Langkau ke kandungan utama

Rezeki, Lagi Sedekah Lagi Bertambah





Assalamualaikum.

Wah, rasa happy pula bila dapat duit RM2 dari Nuffnang sebab minggu lepas tak dapat apa-apa pun, sesen pun tak naik. Sedih juga la padahal ada je iklan dia duk merayap. Haha~ Tak pe la, dah namanya rezeki bukan kita tahu pun kat mana rezeki nak datang kan? Yang penting kita enjoy! Eh, tak.. Yang penting kita buat baik, insya-ALLAH cepat la dapat rezeki kita tu.

Sebut pasal rezeki ni rasa nak mengulas bab rezeki jugak. Rezeki ni orang kata antara rahsia ALLAH. Rezeki itu ALLAH akan bagi kepada sesiapa sahaja, maksudnya semua orang ada rezeki masing-masing.

Aku pernah baca dalam buku, kita dilahirkan dengan 4 perkara yang telah ditetapkan:
1. Jodoh
2. Ajal maut
3. Rezeki
4. Amal hidup kita
(Aku selalu terlupa yang satu ni).

Rezeki juga didatangkan dengan pelbagai bentuk. Bukan duit dan harta benda je rezeki.. Rezeki ni apa yang aku faham adalah sesuatu yang menyenangkan. Perkara positif. Contohnya, hati senang, itu rezeki. Kesihatan, itu rezeki. Bukan nak kata sakit tu bukan rezeki, sakit tu adalah Kafarah (penghapus) dosa.

Lets say, katakan korang sakit, tak dapat kerja. Kalau tak kerja, tak ada duit. Duit tu rezeki. Hati pula tak tenang, sebab duk fikir hutang. Tak ke itu namanya tak ada rezeki? Bukan tak ada rezeki tapi rezeki kurang.

Kisah lain pula, korang dah ada segala-galanya. Kerja besar, kereta besar, rumah besar tapi hati tak tenang. Fikir ada orang nak masuk samun rompak korang la, fikir ada orang nak rampas ambil alih syarikat korang la, ada orang nak pecah amanah duit syarikat la.. Kan tak ada rezeki jugak tu.

Jadi, nak tambah rezeki macam mana?
Korang boleh banyakkan sedekah. Sedekah itu penarik rezeki.

Eh, aku tak ada duit, tengah miskin, lagi mau bagi kat orang ke? Ya, kena bagi. Aku pernah tengok cerita drama pasal ni, lama dah, berbelas tahun yang dahulu.

Kisahnya seorang lelaki, kalau tak silap aku pelakonnya Zamarul Hisyam. Dia baru bekerja. Dia tengah sengkek miskin. Tapi dia alim. Dia pergi surau. Ada dia jumpa seorang pak cik ni kat surau. Pak cik tu boleh kata tok imam atau tok bilal surau bagi nasihat supaya dia bersedekah. Lelaki tu terkejut la, 'apa la macam ni kan. Aku kan tengah miskin tapi nak bagi kat orang pulak?' lebih kurang macam tu la dia cakap dalam hati.

Dia cakap kat pak cik tu, nak bagi apa, dia pun ada dua ringgit je lagi. Pak cik tu cakap, bagi la seringgit.

Pak cik tu jawab "ya, kena bagi."

Maka keesokkannya, lelaki tu dalam percaya dengan tak akan jawapan pak cik tu, bersedekah la pada peminta sedekah. Seingat aku dia kasi seringgit je. Tak pun dua ringgit.

Kemudian, dia dapat rezeki yang banyak. Dia cakap kat pak cik tu. Memang dah caya la kan..

Pengajaran atau kesimpulannya, bersedekahlah. Makin kita rasa rezeki kurang atau sempit lagi banyak patut kita sedekah. Sebab satu yang kita bagi, sepuluh yang kita dapat. Tak nak ke?

* Ada orang cakap: Eleh, apa lah sangat kan dengan RM2 tu.
Aku nak jawab: Apa pun, itu bukan duit awak. Lagipun itu duit hasil 'kerja internet' saya. Awak nak sibuk, apahal kan? Awak ada ke dapat duit macam tu? Ada, lagi banyak dari tu? Kisah pulak saya, ek? Lagipun itu duit awak, rezeki awak, bukan awak nak bagi kat saya pun. Saya tak minta pun duit awak.

Dapat duit hasil usaha sendiri adalah sesuatu yang tak ternilai rasanya, lagi-lagi la duit dari internet kan? Bukan senang orang nak bagi tu. =)

Terima kasih sudi nak kongsi ilmu dengan saya.

Ulasan

  1. i hope the one am so in love now is the one that i'll end up marrying :D auuuw ! harhar

    BalasPadam
  2. yeah.. even though 2 ringgit.. it still helps people.. tak kesahlah 2 ringgit or 1 sen pown.. aslkan sedekah dgn keihklasan..

    yup! bila sdekah ngan titik peluh kte.. rasa best kan !

    BalasPadam
  3. Gds bga: erk! Mcm slh bl0g bg k0men ni. Hehe.

    BalasPadam
  4. Clara: a ah, sikit pn xpe. Yg pntg ikhlas.

    Yup, brsdkh dgn duit sndr mmg rs ln brbndg gn duit org ln

    BalasPadam
  5. semoga rezeki anda semakin melimpah ruah lepas ni. nice blog. keep bloging.
    http://awieomar.blogspot.com/2012/04/abpbh-bintang-paling-popular-1990-2010.html

    BalasPadam
  6. semoga rezeki anda semakin melimpah ruah lepas ni. nice blog. keep bloging.
    http://awieomar.blogspot.com/2012/04/abpbh-bintang-paling-popular-1990-2010.html

    BalasPadam
  7. betul la tu lagi kita bersedekah lagi rezeki bertambah,,

    BalasPadam
  8. tak yah la nak harap rezki drpd nuff.. aku je pun tak kemana still kat situ 63 henggit.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. Abu: usaha lg, wei. Boleh punya la.
    Aku ada rm2 tu sb baru cash out. Hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker