Assalamualaikum Entri peribadi. Semua orang suka dilayan dengan baik, kan? Aku nak cerita pengalamanku dilayan dengan baik. Sebenarnya banyak aku dilayan dengan baik. Tapi hari ini, biarlah aku bercerita pasal pengambilan jubah konvokesyen. Sila baca dengan khusyuk dan tawaduk, k. Aku dilayan dengan baik masa pergi ambil jubah. Teringat pada sedikit masa dulu ambik jubah, kakak-kakak kerani tu garang ya amat. Tapi untuk kali ini baik giler. Siap minta aku pakaikan jubah dan memberi komen bahawa jubah tu besar. "Ambik saiz M" Eh, aku belum cakap nak saiz apa dah ambik. Erm, tak apa la, nanti la minta saiz S ada ke tak. "Boleh terbang ni." "Macam dah nak terbang ni. Superman. Haha~" Aku senyum je la. Segan seh nak borak-borak. Aku sorang jer. Diorang 4 orang, ramai. Aku buka jubah tu dan seorang kakak tolong aku buka jubah. How nice. "Sementara tu (kakak ambik jubah), boleh sign sini dulu. No 23 ya." Ujar sorang...