Assalamualaikum...
Entri berita.
TV silap umum Steve Jobs mati
|
|
LOS ANGELES - Saluran berita CBS News tersilap melaporkan bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs telah meninggal dunia baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengumuman berhubung kematian Jobs itu dibuat di laman akaun Twitter saluran tersebut.
Akaun tersebut mempromosikan program What's Trending yang dihoskan Shira Lazar terbitan CBS.
Pengumuman itu mengatakan: "Laporan menyatakan Steve Jobs sudah meninggal dunia. Tunggu untuk mendapatkan perkembangan terkini."
Laporan itu kemudian ditarik balik dengan serta- merta tetapi pengumuman tersebut masih boleh dilihat di Twitter kerana ia dihantar berulang kali oleh para pengguna laman tersebut.
Bagaimanapun, Shira yang juga penerbit eksekutif program What's Trending meminta maaf berhubung pengumuman berkenaan.
Jobs, 56, mengumumkan peletakan jawatannya pada Ogos lalu tetapi dia kekal sebagai pengerusi syarikat Apple.
Sebelum ini, Jobs pernah menjalani pembedahan hati dua tahun lalu selain membuang tumor pada 2003.
Spekulasi mengenai kesihatan Jobs sering mendapat liputan media Barat selepas tubuhnya kelihatan kurus sejak akhir-akhir ini.
Jobs terkenal kerana syarikat Apple di bawah kendaliannya mengeluarkan gajet iPhone, komputer tablet iPad dan iPod. - Agensi
Sumber: Kosmo
Isk, sape yang mati ni sebenarnya?
"Kalau kau silap umumkan aku mati, kau yang 'mati' " Hehe~
Apa komen korang?
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
pengacara tv kot yg mati..mati akal..haha
BalasPadamjenuh le depa nak menjawab bila silap buat pengumuman mcm tu..hahaha
BalasPadamLuqeem: hahaha~ ada betul jugak tu.. hihi~
BalasPadamEncik Khairil : jenuh la. mesti berpeluh2.. haha~
BalasPadamsee you in court..
BalasPadami nak saman you..
hahhaa=P