Langkau ke kandungan utama

Tips Elak Jadi Mangsa Pukau

Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan sedikit apa yang aku jumpa dan tahu.

Bagi mengelakkan pukau terjadi, beberapa tips boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing-masing.
Bagi yang beragama Islam, disarankan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya kita terpelihara daripada perbuatan yang didalangi syaitan ini.

Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah tu. Kan banyak kes pasal kena pukau di rumah terutamanya bila berseorangan.

Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, kurangkan eye contact kalau rasa orang itu mencurigakan.

Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.
Aku selalu je jalan sorang-sorang ni. Kena lebih berwaspada. Satu lagi kena jaga beg dari kena ragut.

Jenis-jenis pukau yang biasa digunakan:
Asap rokok
Renungan
Minyak wangi
Sentuhan
Melihat sesuatu azimat seperti cincin, besi dan lain-lain.
Ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Ada yang suruh kita baca ayat tu, ikut dia.


Jadi, apa yang penting berselawat, berzikir kalau dah nak kena pukau. Moga-moga dengan ingatan kita kepada ALLAH, kita dibantu-Nya.

Ada juga menjadikan surah Yassin sebagai jalan penyelamat. Boleh sahaja kalau korang dapat hafal surah tersebut.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih sudi baca ye.


Ulasan

  1. uishhh,takutnye..bahaya kan pukau2 ni, sedar2 je semua da lesap, kena berhati-hati

    BalasPadam
  2. Perempuan lah selalu jadi mangsa pukau. Risau betul kadang2.. awesome sharing!

    BalasPadam
  3. blh dipraktikkan nie.. thanks dear.. :)

    BalasPadam
  4. ermm tanx utk info ne..mang isu pukau2 ne wat tkut gak laa

    BalasPadam
  5. Ana: mmg takut jgk. Kena bt psdiaan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker