Langkau ke kandungan utama

COVID 19: Perintah Sekatan Pergerakan, Tidak Boleh Rentas Negeri di Malaysia


Tu diaaa..
Orang suruh duk rumah, hang pa p berjalan.
Ingat main² kot larangan ni. COVID bukan benda main la.

Tidak dibenarkan berkumpul. Nak berkumpul pun hanya 5 orang sahaja, termasuk diri sendiri dan anak. Jangan lupa nak bilang anak² pula
#SekatanPergerakan

Hasil Mesyuarat JK Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan KKR Berkenaan Covid 19 yg dipengerusikan oleh KSU
Bilik Seroja
17 Mac 2020

Kawalan Pergerakan

1. Semua staf tidak dibenarkan pulang ke kampung/ bercuti. Mana2 perancangan balik kampung tidak dibenarkan walaupun dalam tempoh cuti rehat. Mesti berada di lokasi sedia ada bekerja. Work from Home. Bersedia utk dipanggil bekerja sekiranya essential

2. Hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membuat pembelian brg keperluan rumah/ ubat. Dinasihatkan lepas beli brg resit-resit disimpan sbg bukti keluar rumah untuk pembelian/ perkhidmatan.

3. R&R ditutup kecuali stesen2 minyak dan kemudahan2 asas. Perkhidmatan take away makanan dibenarkan.

4. KSU/ Ketua Agensi akan menentukan Bhgn2 yang essensial dalam Jabatan masing2 untuk hadir kerja. Surat akan dikeluarkan atas *nama* pegawai yg perlu hadir di pejabat. Contohnya Guard, Kewangan atau mana2 yg essential (verifikasi, ict/server atau sebagainya)

5. Semua mesyuarat/ kursus/ bengkel ditunda. Mana2 yg telah mendapat kelulusan perjalanan adalah terbatal.

6. Sekiranya mereka yg dinamakan perlu hadir pejabat perlu mengekalkan jarak 1 meter drpd 1 sama lain

7. Arahan pada ketika ini semua construction site juga ditutup kecuali yg melibatkan maintenance work. Namun ada cdgn projek pembinaan diteruskan dengan syarat restriction order dikeluarkan untuk semua pekerja kekal di site. Ini bagi mengelakkan masalah sosial terutamanya pekerja asing.

8. Input berkaitan tapak binaan tidak ditutup telah dibangkitkan. Namun ianya akan dibincangkan di Mesyuarat MKN. Keputusan akan dibuat oleh MKN petang ini.

9. MKN telah menubuhkan Pusat Pengurusan Operasi Negara dimana semua kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh MKN.

10. Mana2 pegawai yang baru pulang drpd Luar Negara diminta untuk self quarantin selama 14 hari.

11. Institute latihan awam akan digunakan sebagai tempat kuarantin contohnya CREATE.

12. Majlis-majlis/ kenduri-kenduri kahwin perlu dibatalkan. Perhimpunan awam (melebihi 5 org) tidak dibenarkan.

13. Pihak berkuasa akan membuat kawalan jadi memastikan tidak keluar rumah tanpa sebarang alasan yg penting. Jadi kalau keluar rumah beli brg make sure brg dan resit ada. Kalau diperlukan bekerja perlu ada surat arahan kerja.

14. Semua Pengurus Besar perlu menamakan pegawai-pegawai yg perlu hadir pejabat bagi perkhidmatan yg essential dan mereka boleh hadir secara rotation.

Mula-mula, buat Sekatan antara negeri tetapi disebabkan terlalu ramai beratur untuk dapatkan kebenaran keluar Rentas Sempadan, maka pihak polis seakan merajuk dan membatalkan Sekatan.

Bebas lakukan pergerakan keluar antara negeri, tak perlu pergi balai polis malam ini - KPN

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik perintah larangan keluar dari satu ke satu negeri lain sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata arahan itu dibuat selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi dokumen keluar di balai polis di seluruh negara.

"Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat secara berhemah malam ini.

"Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini esok," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Apa yang kita takut, ia akan merebak di kampung pula, dengan keadaan ibu bapa, datuk nenek yang berusia dan tua, daya tahan mereka lemah, mudah dijangkiti. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker