Langkau ke kandungan utama

Sibuknya Hari Ini - Minta Maaf Lambat Kunjungi Korang




Assalamualaikum...

Entri peribadi dan blogging.

Hari ni aku memperuntukkan masa untuk mengedit blog. Ada nampak perubahan apa-apa tak?

Apa? Tak nampak? Haha~ Nampak sangat la tak besar perubahan yang aku buat. Haha~

Tak apa, aku tak kisah. Ala, perkara biasa jer, kat blog orang lain pun ada widget tu.

Dah lama aku teringin nak buat macam tu, sejak dari awal-awal menceburi diri dalam dunia blog ni tapi tak reti la. Ada belajar dengan tutorial tapi tak jadi pula sebab ada tak jelas satu term. Maka tersadai la kat situ.

Petang tadi teringin nak godek-godek blog tutorial dah yes dapat buat. Suka sangat.

Oh ya, aku minta maaf sebab hari ni aku tak banyak melawat korang (kawan-kawan rapatku) sebab aku sibuk dengan:


1. Rumah Terbuka Kampungku

Weh, kalau kat tempat korang buat rumah terbuka rumah persendirian kan? Tapi kat tempat aku, buat rumah terbuka satu kampung beb.

Best, meriah.

Ada juga panggil agensi kerajaan untuk membuat pameran dan pemeriksaan kesihatan dan derma darah.

*Anak saudaraku menang pertandingan yang dianjurkan. Tahniah =)

Suka, dapat makanan makanan yang biasanya dihidangkan masa raya. Kalau raya ada la hidangan istimewa, kan?

Selain itu, beramah mesra dengan penduduk kampung yang dah lama tak jumpa dan bersua. I really love that moment.

Gambar? Tak de, melenggang je pergi. Hikhik.


2. Tetamu datang rumah - Petang

Selepas dapat edit -medit ni, ada pula tetamu datang petangnya. Sampai maghrib juga la. Siap solat maghrib berjemaah.

Tak kan aku nak lepak depan lappy lagi? Mau kena pelengkung. Haha~

Menghidangkan tetamu dengan 3 jenis air. Jus pati nenas, milo panas dan air isi kelapa. Dihidangkan bersama kuih raya dan kerepek ubi sira pedas. Agak kalut juga la aku di dapur.


3. Tetamu datang rumah - Malam

Ada sesuatu untuk dibincangkan. Tarikh majlis kahwin untuk sepupuku.

Aku sibuk jugak di dapur. Hidangkan mereka dengan air kopi O (panas) dan air isi kelapa (sejuk) beserta kerepek ubi sira.


4. Masak untuk hidangan makan malam


Selepas solat maghrib berjemaah, aku bergegas ke dapur kerana memang tugas aku untuk memastikan ada hidangan untuk makan malam. Memandangkan hari ni makan siang tak masak sebab semua pergi ke majlis rumah terbuka kampung, maka kena masak.

Malam ni rajin pula aku nak masak dua menu. Alah, tak apa, untuk makanan seisi keluarga juga. Rasa kasih sayang itu bertambah erat.



Itu la sebabnya aku tak kunjungi korang. Bukan sengaja tau.. Bersebab.

Ok, semuanya dah siap dan ini la masanya untuk aku balas kunjungan korang. Seranggg.. Hehe~

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. xdela sya tak terkeluar dari carta..
    han belum kemas kini lagi bloglist :)

    BalasPadam
  2. saiazuan: tak bizi sgt la tu sampai jugak ke sini. lalala~

    P/s: susah nk sebut nm ko..

    BalasPadam
  3. hana: okies..

    happy balik. haha~


    p/s: saja nak panggil hana. sedap. nmpak mcm perempuan sikit =)

    BalasPadam
  4. tmbah apa? huhu

    peh rjin btul gi open house n kenduri..hee

    BalasPadam
  5. Luqeem: kena la bergaul sikit dgn org kg sendiri. haha~

    BalasPadam
  6. H.J: Dah ada buat major editting tapi tukar balik back to normal sebab rasa tak selesa.

    Sekarang ni yg kekal, minor perubahan jer. Sikit jer, sebab tu tak perasan. =)

    BalasPadam
  7. wahh bz mcm surirumahtangga sepenuh masa,,,hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker