Langkau ke kandungan utama

Pabila Sunyi Melanda Diri


Assalamualaikum...

Entri bersajak kembali lagi. Yuhoo! Haha~
Jom layan sajak ni dulu..

Aku rasa sunyi
Aku rasa sepi
tiada lagi teman di sisi
siapa yang akan temani aku lagi?
Diorang semua pergi
membawa haluan sendiri
tinggal aku di sini.

Di Sintokkian, mereka balik bercuti
Di MBU, masih perang dingin lagi
Di MnC, segan pada tuan komuniti

Ah, sunyinya bila sendiri
broadband pun tak bayar lagi
duk kelip-kelip beri tanda nak berhenti.

Apa yang perlu dibuat ni?
bosan, sepi dan sunyi.


2 am
4 Jun 2011.


Haha, entah apa-apa la sajak ni..

Itu je yang terlintas masa nak tidur malam tadi. Cepat-cepat tulis. Ilham ni selalu datang waktu nak tidur. Kenapa tak datang waktu berjaga?

Metafora tak ada. Personifikasi pun tak selit. Asonansi, aliterasi? Ala lupa plak apakah ia.
Perhatikan hujung ayat, ada susunan irama 'i'.. Ceh, bajet cikgu sastera pulak. Hihi~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. @EZAN IDMA
    a ah, sunyi tanpa teman2..

    u boleh temani i ke? Wah, best dah ada yg sudi temankan.. wink2.. =)

    BalasPadam
  2. @nawal addina

    kreatif? apa yg kreatifnya?
    Biasa je la..

    BalasPadam
  3. Puitis betul....Nak tido sempat lagi...

    BalasPadam
  4. @Cik Rose Cute

    puitis ke? Sha rasa biasa jer, kak..

    bukan sempat lagi masa nak tido, tapi ilham selalu muncul waktu tu. maka kena la cepat-cepat catat. kalau tak, ia akan hilang terus. Oh, tidak!

    Nak dapat ilham ni bukan senang. kadang2 ilham yg datang secara spontan ni sgt sedap. Kalau ikut reka sendiri tu susah sikit la.

    BalasPadam
  5. mmglah ilham dtg masa tak kena kan?
    kdg2 dalam bilik air. keluar bilik air dah lupa -.-

    BalasPadam
  6. @sueRAFE

    a ah..

    ye ke kat toilet? kite selalu dapat masa nak tidur.

    redha je la. org lain tak dapat ilham pun. maka bersyukurlah =)

    BalasPadam
  7. salamualaik..

    nama tak cakap sunyi. kalau tak boleh ikut saya balik JB aritu. hehe..

    p/s : ilham datang time kita nak tidur coz time tu kita tade la tertekan or sibuk fikir hal2 kerja bla..bla.. ^^ btw, kreatif!!

    BalasPadam
  8. @amna

    nama cakap tak sunyi? tak faham..

    apa yg best dgn JB?

    mungkin la sb kita tenang waktu tu..

    tq di atas pujian =) tp ALLAH yg layak utk pujian ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker