Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur

Aku memang sukakan kek pisang semenjak kecil lagi. Kantin sekolah yang menjadi mangsaku untuk mendapatkan kek pisang. Kek pisang dengan aromanya yang memikat tidak pernah tidak untuk menggoda aku menjamahnya. Namun, kebelakangan ini, aku mendapat alergik yang mana tidak boleh makan telur padahal kek pisang adalah kegemaranku. Akhirnya, aku temui jua kek pisang tanpa telur yang paling mudah, sedap dan lazat.  Hujung minggu baru ini, aku ada terbaca resipi kek pisang. Aku cuba buat walaupun baru semalam dan malam tadi makan kek pisang. Ya, keknya masih ada ada beg plastik. Namun, dek kerana bahan-bahan semua ada aku usahakan juga. Pisang berangan tiga biji yang sudah layu itu ada juga manfaatnya. Ingatkan nak buat cekodok pisang sahaja. Cukuplah pisang tiga biji untuk aku seorang. Suamiku katanya kurang minat dengan kek pisang apabila aku agah dia dengan makanan tersebut malam tadi. Bila dah lecek pisang, eh, pisang ni cuma cukup untuk satu cawan sahaja. Tapi, aku...

Open Tracker