Langkau ke kandungan utama

Kapal mewah Abramovichlawan (pengasas Microsoft)

Assalamualaikum...

Kalau ada duit berlonggok-longgok, boleh la nak beli apa pun.. Nak beli heli la, macam Paris Hilton.. Nak beli rumah macam Never Land (rumah Michele Jackson). Hehe~ berangan jer.

Microsoft, sape la yang tak kenal kan? Melainkan mereka bukan orang yang literasi komputer sahaja yang tak kenal. Kalau korang cakap, korang pun tak kenal jugak apa itu Microsoft, memang kena pancung jugak la.. Haha~



KAPAL milik Paul Allen dekat bandar Antibes, Perancis baru-baru ini.


LONDON - Kapal mewah milik dua bilionair terkenal, Roman Abramovich dari Rusia dan Paul Allen yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Microsoft menjadi tumpuan media semalam.





Kapal mewah milik Abramovich yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea diberi nama Luna, sepanjang 114.90 meter berlabuh dekat bandar Antibes, Perancis baru-baru ini.

Ia memiliki sebuah kolam renang dan tempat pendaratan helikopter, tingkap kalis peluru dan setiap bilik mengandungi skrin pawagam sebesar televisyen.

Namun, kapal milik Allen sepanjang 126.18 meter yang diberi nama Octopus pula mempunyai gelanggang bola keranjang dan dua tempat pendaratan helikopter.

Kapal pengasas bersama Microsoft itu dilengkapi dua kapal selam kecil, sebuah kolam renang dan sebuah studio muzik.

Allen menggunakan kapal itu untuk berparti.

Kedua-dua lelaki itu berada dalam senarai 100 individu paling kaya di dunia dengan Abramovich berada di tempat ke-53 dan Allen di tangga 57.

Kedua-dua kapal itu juga berlabuh dekat bandar Antibes, Perancis baru-baru ini. - Agensi dalam Kosmo

Orang ada duit, boleh la beli kapal siap dengan kapal selam lagi.. Kita ni, pakai kudrat sendiri je nak selam. Hihi~

Berangan tak salah tapi biarlah yang realistik. =)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. perghhh..bapak best.tapi takut. takut jadi macam titanic. huhu

    BalasPadam
  2. ermm kalau la jadi kaya..taknak kapal la..nak kete lagi best la..hehe.

    BalasPadam
  3. jgn takut Dayana, kapal ni antara yg terhebat. tak kan tenggelam. last2, mcm titanic.. tggelam jua.. haha~

    BalasPadam
  4. kereta je ke, Afiq? Tukar la taste..

    BalasPadam
  5. lagi kaya, lagi mcm2 kemahuan kita..
    mcm minum air garam

    BalasPadam
  6. jom mengayakan diri, darkbatman..

    BalasPadam
  7. sgt kya...nak kaya jgk..nanti ley kawen atas kapal..horeayyy

    BalasPadam
  8. cari suami kaya, boleh kawin atas kapal.. haha~

    BalasPadam
  9. nak buat apa zoo?
    Low class! *baca nada P Ramlee dalam cerita Masam-masam manis, yang cerita pasal cikgu tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker