Langkau ke kandungan utama

Cermin Mata Lambang Gaya Peribadi



Entri ini adalah super-duper panjang. Harap maklum. Tapi ia amat bernilai untuk tambah ilmu. Maka, adalah eloknya korang baca.





ZAMAN ini bukanlah satu perkara yang pelik apabila melihat seseorang yang tidak rabun memakai kaca mata berbingkai besar.


Sesetengahnya pula, jika dilihat dengan jarak dekat, hanya memakai bingkainya manakala cerminnya pula sudah dibuang.


Namun, itulah trend terkini bagi penggemar cermin mata. Tidak seperti kebanyakan pengguna yang lebih gemar memakai kanta lekap yang mudah didapati dalam pelbagai warna, cermin mata dapat membuatkan saiz mata kelihatan lebih besar.


Cermin mata bukan lagi memberi maksud pemakainya mengalami masalah penglihatan seperti sensitif pada silau atau rabun. Ia kini adalah sebahagian aksesori yang menjadi pelengkap gaya individu.


Pilihan cermin mata tampil dalam pelbagai rekaan terutama rekaan klasik yang menjadi kegilaan masa kini. Bingkai ringkas rona hitam bersaiz besar seringkali dilihat menjadi pilihan dalam kalangan remaja.


Bagi pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, dia menjadikan cermin mata sebagai aksesori wajib kecuali ketika sedang menjalani penggambaran yang memerlukan dia menanggalkan cermin mata.


“Saya sudah memakai cermin mata sejak menuntut di kolej. Kekerapan menggunakan komputer untuk melakukan tugasan kolej dan ketika penggambaran membuatkan saya mengalami masalah silau dan perlu memakai cermin mata.


“Tetapi dulu, saya hanya menggunakan cermin mata akibat silau. Kini, saya mempunyai beberapa koleksi cermin mata pelbagai saiz dan rekaan yang boleh disesuaikan dengan penampilan saya yang berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran bersama Stepper Eyewear dan Pantone Universe Eyewear di Viva Mall, Khamis lalu.

Zoey memberitahu, dia tidak dapat berpisah dengan cermin matanya, justeru dia sentiasa memastikan cermin matanya sentiasa berada di dalam poket seluar sekiranya dia menghadiri sebarang acara.







“Kadang-kadang, saya perlu memakai kanta lekap ketika menghadiri majlis tertentu atau menjalani penggambaran. Tetapi selepas semua urusan selesai, saya akan menanggalkan kanta lekap kerana tidak selesa lalu memakai cermin mata semula.


“Rekaan cermin mata yang saya gunakan setiap hari bersaiz kecil. Saya juga mempunyai beberapa cermin mata lain yang lebih besar namun rekaan ringkas menjadi pilihan saya,” ujarnya.


Tambah Zoey, dia mempunyai obsesi untuk membeli cermin mata baharu lebih-lebih lagi setiap kali melalui kedai cermin mata.


“Setiap kali membeli cermin mata, saya peruntukkan lebih RM1,000 kerana saya memang sukakan penampilan bercermin mata dan mempunyai koleksi cermin mata pelbagai warna yang mengikut trend masa kini.


“Saya juga pernah membeli cermin mata di butik Topman kerana sukakan bingkainya dan menukarkan cerminnya di kedai cermin mata,” katanya yang kini merupakan pereka kanan di Calista Design yang terletak di Taipan Damansara.




FARHAN memilih cermin mata rekaan funky dan klasik kerana sesuai dengan imejnya.




Farhan pilih klasik


Sementara itu, penyanyi Farhan turut menggemari cermin mata meskipun tidak dilihat memakainya ketika menghadiri sebarang acara.


“Saya sukakan cermin mata yang mempunyai rekaan fancy dan klasik kerana ia sesuai dengan imej saya,” katanya yang menggunakan cermin mata sejak di bangku sekolah menengah.


Menurut Farhan, dia tidak menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cermin mata kerana selesa menggunakan hanya satu cermin mata pada satu-satu masa.


“Saya akan memakai cermin mata pada waktu malam terutamanya ketika memandu dan membaca. Bagi saya, cermin mata kini sudah menjadi trend dan bukan lagi dianggap sesuatu yang tidak bergaya atau memalukan pemakainya,” katanya.


