Langkau ke kandungan utama

Bahasa Utara Semakin Pupus?


Assalamualaikum...

Aku ini orang- Aku ini orang Indonesia, kalau tidak penuh ilmu di dada, tidak aku sampai ke Terusan Suez.. Haha~ Ayat dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Ok-ok, sambung balik, aku ini orang Kedah. Memang anak jati Kedah.
 Er, ada sesape yang tak puas hati, angkat tangan macam saya, kata Ucop Wilcha. Haha~ Sekali lagi trademark HKLBR jadi sasaran.

Ok, aku memang orang Utara. Cakap dalam bahasa aku ni, memang aku tau la. Tapi aku tak la power sangat dalam bahasa Kedah atau Utara ni.





Jom, kita selidik dulu.. Bahasa Kedah ni anak-anak muda sudah kurang guna.

Macam ni, aku bagi contoh untuk memudahkan pemahaman korang. Ada tiga generasi. Generasi yang pertama, kita panggil yang pure bahasa Kedah. Pekat. Ini generasi nenek-nenek kita, umur 70 tahun ke atas.

Generasi kedua, generasi mak bapak kita. Umur lingkungan 45-69 tahun. Agak kurang menggunakan bahasa Kedah tetapi faham bila digunakan oleh ibu bapa mereka (nenek dan datuk, generasi pertama).

Generasi ketiga pula, ada generasi anak-anak mereka dan aku pun tergolong dalam kumpulan ini. Hanya menggunakan bahasa Utara yang biasa (common). Kalau bahasa Kedah yang pekat, kena tanya ibu bapa la. Contoh perkataan, 'nala' dan 'mereluh' dalam filem Anak Mami Kembali. Aku tak faham. Tapi mak aku faham. Korang faham tak perkataan tu?

Sebenarnya, ada persamaan bahasa Utara dengan bahasa Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka dari sana masih lagi menggunakan perkataan yang sama. Maksudnya, mereka tiada generasi untuk perkataan atau bahasa mereka, tidak seperti bahasa Utara (seperti yang diterangkan di atas).

Ini berdasarkan pengalamanku mempunyai teman dari Kelantan dan Terengganu. Kadang-kadang aku amati, rupa-rupanya perkataan itu ada dalam bahasa Utara, aku pernah dengar tapi jarang guna. Contoh 'piam', 'ju on'. Aku dapat tau perkataan ini pun masa aku sekolah menengah, berkawan dengan orang yang cakap pekat dan cikguku ada memberitahu. Cikguku orang Kedah, duduk di pedalaman.

Selain itu, dalam Kedah ni ada 11 daerah dan semua daerah tu ada loghat masing-masing. Kadang-kadang dengar ada slang Kelantan dan Perak. Sebab tu aku senang faham bahasa negeri Kelantan dan Perak. :-)

Jom sayangi bahasa kita.. Korang pandai loghat mana?

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. ambo ore kelate..peace (^_^)v

    BalasPadam
  2. ooo, kite faham loghat Qlate, Ganu, Perak.. =)

    BalasPadam
  3. ate kalo gitu,kome pegi le blajo loghat kedah ngn parent kome :)
    tak le terbio je bahasa negeri kome tu .haha.saya orang perak ;)

    BalasPadam
  4. Nak belajar boleh, tapi masalahnya kami generasi muda ni dah tak guna sgt perkataan yg pelik2 (lama).

    Kami ni moden sikit, guna bahasa yang senang difahami jer =)

    BalasPadam
  5. ooo, org Kel El rupanya, kucing ni.. haha~

    BalasPadam
  6. Kalau org Johor n Selatan ni lain sikit bahasanya..

    Dah banyak beza. Tak faham sgt klu ckp dalam bahasa masing2. Tapi kalau bhasa Melayu standard, faham saja =)

    BalasPadam
  7. teman suke blajo bahasa orang...kawe sero seronok tahu gapo yo hok demo sebut2 skmo tu..lgpun ceq boleh dapat banyak kawan bila blajaq bahasa org ni...hehehe...

    BalasPadam
  8. Wah, dah pandai ye cik Ana.. Bgus2.. dapat banyak ilmu :-)

    Kak Sha nk belajar bahasa Selatan plak. Bahasa tau, bukan slang.

    BalasPadam
  9. ju on tu mkn ke nama cita hantu korea tu...heheee

    BalasPadam
  10. dua-dua salah, mubin.. haha~

    itu adalah perkataan yg menunjukkan hari nak hujan la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker