Langkau ke kandungan utama

Blog Ini Bakal Berkubur, Jangan Cari Aku Lagi

Assalamualaikum.

Aku sedih.
Blog aku tak dapat diletakkan dalam bloglist blog orang.
Bila komen entri orang pun, kadang-kadang tak naik walaupun ia cakap; akan muncul di ruangan komen sebentar nanti. Tapi tak muncul-muncul. Kena taip semula. Itu tak jadi hal sangat.

Tapi tadi bila aku dah buat perkara yang sama, aku periksa dulu. Dah yakin ianya naik dalam ruangan komen, aku tutup la. Tetiba aku ingin tahu apakah reaksi tuan blog. Bila aku cek, tak ada komen aku.

Terus aku PM dia. Tanya dia adakah dia padam komen aku. Dia menafikan.
Kalau macam tu, maknanya blog aku problem!

So sad. Very sad.
Frustrated.

Apa guna aku bersusah payah untuk naikkan blogku sedangkan ianya sangat susah untuk naik? Pfff..


Kalau suatu hari nanti korang dah tak dapat cari aku
izinkan aku membawa memori indah bersama kalian


Kalau suatu hari nanti korang dah tak dapat cari aku
izinkan aku memeluk kenangan manis bersama kalian


Kalau suatu hari nanti korang dah tak dapat cari aku
Aku tak kan bangun sebagai Sha My Heart lagi
Aku akan pakai nama lain dan gaya penulisan aku berbeza
Biarlah nama itu bersemadi dengan tenang seperti penggelar nama itu


Bukan aku tak ingin berkawan dengan kalian

tapi biarlah kelukaan ini aku seorang yang tanggung.
Kalau jodoh persahabatan kita masih panjang, pasti kita akan bertemu, kan?




Jangan cari aku. Jangan rindu entri dari Sha My Heart. Blog ini bakal berkubur.
Jangan lawat aku. Aku akan tutup blog ni.

Mungkin ini yang terbaik. Aku perlu berhenti blogging.

Mungkin ini bukan bidang aku. Mungkin aku harus ucap selamat tinggal blogging. Bye.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. hntr surat tnya kt blogspot knpa..

    err... tak reti pulak nak nolong..

    harap oke2 ja blog ni nnti..

    BalasPadam
  2. jangan la berhenti cuba tanya pakar2

    BalasPadam
  3. rilek la...takkan sebab tu nak berhenti kot..cuba tanya otai2 blog..ada cara selesai tu

    BalasPadam
  4. meh pakcik nak check. benda ni kan kita yang buat dia, bukan dia yg buat kita. sebarang masalah, boleh selesai

    BalasPadam
  5. mengikut perkiraan patik, kalau kita tak boleh komen blog orang, tu bermakna bukan blog kita yang ada masalah. blog dia yang ada masalah. sebabnye tuanku, kalau dia tak publish komen tuanku atau komen tuanku di mark sebagai spam, maka komen tuanku itu tidak akan keluar. kesalahannya disini ialah dari tuan empunya blog itu sendiri. tiada kaitannya dengan blog tuanku kalau tuanku tak dapat nak komen kat entry dia. harap maklum tuanku.. ammpunnnn tuanku, sembah patik harap di ampun

    BalasPadam
  6. ha ahhh betul.. kdg2 publish.. ade kat spam..diorg yg xcek or lambat sbenarnya

    jgn la nk berkubur..relaxxx2 :)

    BalasPadam
  7. ampunnn tuanku sembah patik harap di ampun, patik pacal yang hina ni datang mengadap ke bawah duli. Mengikut perkiraan kitab patik, tuanku ada masalah dalam melogkan masuk profile tuanku dimana kemungkinan profile tuanku tak keluar pada komen atau pada blog yang tuanku follow. Harap dapat diperkenankan ke bawah duli. Ammmpunnnn tuanku

    BalasPadam
  8. aisemen,,,takkan sampai merajuk kot,,,rilek2,,setiap mslh ada jln penyelesaiannya kan,,,wahh tuanku gitu,,tk tahan,,,heheee

    BalasPadam
  9. Aiman: Dah pernah hantar pun surat. Dua kali. Satu pasal blog tak boleh buka dan satu lagi pasal blog kena remove.

    Ada yg Ok tu, diorang tolong la. Tapi kadang kala, ada sorang je orang yang rajin duk jawab dan ia bawa link kepada blog dia. Tak banyak membantu.

    Harap2 ok la. =)

    BalasPadam
  10. PM: nak tanya siapa ya? Siapa pakar? Serahkan kepada yang pakar. Haha~

    BalasPadam
  11. Acid: erm, tuanku faham..

    Spam? Bermakna bukan salah beta? Yihhaa, sukanya mendengar berita dari tuan hamba. =)

    BalasPadam
  12. MK: tu la..

    tengok la berkubur atau tak. hehe~

    BalasPadam
  13. Mamanda Perdana Menteri Acid: Telahan tuan hamba salah. Beta tiada masalah mengenai log.

    Beta cuma ada masalah blog tak naik dalam bloglist orang lain.

    BalasPadam
  14. Miss Ina: merajuk? Bukan daa. ini dah give up kot. Haha~

    Tuanku you, vouge gitu. Haha~

    BalasPadam
  15. janganlah berhenti..:)

    BalasPadam
  16. akak shaaaaa
    napeeee nii
    tamolah berhenti ye
    emmmm
    kekadang line mengong kot...

    jgn benti taw =]
    baru nak kenal akak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker