Langkau ke kandungan utama

Tips Persiapan Pengantin yang Perlu Anda Buat


Tips Persiapan Pengantin yang perlu anda buat, dibawa khas kepada anda oleh blog hebat, Sha myheart.,Dulu-dulu tak pula terfikir pasal bab aspek kenduri kahwin ni. Ada fikir juga tapi tak de la fikir dalam-dalam sangat, bukan apa, tak nak terluka sendiri. Uii, sakitnya frustrated! Tak nak tambah lagi, cukuplah.
Tapi sekarang ni dah siap search dan nak tahu dengan lebih jelas lagi. Kenapa? Ehem-ehem, rasanya dah makin dekat. Sweet.

See, perasan sendiri. Tak ada orang pun kata sweet. Gedik! Ahaks.

Ok, inilah antaranya yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin:

Senarai persediaan/persiapan pengantin

1. Kad kenduri dan panggilan kenduri walimatulurus-off line dan on line

2. Banner dan bunga manggar

3. Katering/pakat orang kg - menu

4. Potong kelapa -photographer la..Hehe~

5. Souvenir/buah tangan/bingkisan - utk kawan-kawan -apa nak letak dalam goodies bag?

6. Ada bunga tak untuk kereta rombongan?

7. Baju untuk sedara mara ada tak? T-shirt ke, warna tema sama ke?

8. Pelamin, meja dan bilik sape nak hias? Konsep?

9. Baju pengantin - jenis kain, warna- ini kena kedua-duanya lelaki dan perempuan cuba dahulu untuk tengok warna sesuai tak terutamanya warna kulit gelap sedikit. oh ya, perlu juga ambik gambar untuk pastikan korang cantik dalam gambar dgn baju itu.

10. Mekap - mak andam mana? Pukul berapa nak mekap?

11. Tarikh yang sesuai -masa cuti sekolah ke masa cuti umum atau tak ada cuti langsung

12. Bila nak akad nikah -uruskan hal2 borang2 kebenaran nikah, surat pengesahan bujang dari majikan, ujian HIV Aids, nak kasi saksi tanda tangan, tok kadi/imam free bila

13. Kenderaan - sape nak drive? Tak kan pengantin sendiri kot?

14. Pengapit -siapa nak jadi pengapit?

15. Tempat -rumah atau dewan majlis kenduri, masjid atau rumah untuk akad nikah

16. Tempat untuk pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki - tempat untuk rombongan menyinap, rumah atau hotel (kalau jauh)

17. Bayaran duit minyak/tol untuk setiap kereta rombongan/bas untuk jarak jauh

18. Inai- bila nak pakai, nak ambil mana

19. Apa-apa yang difikirkan sesuai.

Semua ini melibatkan kos.

Banyak juga perkara nak kena buat bila dah buat senarai tu, sebab aku ni jenis agak details. Duit juga tak ketinggalan, kena peruntukkan (spend on it).

Ui, macam ni rupanya pening kepala orang yang nak kahwin tu. Baru aku rasa. Aku belum nak buat majlis. Tapi aku nak buat preperation (persediaan) awal-awal sebab aku kan details.

Ramai orang berpesan yang bertunang tak perlu heboh-heboh, risau ada yang busuk hati. Tapi masa dah kahwin kena war-warkan, sebab nak bagitau kita dah kahwin dan nak suruh orang lain pun kahwin juga. Hihi~
Ops, aku belum bertunang tapi ke arah itulah. Ada yang nak wish tak? Haha, gediks betul pula.

Semoga ini sedikit sebanyak memberi panduan untuk anda melangsungkan perkahwinan ya. Semoga berbahagia.

Tag: mak andam cantik, best kahwin, wedding planning, urusan kahwin, walimatul urus, kad kahwin,
kursus kahwin, tetamu, catering, tips persediaan perkahwinan, kerja kahwin, bina masjid


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker