Langkau ke kandungan utama

Tips Untuk Buat Korang Disenangi Ramai


Assalamualaikum.

 
1. Greeting (sapaan)

Anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”dengan bersungguh-sungguh, terang (jelas) dan sepenuh hati.
-Biarlah kita yang tegur orang dahulu. Aku pun dah terbiasa dengan budaya Amerika yang mana kalau jumpa orang, say hi, how are you. Mula-mula dengar ni, masa belajar Master (Pensyarah dan kawan-kawan international selalu buat macam tu) rasa diri sangat dihargai. Tetapi, bila dah tau itu adat orang putih, tak rasa apa-apa dah, cuma bertukar soalan 'apa khabar' dengan diorang.


2. Anda sentiasa penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

3. Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

4. Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

5. Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
-Peyan, i did, right? Haha~ Poyo.

6. Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.

7. Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
-Biasanya playboy amat cepat ingat nama orang. Itu pengalaman aku. Kalau lelaki biasa, susah nak ingat nama perempuan yang baru dia kenal.

8. Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

9. Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan sesiapa sahaja.

10. Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
-sopan gitu

11. Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

12. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

13. Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
-ringan tulang dan pemurah

14. Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
-Chill sudah

15. Anda sentiasa menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi.
-Jaga perasaan orang lain

16. Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
-warm - mudah mesra- pandai ambik hati

17. Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.
-ayat berlapik, tak marah depan orang lain yang boleh menjatuhkan maruah.

Sumber dan diubahsuai.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. thanx for de tips..sgt brguna sbb kdg2 ade bnde yg kite trlepas pandang, hehe..

    tips utk buat kite dsenangi org n pd mase yg sme improve dri kite jugak, :)

    BalasPadam
  2. Betol2..
    Hahhaa~~ =)

    i'm not playboy..
    i hanya play TENPIN BOWLING je..
    Huhuhu~~

    P/s : doakan semoga pjln saya slmat ye..
    Hoho~~ nk balik kg.. weeee~~ jom2 =b

    BalasPadam
  3. betul2..kdg2 dgn sapaan..dgn memberi salam atau bertanya khabar pun dah menyebabkan satu ukhuwah terjalin..dan menyebabkan kita dihargai sbb seseorg menyedari kehadiran kita :)

    BalasPadam
  4. salam..

    sebelum berkata2 perlu fikir dulu..kot2 boleh sakiti hati orang

    BalasPadam
  5. benda yang simple tapi kadang2 susah nak buat. :D

    BalasPadam
  6. Biha: ya, betul tu =)

    kdg2 tak perasan =)

    Jom baiki diri =)

    BalasPadam
  7. Peyan: lor, terasa ke pasal playboy? bukan kata kat peyan la..

    Ok, semoga selamat sampai. good boy. haha~

    BalasPadam
  8. sekamar: ya =)

    jgn sakiti hati org lain

    BalasPadam
  9. num14 tu penting kan ... positive thinkking :D

    BalasPadam
  10. Tips yang akak beri memang selalu adik gunakan dalam kehidupan seharian adik. Tapi adik cepat ingat rupa paras dan nama-nama orang, adik playgirl ke maksudnya? -_- Hahaha.

    BalasPadam
  11. Jer: positive thinking sangat penting kot =)

    BalasPadam
  12. Raisya: tak la.. bukan macam tu. perempuan biasa la kalau cepat igt nama org. tapi tidak bagi lelaki =)

    BalasPadam
  13. Awwwww
    saya mahu jadi org ini
    selalu shj positif dan positif

    baru org sng lekat =]

    BalasPadam
  14. namun... kalau kita dh buat semua tu tapi orang lain yg mengguriskan hati kita macam mana. yip3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker