Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

#PekaBahasa 7: Killfie ertinya Swafoto Maut

Killfie ertinya Swafoto Maut adalah bermaksud mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. Contohnya mengambil gambar di huruf IPOH yang viral beberapa bulan lepas. Netizen mengecam tindakan tersebut dan anak-anak muda itu dihadapkan ke mahkamah kerana membuat sesuatu yang berbahaya dan dibimbangi akan diikuti oleh belia yang lain. "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 6: Dwibulanan Prakata Sosioekonomi Subseksyen Antidadah

Salah: Dwi bulanan Betul: Dwibulanan Salah: Anti dadah Betul: Antidadah Salah: Pra kata Betul: Prakata Salah: Sosio ekonomi Betul:  Sosioekonomi Salah: Sub-seksyen Betul: Subseksyen "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 5: Tatabahasa Pengulangan

Salah: di masa Betul: pada masa Salah: dari tuan Betul: daripada tuan Salah: senarai barang-barang Betul: senarai barang Salah: lain-lain faktor Betul: faktor-faktor lain Salah: berbanyak terima kasih Betul: berbanyak-banyak terima kasih BAHASA JIWA BANGSA  Terima kasih singgah sini

Cerita Hospitalku: Nak Minta Antibiotik Untuk Kencing Kotor, Dapat Detect Batu Karang. Oh My God!

Presciption ubat batu karang Hari Ahad baru ni, Sha pergi ke hospital bahagian kecemasan. Hari Sabtu suami ajak pergi tapi Sha tak nak sebab nak cuba berubat alternatif dulu. Tapi hanya sekejap sahaja. Jadi, Sha ajak pergi hari Ahad. Sha pergi hospital. Medical Assistant (MA) cek suhu, jantung dan tekanan darah. Kena ambil ujian urin. Kena hantar ke lab. Tunggu result. Lama sikit la. Doktor panggil dan tanya. Muntah tak. Cirit birit tak. Ada angkat berat tak. Semuanya tak ada. Demam tu rasa la juga sikit-sikit. Tapi macam seram sejuk jer. Result air kencing ada kencing kotor (3) dan  darah dalamnya (2). Ada darah = ada batu karang. Diorang tanya bila period. Memang bulan Oktober la. Sebab pakai implan. Doktor minta duduk di katil yang berlangsir. Dia cek tekanan darah cara manual. Tekan hujung jari dan periksa denyutan nadi. Kemudian, panggil nurse untuk tengokkan. Ketuk di belakang badan, sebelah kiri memang sakit. Membawa ke depan. Sebelah kanan kurang sakit. ...

Sakit Pinggang Itu Adalah Batu Karang!

Sakit pinggang, jangan ambil endah Pada pagi semalam (3.12.2017), Sha pergi hospital nak ambil ubat antibiotik utk kencing kotor dan sakit pinggang (dlm istilah doktor UTI). Kalau kencing kotor dan ada sakit pinggang maknanya bakteria dah merebak ke buah pinggang. Tapi result air kencing menunjukkan ada batu karang! 😱 Oh My God! Terkejut jugak. Memang terkejutlah. Ingatkan ada kencing manis sebab kerap kencing malam, kencing kuantiti banyak dan sakit sikit bila kencing. Sebab batu karang dan kencing kotor ialah selalu tahan kencing dan kurang minum air. Tahan kencing sebab malas nak pergi tandas selalu bila kat ofis dan bila malam sebelum tidur tu, hei penyakit M (malas) tu memang besar la. Walaupun dah terasa nak kencing tapi masih lagi duk tahan, nak kencing esoknya. See, very bad habit . Bila ada dengar orang kena batu karang, baru nak perbaiki habit balik. Bila dah lupa buat balik. Aip, nak kena babab ni! Sha nak cerita sikit. Sha memang duk sakit pinggang tapi s...

#PekaBahasa 4: Nap Jom, Meridap Sebentar

Take a nap, bila dah letih sangat atau tengahari Nap ialah meridap Meridap? Ha, sape tau apa itu meridap? Nap ? Sha pasti lebih ramai yang faham nap dari meridap. Meridap itu adalah nap dalam Bahasa Melayu Malaysia. Sha pun lebih suka pakai perkataan nap . Lepas ini boleh dah dapat guna perkataan meridap. "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini #PekaBahasa #Nap #DBP #BahasaMelayu

Open Tracker