Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara 2015 Pasca Banjir
PERUTUSAN KHAS
PERDANA MENTERI
TENTANG
PERKEMBANGAN
EKONOMI SEMASA DAN KEDUDUKAN KEWANGAN
NEGARA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua
YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
Mukadimah
1. Pertama-tamanya, marilah kita
mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya
dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun
bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua
industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para
sukarelawan.
Seterusnya, yang dikasihi seluruh
rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga
mendengar perutusan khas ini.
3. Tujuan saya berucap, adalah untuk
memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan
kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan
pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang
ringgit.
4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan
memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini,
Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat
pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-
dasar kita, beriring dengan
perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan
kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan
lagi boleh dibanggakan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and
proactive measures to align ourselves with the recent global economic
developments.
6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following
the changes of the external global economic landscape, which are beyond our
control.
7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable
and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure the development
of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the
main focus of the government.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
8. Sesungguhnya takwim 2014 yang
lalu, merupakan tahun yang amat mencabar
dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.
9. Pada penghujung tahun lepas,
Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa
buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.
10. Di beberapa negeri lain,
sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di
sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.
11. Demikianlah, seperti yang
difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah
jualah sebaik-
baik Perancang.
12. Apa yang ingin saya nyatakan di
sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba
merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu
dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.
13. Justeru, jika diimbau, secara
keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu
Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah
berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar
100 dolar Amerika setong.
14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus.
Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding
dolar Amerika; dan
15. Keempat, semasa bajet itu
digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015
diunjurkan oleh World Bank dan IMF
adalah pada kadar 3.4 dan 3.9
peratus. Kini, mereka telah mengkaji
semula kadar tersebut di antara 3 hingga 3.8 peratus.
16. Perlu difahami juga, sewaktu
Bajet 2015 digubal, it was based on
strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit
fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5
peratus pada 2014.
17. Walau bagaimanapun, kontemporari
ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan
percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak
kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di
dunia.
18. Maksudnya, berbanding situasi
beberapa bulan yang lepas, kini,
the global economic landscape has
changed in very significant ways. Beberapa
perkara pokok yang telah Kerajaan
unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan
diperjelaskan kedudukan semasanya.
19. Turut dibangkitkan adalah
keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin
tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan
negara akan terjejas?
20. Oleh yang demikian, perutusan
khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung
daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan
beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.
21. Sebagai Kerajaan yang
bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan
negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
22. Kita sedar mutakhir ini, wujud
pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis
bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.
23. Merujuk kepada trend harga minyak
mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam
lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan
bekalan dan permintaan global yang berkurangan.
24. Selain daripada itu, ini juga
adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang
meningkat ketara di Amerika Syarikat
berikutan
kemajuan teknologi industri
pengeluaran minyak.
25. Dalam masa yang sama, keadaan
ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara
bukan OPEC.
Manakala, negara-negara OPEC pula enggan
mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.
26. Di sinilah pihak Kerajaan sering
ulang-
ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat
sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada
dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.
27.
Kerana itulah, penanda aras harga
minyak mentah Dated Brent
terkini telah turun kepada sekitar
48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun
begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak
akan mengambil tempoh tertentu untuk
kembali stabil.
28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Sekalian,
apabila berlakunya penurunan harga
minyak
seperti sekarang ini, hikmahnya, ia
membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.
29. Sebagai contoh, apabila
pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru
ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable
income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5
bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada
jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion
ringgit.
30. Selain itu, Bank Dunia
mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak
positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak
sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia
sehingga 0.5 peratus.
31. Ini secara tidak langsung, akan
juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan
kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap
eksport Malaysia terus mampan terutama bagi produk elektrik dan elektronik.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
32. Ironisnya, kejatuhan harga
minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan
pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan
seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan
antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos
ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan
keselamatan untuk anggota RELA,
tentera dan polis.
33. Seperti yang telah saya nyatakan
tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi
minyak mentah
Dated Brent, iaitu sebanyak 115
dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah
menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.
34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi
berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa
Bajet 2015 diumumkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan
purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika
setong.
35. Lantaran itulah, Kerajaan telah
menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak,
kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
36. Jika berasaskan kepada harga
minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan
dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai
Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun
fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.
37. Dalam kata lain, seandainya
harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu
menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015
tersebut, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3peratus.
38. Namun begitu, pada harga 55 dolar
Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan
hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.
39. Maknanya di sini, jika dibuat
perbandingan, di antara angka-
angka semakan terkini dengan Bajet
2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi
bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan
mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih
mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung
langkah-langkah Bajet 2015.
40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras
defisit, akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3
peratus bagi tahun 2015.
41. Keadaan ini, memerlukan Kerajaan
mengambil langkah untuk
mengurangkan defisit, selaras dengan
komitmen kerajaan ke arah
konsolidasi fiskal.
42. Oleh itu, dengan mengambilkira
unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang
dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.
43. Kadar ini masih rendah
berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan
realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita
tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3
peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah
komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5
peratus.
44. Yang paling utama juga, kita
tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan
meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak
akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan
isi rumah 40 peratus terbawah atau the
bottom
40
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
45. Seperkara lagi yang perlu
diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah
berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah
satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah,
hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak
September 2014.
46. Ketidaktentuan dalam aliran
modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga,
disebabkan oleh kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak
ke atas ekonomi.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
47. Sehubungan itulah, Kerajaan
perlu mempastikan perkara-
perkara berikut dipantau dengan
sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa
kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform and consolidation
dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya,
supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.
48. Namun begitu, Kerajaan yakin
kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan
kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function
in an orderly manner.
49. Paling mustahak, tiada gangguan
kepada pengantaraan kewangan atau financial
intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti
perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi
perbankan dan pasaran modal.
50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan
yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi yang lebih dinamik, rizab
antarabangsa yang mencukupi, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam,
sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh,
seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan
Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun
Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan
perdagangan import dan eksport.
52. Seperti yang ramai tahu, kita
merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila
harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan
kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan
berlakunya defisit akaun semasa.
53. Sesungguhnya, tanggapan ini
tidak benar. Sebetulnya,
bagi minyak mentah, kita merupakan
pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit,
untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.
54. Manakala, bagi produk petroleum,
kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion
ringgit untuk tempoh yang sama.
55. Justeru itu, dengan gabungan
kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah
pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.
56. Oleh itu, tanggapan atau
persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus
atau berlebihan, adalah juga tidak benar.
57. Sebaliknya, jika dicampur
eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka,
Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkiraan
ini tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan
negara pengeksport bersih.
58. Tambahan lagi, situasi kita
masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi
negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.
59. Sememangnya lagi, kesan
kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi
barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan
kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus
jumlah eksport.
Manakala, eksport minyak mentah
hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.
60. Bersandarkan yang demikian,
Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun
ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan
Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar
mencatat 5.1 peratus daripada PNK.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
61. Jelasnya, sebentar tadi, saya
telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar
kepada ekonomi negara.
Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu
mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi
berada pada landasan yang kukuh.
Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5
peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-
strategi
berikut.
Pertama:
Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang
balanced, inclusive
and
sustainable yakni seimbang, inklusif dan
mampan;
Kedua:
Meneruskan fiscal reform and consolidation
; serta
Ketiga:
Menyediakan bantuan kepada rakyat
dan komuniti perniagaan bagi
membina semula infrastruktur yang
terjejas akibat banjir.
62. Strategi Pertama: Mempastikan
Pertumbuhan Ekonomi Yang
Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan
perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:
Pertama,
mempromosi secara aktif perkhidmatan
gantian-import atau
import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional.
Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan
barangan dan perkhidmatan;
Kedua,
menyegerakan pelaksanaan cadangan
daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya
Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan
baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan
penghubung pasaran dan pakar industri.
Seterusnya, mempergiat program
promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika
Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk
PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk
meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;
Ketiga,
menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti
jalan masuk, jaringan landasan dan
sistem pengurusan trafik, bagi
mempercepatkan pelaksanaan Logistik
dan Fasilitasi Dagangan.
Selain itu, menaik taraf terminal
keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan
eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;
Keempat,
mempergiatkan keseluruhan industri
pelancongan negara;
Kelima,
mengambil langkah-langkah untuk
mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan
Keenam,
Visa diberi secara percuma kepada
para pelancong antaranya dari
negara China
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
Selanjutnya, bagi meningkatkan
penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:
Pertama,
memberi keutamaan kepada kontraktor
tempatan kelas G1 yakni
kelas F, G2 yakni kelas E dan G3
yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik
pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;
Kedua,
mempergiatkan promosi pembelian
barangan buatan Malaysia;
Ketiga,
meningkatkan kekerapan dan
memanjangkan tempoh operasi
jualan mega di seluruh negara;
Keempat,
mempergiatkan promosi pelancongan
domestik dengan
menawarkan tambang penerbangan yang
kompetitif; dan
Kelima,
menggalakkan sektor swasta meraih
peluang daripada pewujudan
Komuniti Ekonomi ASEAN.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
Seterusnya, dalam usaha merancakkan
pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:
Pertama,
menubuhkan Skim Jaminan Sektor
Perkhidmatan berjumlah 5
bilion ringgit kepada PKS dalam
Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan
Kerajaan sebanyak 70 peratus;
Kedua,
menggalakkan GLC dan GLIC melabur
dalam negara;
Ketiga,
mengurangkan kos kendalian
perniagaan melalui penangguhan
cadangan kenaikan tarif elektrik
pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor
industri pada tahun 2015;
Keempat,
memperuntukkan 30 peratus daripada
perbelanjaan tahunan
agensi Kerajaan dan GLC untuk
perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan
Kelima,
mempergiatkan penggunaan bahan,
barangan dan perkhidmatan
tempatan dalam perolehan Kerajaan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
63. Seterusnya, Strategi Kedua:
Meneruskan Fiscal Reform and
Consolidation Antara langkah yang
akan diambil bagi meningkatkan hasil
Kerajaan adalah:
Pertama,
meluaskan asas percukaian dengan
menggalakkan syarikat
mendaftar dengan Jabatan Kastam
DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan
menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga
pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan
Kedua,
meningkatkan kutipan dividen
daripada GLC dan GLIC serta badan-
badan Kerajaan yang lain yang dapat
menyumbang tambahan hasil
sebanyak 400 juta ringgit.
Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:
Pertama,
mengoptimumkan perbelanjaan ke atas
bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional
yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;
Kedua,
menangguhkan Program Latihan Khidmat
Negara tahun 2015,
dengan penjimatan sebanyak 400 juta
ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;
Ketiga,
mengkaji semula pemberian dan geran
kepada Badan Berkanun
Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah
Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab
yang tinggi.
Langkah ini dijangka memberi
penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan
Keempat,
menjadualkan semula pembelian aset
tidak kritikal terutamanya
peralatan pejabat, perisian dan
kenderaan yang mampu memberi
penjimatan sebanyak 300 juta ringgit
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti
Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir
Banjir baru-baru ini, telah
melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini
kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.
Antara tindakan yang telah dan akan
dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:
Kerajaan telah menyalurkan
peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation
untuk kerja-kerja baik pulih, dan
program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan
Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;
Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan
menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur
asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;
Menyediakan 893 juta ringgit bagi
Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;Membina rumah-rumah kampung bertiang
atau
stilt
houses setinggi 8 kaki yang telah musnah
akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;
Menyerahkan 1,000 unit rumah kos
rendah yang sudah siap di Gua
Musang;
Memberi bantuan 500 ringgit bagi
setiap keluarga yang terlibat; dan
Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit
kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.
65. Bagi perniagaan yang terjejas
pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit
kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk
menyokong PKS serta perusahaan mikro.
66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN
dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil,
sehingga enam bulan.
67. Berkait itu, Bank Negara
Malaysia akan menubuhkan
Special
Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk
menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang
lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus,
dengan penangguhan tempoh bayaran
balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan
perbankan.
68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan
Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah
3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh
pengeluaran.
69. Selain itu, sejumlah 500 juta
ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan
sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini
akan diuruskan oleh ProKhas; dan
70. Pengecualian pembayaran levi
oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan
bagi
PKS di kawasan yang terjejas berkuat
kuasa 1 Februari 2015.
Penutup
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
Secara keseluruhannya, dalam
perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away
points:
Pertama,
kita bukan di dalam keadaan gawat
atau krisis, seperti mana pada
tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan
tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu
dilaksanakan.
Kedua,
Strategi-strategi Kerajaan yang
diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment,
berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu
reality check, berikutan antaranya perubahan
harga minyak dunia.
Ketiga,
Akaun Semasa dalam Imbangan
Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam
defisit.
Keempat,
Pasaran kewangan tetap teratur dan
kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan
kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh.
Insya-Allah.
Kelima,
Perbelanjaan Pembangunan atau Development
Expenditure
yang diperuntukkan sebanyak 48.5
bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.
Ini termasuklah, projek-projek bersifat
people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik
dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.
Di samping itu, projek-projek MRT
jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura akan tetap
diteruskan.
Malah, pada bulan Mei nanti, saya
akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula
perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;
Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan
dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang
benar-benar diperlukan sahaja.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,
71. Akhir kalam, marilah kita
banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya,
kepada ikhtiar-
ikhtiar kita dalam terus membangun
dan memakmurkan negara.
72. Sesungguhnya jua, dalam segala
kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan.
Apa
yang paling mustahak, kepada seluruh
rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan
melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.
73. Pastinya, pada setiap kesukaran
itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.
74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha
Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan
dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada
Allah meminta tolong.
Sekian, Wabillahiitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
Assalam.
BalasPadamsharing means caring.
tolong baca sebuah artikel terbaik khusus untuk kita semua generasi islam alaf baru hari ini.
klik link di bawah:
http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html
Salam.
BalasPadamTerima kasih.
sama-sama
BalasPadam-nureen
BERITA BAIK!!!
BalasPadamNama saya Dian Pelangi dari Jakarta di Indonesia, saya seorang pereka fesyen dan saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu semua orang supaya berhati-hati mendapatkan pinjaman di internet, begitu banyak pemberi pinjaman di sini adalah penipuan dan mereka berada di sini. menipu anda dengan wang susah payah anda, saya memohon pinjaman kira-kira Rp900,000,000 wanita di Malaysia dan saya kehilangan kira-kira 29 juta tanpa mengambil pinjaman, saya membayar hampir 29 juta lagi saya tidak mendapat pinjaman dan perniagaan saya Mengenai terhempas kerana hutang.
Memandangkan pencarian saya untuk syarikat pinjaman peribadi yang boleh dipercayai, saya melihat iklan dalam talian lain dan nama syarikat adalah SYARIKAT PINJAMAN DUNIA. Saya kehilangan 15 juta dengan mereka dan hingga hari ini, saya tidak pernah menerima pinjaman yang saya cadangkan.
Tuhan menjadi kemuliaan, kawan-kawan saya yang memohon pinjaman juga menerima pinjaman sedemikian, memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat yang boleh dipercayai di mana Puan Christabel bekerja sebagai pengurus cawangan, dan saya memohon pinjaman sebesar Rp900,000,000 dan mereka meminta kepercayaan saya, Dan setelah mereka selesai mengesahkan butiran saya, pinjaman itu telah diluluskan untuk saya dan saya fikir ia adalah jenaka, dan mungkin ini adalah salah satu tindakan menipu yang membuat saya kehilangan wang, tetapi saya terkejut. Apabila saya mendapat pinjaman saya kurang dari 6 jam dengan kadar faedah yang rendah 1% tanpa cagaran.
Saya sangat gembira bahawa Tuhan menggunakan kawan saya yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan kerana saya diselamatkan daripada membuat perniagaan saya melompat di udara dan dibubarkan dan kini perniagaan saya terbang tinggi di Indonesia dan tiada siapa yang akan mengatakannya Dia tidak tahu mengenai syarikat fesyen.
Jadi saya nasihat semua orang yang tinggal di Indonesia dan negara-negara lain yang memerlukan pinjaman untuk satu tujuan atau lain untuk sila hubungi
ibu christabel melalui e-mel: (christabelloancompany@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (lianmeylady@gmail.com) dan Sety memperkenalkan dan bercakap tentang christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-melnya: permatabudiwati@gmail.com Sekarang, semua Saya akan cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.
Satu perkataan kepada orang bijak sudah cukup
Terima kasih sekali lagi kerana membaca kesaksian saya, dan semoga Tuhan terus memberkati kita dan memberi kita kehidupan yang panjang dan makmur dan semoga Tuhan melakukan pekerjaan yang baik dalam hidup anda.
BERITA BAIK!!!
BalasPadamNama saya Dian Pelangi dari Jakarta di Indonesia, saya seorang pereka fesyen dan saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu semua orang supaya berhati-hati mendapatkan pinjaman di internet, begitu banyak pemberi pinjaman di sini adalah penipuan dan mereka berada di sini. menipu anda dengan wang susah payah anda, saya memohon pinjaman kira-kira Rp900,000,000 wanita di Malaysia dan saya kehilangan kira-kira 29 juta tanpa mengambil pinjaman, saya membayar hampir 29 juta lagi saya tidak mendapat pinjaman dan perniagaan saya Mengenai terhempas kerana hutang.
Memandangkan pencarian saya untuk syarikat pinjaman peribadi yang boleh dipercayai, saya melihat iklan dalam talian lain dan nama syarikat adalah SYARIKAT PINJAMAN DUNIA. Saya kehilangan 15 juta dengan mereka dan hingga hari ini, saya tidak pernah menerima pinjaman yang saya cadangkan.
Tuhan menjadi kemuliaan, kawan-kawan saya yang memohon pinjaman juga menerima pinjaman sedemikian, memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat yang boleh dipercayai di mana Puan Christabel bekerja sebagai pengurus cawangan, dan saya memohon pinjaman sebesar Rp900,000,000 dan mereka meminta kepercayaan saya, Dan setelah mereka selesai mengesahkan butiran saya, pinjaman itu telah diluluskan untuk saya dan saya fikir ia adalah jenaka, dan mungkin ini adalah salah satu tindakan menipu yang membuat saya kehilangan wang, tetapi saya terkejut. Apabila saya mendapat pinjaman saya kurang dari 6 jam dengan kadar faedah yang rendah 1% tanpa cagaran.
Saya sangat gembira bahawa Tuhan menggunakan kawan saya yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan kerana saya diselamatkan daripada membuat perniagaan saya melompat di udara dan dibubarkan dan kini perniagaan saya terbang tinggi di Indonesia dan tiada siapa yang akan mengatakannya Dia tidak tahu mengenai syarikat fesyen.
Jadi saya nasihat semua orang yang tinggal di Indonesia dan negara-negara lain yang memerlukan pinjaman untuk satu tujuan atau lain untuk sila hubungi
ibu christabel melalui e-mel: (christabelloancompany@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (lianmeylady@gmail.com) dan Sety memperkenalkan dan bercakap tentang christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-melnya: permatabudiwati@gmail.com Sekarang, semua Saya akan cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.
Satu perkataan kepada orang bijak sudah cukup
Terima kasih sekali lagi kerana membaca kesaksian saya, dan semoga Tuhan terus memberkati kita dan memberi kita kehidupan yang panjang dan makmur dan semoga Tuhan melakukan pekerjaan yang baik dalam hidup anda.