Langkau ke kandungan utama

Siapakah Juara Hati? Ehem, Tolong Pilihkan





Assalamualaikum.

Kali ini aku ada bawa kajian kes. Cuba korang selesaikan atau teka apakah kesudahannya =) Hehe~

Perubahan drastic selepas berpisah


Adila seorang gadis yang meningkat dewasa, baru mengalami perpisahan. Adila jadi separuh nanar dengan perpisahan itu. Hatinya hancur luluh tapi dia pura-pura hilang ingatan, amnesia.

Dia sengaja menjadi gedik ambik gambar artis kesayangannya yang masih bujang dan buat post di facebook serta katakan itulah bfnya. Ramai kawan-kawannya komen gambar tersebut kerana sebelum ini Adila adalah seorang yang tidak pernah menunjukkan gambar bfnya di fb. Dalam masa yang sama dia tidak lupa terangkan pada Ali supaya tiada kekeliruan. Ali faham lantaran dia mengenali Adila yang gila-gila. (Siapa Ali? baca kat bawah nanti, fahamlah)

Kerana ingin melupakan keperitan perpisahannya dengan Mr. X, Adila jadi semakin ceria. Gelak tawa Adila, menggila. Dia aktif berfacebooking semata-mata ingin melupakan rasa sedihnya, rasa kecewanya apabila cintanya yang suci ditolak mentah-mentah. Untuk apa ingat pada orang yang langsung tak pernah ingat kita? Buat apa tagih simpati pada orang yang menoreh luka di hati? Untuk apa menangis melolong untuk orang yang sedikit pun tidak pernah ada perasaan kasihan?

Tetapi sesungguhnya, jika lelaki itu (Mr X) hadir lagi, dia akan tetap menerima kerana hati Adila telah lama jatuh cinta pada pemuda yang, yang, yang.. ah, apa?

'Kelukaanku, Kegembiraan Kalian'

Hubungan Adila yang terputus di pertengahan jalan dengan Mr X, dirai gembira oleh lelaki-lelaki yang berada di samping Adila yang bergelar teman baik. Bila Adila dah solo, mereka mula mengatur langkah.
1.      Ali (bukan nama sebenar) telah berjaya menambat hatinya.
2.      Manakala Bun, (bukan nama dalam ic) mula terasa kehilanganku. Sebelum ini, Adila rapat dengan dia seorang sahaja. Tapi sekarang Adila sudah berpacaran dengan orang lain yang juga kawan baik Bun sendiri. Lelaki, mana mahu potong line. Lelaki rela melepaskan orang yang dia sayangi demi seorang kawan.
Bun seperti mencari peluang untuk rapat dengan Adila, sedangkan sebelum ini mereka memand sedia rapat. Tetapi berita mengenai Adila berpacaran dengan Ali membuatkan diri Bun terasa terlalu inginkan perhatian Adila. Adila pula melayan Bun seperti biasa, tetap ramah dan mesra.
3.      Sementara itu, Zack (bukan nama mak dia bagi) juga berputih mata. Itulah, awal-awal tak nak cekup si Adila tu. Adila memang menyimpan minat pada Zack tapi dia faham hati lelaki itu hanyalah pada sahabat penpal nya, Miss N sedari kecil. Jadi, mana mungkin Zack senang-senang berubah hati. Tetapi apabila segala kepincangan dan rahsia Miss N, gadis penpalnya itu terbongkar, dia ingin menagih kasih Adila.
Zack seakan-akan menjauhkan diri apabila berita Adila sudah menemui teman baru hinggap di telinganya. Zack yang dulu peramah dan suka bergurau dengan Adila, sudah tiada lagi. Yang ada hanya hambar.

Semua semua berumur muda setahun dari Adila. Kisah ke? Kisahlah kalau famili mereka kisahkan..

Penipuan
Ali pernah tipu Adila, kata:
- Umur mereka sama sedangkan umur dia lebih muda dari Adila.
-Kerja pembantu/sukarelawan bomba, hari-hari kena kawad padahal kerja swasta yang tak ada kaitan dengan badan uniform.
-Tak boleh simpan janggut kerana tuntutan kerjanya sedangkan tiada siapa melarang.

Bun tidak pernah menipu Adila. Semuanya jujur dan tulus.

Begitu juga dengan Zack. Dia seorang yang jujur sejujur jujurnya.


Adila pantang orang menipunya. Mungkinkah semua kata-kata Ali tidak dapat dipercayai lagi?
Ali juga pernah terlepas cakap bahawa dia tak suka orang Kedah.

Adila mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya dalam diari. Berikut ialah coretan diari Adila yang pihak spy berjaya skodeng. Haha~

Kepada Ali:
“Awak, kenyataan sekarang, saya orang Kedah. Kalau awak tak suka saya, lepaskan saya. Ramai lagi orang yang sukakan saya. Saya tahu sekarang bukannya masa yang tepat untuk bertanya adakah awak serius. Tapi sia-sia sahajakah hubungan yang terjalin ini? Kalau tidak ke mana, tiada hala tuju, maaf saya mahu menjaga hati saya.”

Kepada Bun:
“Awak, saya tahu awak sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya mungkin saya hanya berangan sahaja. Awak ada ramai kawan perempuan yang cantik-cantik dan boleh pilih sesiapa sahaja dalam sekelip mata. Tapi, kalau awak betul-betul sukakan saya, tunggu saya. Saya tahu awak tak kan mudah terima saya kalau saya terus tinggalkan Ali macam tu sahaja.”
Kepada Zack:
“Tunggulah kalau awak rasa saya berbaloi untuk awak.”


Persoalannya:

Pada pendapat anda, siapakah yang terbaik buat Adila?

Sila tolong rungkaikan persoalan ini ya kawan-kawan =)



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. xdpt nk masukkan gambar.. line teruk.

    BalasPadam
  2. ali tu kasi reject.. hehe

    hmm zack ngan bun tu.. ttg mereka xlengkap.. so.. xtau sama ada sape yg terbaik utk adila.. hehehe

    BalasPadam
  3. huu.. ali rejected..hoho..

    #pikir masak2 sblum pilih zack atau burn..hihi

    BalasPadam
  4. Rasenye Bun la.

    Awak, saya tahu awak sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya mungkin saya hanya berangan sahaja.

    see ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker