Langkau ke kandungan utama

COVID 19: Perintah Kawalan Pergerakan dan Apa yang Buka Tutup

COVID 19: Perintah Kawalan Pergerakan dan Apa yang Buka Tutup. 

Perintah larangan meliputi:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. 

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan

hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit, kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. 

Khusus untuk umat Islam, 
penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan

dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self
quarantine) selama 14 hari;

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. 

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh,

sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, 
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran,

kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, 
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


• Apa yang buka dan apa yang tutup, lebih kurang macam ni lah:

 1. Supermarket, Pasar basah, Seven Eleven, Speedmart 99, KK Mart dan kedai runcit -- Buka.

 2. Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Bank, Bursa Saham -- Buka.

 3. Kelab golf, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut -- Tutup.

 4. Workshop, kedai gunting, warung, restoren -- Tutup.

 5. Kenduri kahwin, kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah -- Batal.

 6. Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun lalang -- Tutup.

 7. Masjid, kuil, tokong, gereja, surau, pejabat kadi -- Tutup.
 
 
 8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi -- Buka.

 9. Kedai baju, kedai handbag, kedai emas, kedai kasut, kedai reflexology -- Tutup.

 10. Kedai nombor ekor, kasino, spa, gymnasium -- tutup.

*RINGKASAN APA YANG DIBUKA DAN DITUTUP*

 *1. TESCO, Giant, Aeon, Segi Fresh, Econsave, Kedai Shell Select, 7 Eleven, 99 Speedmart , KK Mart , kedai runcit Pak Abu, kedai runcit Aceh, Kedai runcit Ah Seong, Kedai Runcit Muthu dan Semua kedai runcit jual barangan keperluan -- BUKA*

 *2. Telekom, Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Balai Bomba, Klinik gigi, klinik ibu mengandung, Bank, Bursa Saham -- BUKA*

 _3. Taman Tema, Kasino, kolam memancing, Kelab golf, Bowling, Panggung Wayang, FUTSAL, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut -- *TUTUP*_

_4. Workshop, kedai gunting, Kedai Lampu, Hari Hari, Ten Ten, Kedai aksesori Abang, Kedai basikal lajak, Rest Mamak Maju, Kedai makan nasi campur, warung, restoran, -- *TUTUP*_

 _5. Birthday party, Jamuan dah Pencen, Family day, Pot Luk, Kenduri kahwin, Kenduri Doa Selamat,kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah -- *BATAL*_

 _6. Habib Jewel, Perodua Showroom, Kedai Photostate, Kedai Berhantu Eco, Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun tikus dan perniagaan yang sewaktu dengan diatas -- *TUTUP*_

 _7. Pejabat LHDN, pejabat SSM, Pejabat PTPTN,pejabat kadi, dan semua yang berkaitan -- *TUTUP*_
 
 
 *8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi Guardian, Watson, dan sewaktu dengannya-- BUKA*

 _9. Kedai baju, bundle, kedai handbag, kedai kasut, kedai reflexology, Kedai Jamu Terlajak Laris -- *TUTUP*_

 _10. Kedai nombor ekor, kelas Zumba, spa, gymnasium -- *TUTUP*_

_11. Surau, Masjid, Bilik Solat -- *TUTUP* kecuali Pintu Taubat BUKA_

12. Tol:: TUTUP-BUKA:: BUKA bila dah bayar, TUTUP kalau tak bayar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker