iaitu bulan Disember.

Satu lagi, dulu masa pertama tu dapat vaksin yang kurang berkesan. Jadi, dapat booster Astra Zanecca (AZ) dan Pfizer, badan bertindak balas, mulalah nak pengaruhi orang lain untuk tidak ambil booster. Eh, ko dah kenapa? Ko dah dapat booster, dapat perlindungan, tapi tak bagi orang lain ambil vaksin. Nak hidup sorang-sorang ke kak? 

Yes, Sha maklum, korang tak terfikir begitu pun. Korang cuma nasihat supaya orang lain tak perlu ambil booster, nanti dapat side effect macam korang. 

Ewah! Setiap badan tak sama tau. Ada yang teruk tu mungkin ada sakit lain. Kebanyakan yang dapat ni orang yang ada penyakit dalam badan sama ada sedar atau tidak. Orang sihat yang lain, ok je. 

Kena side effect tu biasalah. Telan paracetamol, settle. Side effect tu sedikit sahaja berbanding dengan long Covid yang Sha tak sanggup nak hadap. Kalau dapat side effect yang teruk, boleh terus pergi hospital ya. Dont worry. Staf KKM akan tetap rawat korang.

Selain itu, Sha bersyukur juga bila dapat vaksin dan menyusukan anak. Jadi, anak Sha dapat perlindungan vaksin dari susu yang diminum.


Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker