Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Dapat Vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC South Enterance Untuk Orang Awam



Vaksin Covid 19 di MITEC

Pengalaman dapat vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC, South Enterance untuk orang awam. Di MITEC, ada 2 tempat ya. Satu untuk orang awam, satu lagi untuk PIKAS, kerjasama MITI. MITEC tu besar tau.

Adalah disarankan datang awal.
Ramai bertanya, kena ikut tarikh appt ke? Xperlu pun. Asalkan kalau pagi datang pagi, kalau petang, datang petang. Janji memang hari tu punya tarikh.

Jangan lupa bawa ic, pen dan MySejahtera.

1. Sampai depan pintu masuk, banyak petugas. Diorang minta tunjukkan Profil kat MySejahtera. Katanya nak tengok alamat. Ke Sha salah dengar.. 🤔
Diorang dah tahu, Dewan 3, padahal kat MySejahtera xde tulis dewan berapa pun. Yang ada HCO A. Ada kawan dapat HCO B, dewan 4.

2. Tempat scan MySejahtera dan suhu. Yang ni kena buka scan MySejahtera yang depan tu ya. Bukan yang kat vaccination tu.
Sha pi buka yang Vaksin tu. X dapat detect katanya.

Kalau sape xde MySejahtera, tulis kat buku.

3. Tanya lagi petugas situ. Dewan 3, straight je..
Kat sana dah nampak petunjuk sebesar alam. Jauh juga la menapak.

4. Masuk dewan ada petugas lagi. Bagi borang dan no giliran. Tulis isi borang di tempat duduk kerusi. Pandai2 korang la. Ada orang nasihat, bawa fail untuk lapik. Sha x bawa pun.
Dua helai borang tu. Isi sambil tunggu no tertera kat depan screen.

5. No panggil, pi kat kaunter. Declare ada penyakit apa2. Dia tentukan vaksin apa.

Dia kata x boleh sign lagi. Lor, mana la Sha tahu. Diorg akan tanya kerja apa.

Penyakit dan kerja. Itu shj soalannya. Diorang minta ic masa ni.

6. Pi kat Doktor Consultation.
Sekali lagi tanya pasal penyakit apa. Mungkin nampak Sha macam nak tanya kenapa tak dapat Pfizer, terus doktor cakap Sinovac pun dah boleh untuk ibu menyusu.

7. Tunggu giliran suntikan depan pintu. Ada langsir.

8. Cucuk. Kena tunjuk MySejahtera, kat vaccination tu. Kena scan bar code.

Nurse terangkan pasal proses cucuk..
1 kertas diambil. 1 pegang.

9. Pergi kaunter, kertas serah. Nanti dia serahkan kertas beserta kad.

10. Tunggu 15 minit.

11. Keluar. Sebelum keluar kena tunjuk MySejahtera yang vaksin tu.

12. Ambik gambar.

13. Balik.

Kat sana, korang cakaplah ada penyakit apa ya. Semua penyakit termasuk penyakit kulit apa2. Hamil/rancang hamil, menyusu anak pun kena cakap wlpn dah tulis.

Sha dapat Sinovac walaupun menyusu anak. Doktor kat consultation cakap, vaksin Sinovac dah sesuai untuk ibu menyusu.

Ingatkan nak dapat Pfizer 🤣🤣🤣

Sakit ke cucuk tu?
Tak sakit. Macam cucuk ATT, kancing gigi je. Macam kena gigit semut je.

Jarum dia kecik je. Jarum yang ambil vaksin dalam bekas vail tu besar la. Nurse siap tunjuk dia ambil banyak, vaksin yang kena bagi 0.5ml sahaja. Jadi, dia buangkan sedikit. Dia buang yang lebih ya, bagi jadi 0.5ml. Buang kat mana, Sha tak ingat.

Masa dia cucuk, Sha nampak dan terasa ada cecair masuk. Bukan kosong ya 🤣🤣🤣

Nurse pun ramah. Duk terang2kan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker