Langkau ke kandungan utama

Bila Blogger Bosan, Apa Nak Buat




Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca tersayang? Ada yang merinduiku tak? Hehe, lama tak berup date blog.
Ini semua gara-gara blogspot yang dah up date template dan imbas upaya tidak lagi disokong dengan handphone symbian 60 ku yang comel itu.
Mr X-men, nama dia.

Kalau tak, sudah lama aku kongsikan kisah-kisah yang menarik dengan korang semua. Ini semua salah blogspot!
Aku lebih suka on line guna handphone sahaja memandangkan ianya mobile- mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Kalau lappy, jenuh nak usung kot.
Lagi satu lappy aku, Mr Len pun bukannya baik sangat kesihatannya.

Tanpa dapat up date entri, kepala aku jadi macam berat sahaja. Tak dapat nak luahkan. Luah kat facebook? Twitter? Facebook, tak sesuai nak luahkan. Twitter? Ala, aku dah terlupa passwordnya. Kalau tak, boleh bertwitter dengan Abu (ashgive.com)
Hahaha, kesian kan.. Tak ada tempat nak luah kot.

Jadi sepanjang aku tak berup date entri, aku balas komen-komen, lawat balik mereka yang dah komen kemudian komen kat banyak entri dia. Selain itu, aku buat status fb yang agak bermanfaat pada orang lain. Orang kata kalau sudah jadi blogger, ayat dia pasti kemah-keming punya. (Pinjam pepatah Terengganu jap). Hehe.
Selain itu, aku google apa-apa yang aku nak tahu terutamanya mimpi-mimpi. Saja suka-suka. Carian google banyak bawa aku ke blog-blog. Ada yang aku tinggalkan komen.

Perkara bosan bila semua di atas, aku dah buat, jadi aku klik je >blog seterusnya>> kat atas sekali tu, yang dekat dengan email tu. Seronok juga melawat blog orang lain. Cubalah. It's fun! Tapi yang tak bestnya diorang pakai verification words pada komen, susah la nak masukkan kod dengan guna handphone.

Itulah perkara yang membosankan bila seorang blogger tidak dapat meng-update-kan blog sedangkan hari-hari dia melihat blog. Macam katak berada di bawah gelas kaca. Tengok sahaja, tak boleh buat apa-apa.

Apakah perkara yang membuatkan korang berasa bosan?

Terima kasih sudi singgah dan baca.


u make me smile like the sun =)


Ulasan

  1. ala.. kesiannye..... macam tu ke? aku ni baru dalam dunia blogging... so tak tau pulak boring kalau tak dapat update blog.. hehehe.. (^_^)

    BalasPadam
  2. Limin: Aad, sangat boring bila jadi katak dalam gelas kaca.

    Welcome to blogging =)

    BalasPadam
  3. Akak kalau tak tahu nak tulis apa...join segmen hihihi

    BalasPadam
  4. akak rose: itu salah satu cara nk dpt idea.
    Sha ni bkn xada idea. Idea ada tp xdpt nk up date entri. Lappy pr0b.
    Nk guna hp pn, imbas upayanya dah tak support.
    Dulu blh je update gna hp.

    BalasPadam
  5. hai dear, dah lama xjenguk sini :)

    BalasPadam
  6. salam kenal..sis follow blog kamu yer... :)

    BalasPadam
  7. Cik bhulat: jenguk la dan selamat dtg :-)

    BalasPadam
  8. Jangan bosan....
    Ambil kamera/hp, ambil photo, jepret-jepret jadi la entri baru.... hhe

    BalasPadam
  9. alaaa tak payah nak luah luah.. simpan je dalam hati.. peram buat pekasam hahahaha

    aku tengok nama aku kena mention kat atas hahahahaha tq :)

    BalasPadam
  10. Abu: mesti la ada sebut nama ko. hahaha~

    mana boleh tak terluah wei. tak boleh, jadi tension nanti. haha~

    BalasPadam
  11. Abu: mesti la ada sebut nama ko. hahaha~

    mana boleh tak terluah wei. tak boleh, jadi tension nanti. haha~

    BalasPadam
  12. Hehehe...nice entry... follow me back k..
    lastetst entry: http://akulahhero.blogspot.com/2012/06/gugurl-priceless-or-no-price.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker