Langkau ke kandungan utama

12 Idea Perniagaan Jualan Kecil di Pejabat Tempat Kerja

Idea perniagaan kecil di pejabat tempat kerja

Mencari idea untuk perniagaan jualan kecil-kecilan di pejabat  tempat kerja. Sha kongsi di sini untuk memudahkan korang mendapat idea. Senang, boleh terus mendapat idea apa yang diperlukan untuk buat biznes kecil-kecilan di tempat kerja.

1. Asam
Pelbagai jenis asam-asam boleh dicuba. Pengalaman Sha jual asam betik paling laku. Boleh baca di sini Asam Betik. Boleh pack 20-30g jual RM1. 

Tapi bebaru ni, Sha beli asam betik ni ada berbau tengik sikit. Sha bagi percuma sahaja. Malas nak try and error lagi.

2. Keropok - Super Ring dan Mamee Monsters
Ini antara keropok yang famous. Sape yang x kenal jenama-jenama ini kan? Super Ring tu bertambah popular bila ada kes viral 'tengok tv sambil makan Super Ring' dan Bossku Najib Razak pun tease pasal ni. Makin melonjak Super Ring. Time tu, cari kat pasaraya pun sold out tau.

Mamee Monsters pula memang terkenal dari semua golongan. Dah lama berada dalam pasaran Malaysia. Kilang kat Ayer Keroh, Melaka. Dulu, rumah sewa kakak Sha depan kilang ni. Kilang tepi jalan. Masa tu Mawi penyanyi jadi duta. Lama dah la. Lebih 10 tahun yang lalu.

Antara dua ni, Super Ring lagi laju jualannya. Jual 50 sen je.

3. Serbuk air 3-in-1
Sha guna Milo, Kopi dan Nescafe. Lambat nak jalan. Tapi ada juga terjual. Tak apa lah, slow and steady. 
Jual RM1 je satu. Kat kedai bawah RM1.30 dia jual.

4. Biskut
Oat Krunch Munchy's - Dark Chocolate
Biskut yang ada pack kecil.
Cari biskut apa yang ramai suka makan. Biskut 4 segi jenama apa yanga da repack kecil-kecil.

5. Air mineral / kotak 
Dah ada yang buat biz ini. Jadi Sha x nak sailang walaupun ada pengalaman jual air mineral. Boleh baca di sini ya, Air Mineral

6. Gula-gula
Dulu Sha pernah tengok survey harga. Tapi gula-gula pack besar pun dah mahal. Nak jual pula macam tak berbaloi. Tapi kalau korang rasa okay, try lah.

7. Kerepek-kerepek dan kekacang
Beli dan repack kecil-kecil. Pengalaman masa kerja kilang, ada yang letak di surau. Macam-macam jenis ada. Menggiurkan. Laku.
Ada juga seorang kakak bercerita, dia juga buat begitu di kilang tempatnya bekerja. Laku katanya.

8. Kuih-kuih tradisi
Boleh repack kecil-kecil.

9. Kismis Minda 
1 box RM1

10. Biskut rokok
Eh, bukan rokok tau. Ini biskut yang panjang-panjang tu.

11. Popcorn

12. Ice box - Ais krim Malaysia / Dadih / Yougurt


Barang yang diperlukan ialah bekas jarang 4 segi untuk letak barang, tanda harga (kekal) - tulis tangan / bertaip pun xpe, plastik untuk repack dan stapple untuk lekatkan. Jangan lupa balang untuk letak duit.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk merealisasikan biznes kecil-kecilan anda.

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker