Langkau ke kandungan utama

Dokumentari silat dijangka dapat sambutan hangat

Assalamualaikum...

PESILAT beraksi ketika penggambaran dokumentari Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gurun semalam.


GURUN - Program dokumentari realiti televisyen, Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru yang mengetengahkan dunia persilatan Melayu dijangka menerima sambutan daripada penonton termasuk kira-kira 2.5 juta pengamal silat di negara ini.

Rakaman dokumentari yang dijadualkan tamat pada 20 Jun itu bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 1 Ogos depan.

Penganjur kejuaraan itu, Jak Othman berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menyiarkan program dokumentari tersebut di negara Arab menerusi 30 stesen televisyen dengan anggaran penonton 300 juta orang.

"Selain itu, kita merancang untuk menyiarkannya ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea selaras dengan misi untuk menyemarakkan perkembangan seni silat tanah air dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau ditemui ketika menjalani rakaman mengenai Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gelanggang Pusat di Kampung Guar Nenas di sini semalam.

Kata beliau, dokumentari tersebut bertujuan menghidupkan semula tradisi Kesultanan Melayu dalam memilih hulubalang istana.

Jelasnya, program dokumentari bertemakan Pertembungan Hulubalang itu akan dikendalikan oleh seorang warga Australia dikenali sebagai Edchard dengan menyelitkan unsur-unsur lucu.

"Edchard merupakan seorang guru silat dan pemilihannya sebagai pengacara program dokumentari ini sememangnya tepat bagi menarik perhatian masyarakat negara ini dan juga penduduk luar negara," ujarnya lagi.

Tambah Jak, dokumentari kejuaraan berkenaan juga dijangka mendapat sambutan lebih hangat berbanding rancangan popular, Mahaguru yang pernah ditayangkan pada 1994 dengan penonton hampir mencecah tiga juta orang.

Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak pada 11 Jun depan.

Sumber: Kosmo



Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. tak berapa minat dgn silat ni...tapi ada seorang member tu minat sangat sampai bila naik kereta dia pasang lagu silat sepanjang jalan...huh minat betul....

    BalasPadam
  2. Sebab Khairil tak tau lagi apa rahsia silat ni..

    nak tau, kena la masuk dan jadi murid yang taat. kalau tak taat, tak dapat jugak ilmu di sebaliknya.

    BalasPadam
  3. kebanyakan yg dlm bidang nie mmg minat dgn silat..nak taw cuba masuk..mmg best..seni warisan melayu..ramai anak muda yg makin minat...(^_^)

    BalasPadam
  4. saya minat nak belajar silat..tapi takde masa nak belajar je..hehe.

    BalasPadam
  5. Bidang apa tu Gee?
    Aah, best.. lagipun memang hak datuk nenek kita dulu (bagi org Melayu).

    Dah ramai anak muda mula minat, oklah tu. Perkembangan yg baik :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker