Perjalanan Gaddafi berakhir...
SIRTE - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan parah, semalam, semasa pemberontak melancarkan serangan ke atas bandar kelahirannya di Sirte, Libya, sekali gus menandakan pengakhiran rampasan kuasa berdarah yang bermula di negara itu lapan bulan lalu.
Kematiannya disahkan Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Mahmoud Jibril dan disertai penyiaran gambar Gaddafi yang berlumuran darah oleh stesen televisyen Libya. Agensi berita Al-Jazeera kemudian menyiarkan gambar mayat Gaddafi yang diheret pemberontak di atas jalan raya selepas kematiannya.
Seorang pejuang anti-Gaddafi berkata, pemimpin itu ditemui bersembunyi dalam lubang di bawah tanah dan menjerit ‘Jangan tembak! Jangan tembak!’ kepada individu yang menangkapnya. Beliau dipercayai meninggal dunia akibat ditembak di perut dan kepala.
Menurut jurucakap NTC, mayat Gaddafi di bawa ke sebuah masjid di Misrata Selain itu, anak lelaki Gaddafi, Mo’tassi yang berada bersamanya turut ditangkap hidup-hidup, menurut stesen televisyen Al-Arabiya.
Pegawai NTC, Abdel Majid Mlegta berkata, Gaddafi, 69, cedera pada kedua belah kaki, tengahari semalam (waktu Malaysia) semasa cuba melarikan diri dalam konvoi yang diserang jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) sebelum beliau bersembunyi di bawah tanah.
Nato turut mengesahkan jet pejuangnya menyerang dua kenderaan tentera di Sirte, semalam.
Pembunuhan Gaddafi, yang berlaku sejurus beliau ditangkap, adalah perkembangan paling dramatik di dalam revolusi dunia Arab yang sebelum ini menyaksikan penggulingan pemimpin Mesir dan Tunisia, serta menggoyahkan kedudukan pemimpin Syria dan Yaman.
Lokasi persembunyiannya itu serupa dengan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang ditangkap tentera Amerika Syarikat pada 13 Disember 2003 sebelum dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 30 Disember 2006.
Kematian Gaddafi bermakna NTC yang kini mentadbir Libya perlu memulakan tugas berat membentuk sistem demokrasi baru dan proses itu pastinya dicemari campur tangan kuasa Barat yang hanya menunggu masa untuk membentuk kerajaan pro-Barat di Libya.
Gaddafi, individu dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas dakwaan membunuh orang awam, digulingkan pada 23 Ogos lalu, selepas 42 tahun memimpin negara pengeluar minyak di Afrika itu.
Sumber: Sinar

cmfrm ker?
BalasPadamya.. confirm meninggal.. aku ada baca dan tgk video kna tembak..tp.. tsk.. aku tak minat bnda2 ganas ni, so dah lupa aku tgk kat mana, padahal baru ja tadi ==''
BalasPadamberita hot nih.. naik laa traffik kak .dah tengok video dia?
BalasPadamIjam: ya.
BalasPadamAiman: kite tak minat keganasan juga. kite tengok tv
BalasPadamAnif: tak hot pun. trafik tak naik pun.
BalasPadamorang lain buat awal, kak sha lambat