Jalan Hidup Kita Berbeza Dengan Orang Lain, Bangunlah Hadapi dengan senyuman, semua terjadi biar terjadi.. Eh, macam lirik lagu plak. Tapi memang best pun lirik lagu tu.. Penuh makna dan penghayatan.
Kita kena sedar dan faham, mungkin itu jalan hidup kita. Semua orang takkan sama jalan hidupnya. Ada ke sama 100%? Tak ada, kan..
Pasti ada di antara kita yang pernah jatuh. Terluka. Patah hati.
Tapi apa yang membezakan kita adalah bagaimana kita bangun kembali. Dan kita boleh kenal siapa betul2 kawan susah, kawan susah senang, kawan senang dan musuh kita. Nampak kawan baik kita, bff tapi ko yakin ke dia tak tikam belakang?
Sekadar renungan siapa kita di mata manusia. Kita rasa dia lah kawan sejati tapi rupanya dia lah tukang penyebar fitnah. Who's know?
Tapi kita jangan tumbuk dia pula. Kau patut bersyukur sebab sudah boleh nampak siapa yang baik, siapa yang jahat dengan kau. Ya dengan kau. Manusia ni kadang dia baik dengan orang lain tapi dia jahat dengan kau. Sebab tu, orang jahat pun ada bff!
Kau buat relax, buat peace je. Dia nak tikam belakang kau, biarkan. Kau layan dia macam biasa atau kau layan dia lebih baik lagi. Pasal dia, biar Tuhan yang tentukan walaupun itu dosa itu sesama manusia dan kena mohon ampun dengan manusia, bukan dengan Tuhan. Pointnya, pembalasan Tuhan itu Maha Adil. Kau tunggu je..
Sekali lagi, hadapi dengan senyuman, semua terjadi biar terjadi. Janji kau bangkit semula.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.