Farhan memberitahu, sejak bergelar penyanyi, dia mengalami masalah silau yang lebih teruk akibat sering ‘melawan’ cahaya di pentas semasa membuat persembahan.


“Akibat masalah tersebut, saya membeli cermin mata tetapi tidak mahal, sekitar RM300 sahaja. Yang penting bukan harganya tetapi rekaannya yang menepati bentuk wajah dan gaya yang diinginkan,” katanya.



PARA model dan selebriti bergambar bersama Stepper (lima dari kanan) sempena pelancaran rekaan terbaharu Stepper dan Pantone Universe.



Sesuai dengan wajah

Dalam pada itu, supermodel Amber Chia pertama kali mencuba memakai cermin mata adalah ketika menjadi duta Focus Point beberapa tahun dahulu dan mengakui memiliki sedikit pengetahuan berkenaan pemilihan cermin mata yang sesuai.


“Bagi saya rekaan cermin mata mestilah sesuai dengan bentuk wajah seseorang supaya tidak menampakkan wajah seseorang itu lebih besar, tidak seimbang atau tenggelam dalam cermin matanya.


“Mereka yang mempunyai bentuk wajah besar tidak boleh memilih cermin mata yang terlalu besar dan panjang kerana akan membuatkan bentuk wajah nampak tidak seimbang, sebaliknya pilih rekaan bersaiz sederhana,” katanya.


Amber memberitahu, ibu bapanya memakai cermin mata tetapi dia tidak mengalami sebarang masalah penglihatan dan memakai cermin mata semata-mata untuk bergaya.


“Saya akan memilih rekaan yang terkini serta warna yang akan menampakkan wajah lebih muda. Cermin mata tidak semestinya untuk mereka yang rabun tetapi kini ia salah satu lambang fesyen dan menjadi trend ikutan.


“Saya sendiri menyukai cermin mata sebagai salah satu aksesori dan memilih reka bentuk yang besar untuk tampil glamor,” katanya.



Sumber: Kosmo
Oleh ROSMALINA ABD. KADIR 



Aku pula selesa pakai cermin mata sebab takut kesan sampingan (side effect) dari contact lens.

Korang macam mana? Tak rabun tapi suka bergaya dengan spek tak?

P/s: Teringin nak pakai spek besar yang macam si Paris Hilton popularkan. Ala yang macam lalat tu. Tapi terpaksa dikuburkan dek mata tak berapa nak jelas penglihatan ni. Bila la diorang nak majukan spek hitam untuk si pemakai kaca mata?

Ulasan

  1. nmpk smart biler pakai speak :)
    hana pn pakai speak takot pkai lens..huhu ^_^

    BalasPadam
  2. Toke cermin mata silap buat cermin mata saya... "eh unty saya nak cermin gelap tau... Keesokkan harinya.. [dlm hati xge gelap pon] hempeh betol.. Tp xpelah saya teruskan jugak mmakainya...

    moral of the story : cermin mata penting bagi saya ketika belajar terutamanya dalam dewan kuliah.. Dewan dah la terang.. Cheq peyan silau tau.. lambat datang kuliah dok la kat belakang...xpkai cermin mata lgsong bleeee.... Hahahaha=P

    contact lens<--- toksah nk pakai lah... susah la nak jaga.. Pkai cermin mata lagi senang.. Kak sha buat entri pasal kesan sesiapa yg memakai contact lens pulak... contact lens sgt2 bhya jika xpndai nk jaga... Kasi tegur kpd pguna contact lens... Ha3x =)

    BalasPadam
  3. Hana: yup, nampak smart dan bijak. hehe~

    oo, welcome tu spec club. hihi~

    BalasPadam
  4. oo, teruk jugak silau peyan ya.
    isk, bahaya la klu tak dapat cermin gelap sb kan perlu pakai. patut dapatkan hak peyan.

    uii, silau bahaya tau.

    Ok, cadangan yg bagus.. mmg dah lama nak buat, tapi tgok makin ramai yg pakai contact lens

    BalasPadam
  5. trend!!! but tak brminat nak pakai crmin mata.. not my style :)

    BalasPadam
  6. ada beberapa koleksi sunglasses

    p/s : lepas ni kena buat cermin mata betol2..pasal nak ngadap komputer 24/7..huhu

    BalasPadam
  7. Saizuan: oo, ada jugak org tak minat. ni baru tau.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker