Langkau ke kandungan utama

Majlis Perkahwinan Putera William Gilang Gemilang (2)

Assalamualaikum...

Wah, pesona perkahwinan Putera Willam belum habis. Jom tengok kek dia pulak.

Kek kahwin dihiasi 900 kuntum bunga

KEK setinggi lapan tingkat ini memenuhi kehendak Kate.


PUTERA William dan Kate Middleton, memotong kek setinggi lapan tingkat bagi meraikan perkahwinan mereka bersama rakan-rakan dan ahli keluarga Jumaat lalu. Konfeksi itu dilitupi krim dan ising putih serta dihiasi 900 kuntum bunga bersalut gula. Ia menjadi tumpuan semasa acara resepsi di Istana Buckingham.
Penyediaan kek itu menyebabkan pembuat kek, Fiona Cairns, keletihan tetapi sungguh gembira walaupun terpaksa bekerja selama lima minggu untuk menyiapkan dekorasi kek itu. Ia benar-benar menguji kemahirannya, begitu juga pekerja-pekerjanya.
Duke dan Duchess of Cambridge yang baru itu merupakan penggemar kek buah Cairns. Penyanyi Paul McCartney juga memesan kek daripada Cairns semasa Krismas setiap tahun. Wanita itu turut menjadi pembuat kek untuk kumpulan Pink Floyd dan Simply Red.
Cairns, 56, yang keknya dijual di gedung Harrods, Selfridges dan Waitrose, dihubungi pihak Istana St James Februari lalu jika dia boleh membuat kek perkahwinan William dan Kate.

BUNGA hiasan bersalut gula.


"Walaupun lapan tingkat, Kate tidak mahu ia menjadi setinggi tujuh kaki. Dia juga tidak mahu kek itu kelihatan seperti menara yang kurus," kata Cairns.
Pasangan itu juga mahukan elemen daripada teknik dekorasi pakar kek Joseph Lambeth digunakan termasuk membentuk daun tiga dimensi, bunga dan hiasan lain.

Sumber: Kosmo

Ala, teringin makan kek pulak.. Tapi lamanya nak buat kek ni, 5 minggu baru siap. Nasib baik negara diorang tu sejuk, kek tak cair.. Kalau kat Malaysia yang panas ni, ha mau banyak kali saou aising.. Haha~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Nak kek macam ni jugak la.. agagagatai~

    BalasPadam
  2. nice la blog, tak macam saye punye, saye dak baru.... , saye da follow, saye harap awak leh follow balik, thanks!!
    follow me on http://buatduitorangmalaysia.blogspot.com/ bukan pasal duit pown,,

    BalasPadam
  3. 5 minggu, tak basi ek kek tu...
    camner dia buat yer?

    BalasPadam
  4. pergh..5mggu mensetelkan bahagian kek.hu3

    BalasPadam
  5. comei, kan whitelover? bukan je bapak, mak, cucu pun c0mei.. hihi~

    BalasPadam
  6. make it free.. kite pun budak baru jugak.. banyak lagi tak tau pasal blog ni.
    k, i'll visit u

    BalasPadam
  7. tak basi la padlie, diorg tambah banyak anti-oksidan.. haha~

    BalasPadam
  8. lama, kan aleen.. well, utk pengantin dunia, kena la betul2 teliti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker