Langkau ke kandungan utama

Haram Buang Tahi Lalat Untuk Cantik

Assalamualaikum...

Korang tahu tak yang Sha ni ada tahi lalat di hujung bibir. Tahi lalat hidup. Seingat Sha ia mula tumbuh sekitar usia 11 atau 12 tahun. Kemudian, semakin membesar.

Kakak Sha kata, dulu-dulu dia suka tengok tahi lalat Sha yang satu ni sebab comel. Tapi, sekarang ni dia kata dah tak comel sebab dah semakin membesar. Sha risau kalau ianya besar sangat. Rasa macam nak buang. Apa, nak buang? Kalau nak buang, baca ni dulu:

MEMBUANG tahi lalat diharuskan jika ia terlalu banyak hingga mengaibkan atau menimbulkan ketidakselesaan dalam komunikasi.


APAKAH hukum seseorang itu membuang tahi lalat di wajahnya, sedangkan tahi lalat tersebut tidak memberi sebarang gangguan kepadanya dan juga tidak membawa sebarang penyakit?


JAWAPAN: Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah Maha Berkuasa menjadikan berbilion manusia dengan berbeza wajah. Wajah adalah salah satu identiti manusia.

Semua manusia suka akan kecantikan. Hingga ada yang sanggup untuk melakukan apa saja untuk kelihatan cantik walau dengan cara yang dilarang Islam.


Kebiasaannya, di wajah manusia terdapat bintik-bintik hitam seakan-akan tahi lalat seperti sejenis penyakit kulit. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan membuangnya dari kulit tanpa mendatangkan kemudaratan kepada wajah.




Namun, hukumnya haram jika membuang bintik-bintik hitam itu hingga mendatangkan kemudaratan memandangkan wajah adalah bahagian sensitif. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan ke atas anda". (Sahih Al-Bukhari)


Namun, seandainya tahi lalat itu terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya.


Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat dengan tujuan untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah yang asal.



Erm, tak pe la. Tak nak buang..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. tu r orang sekarang nie nak cantek ja..even cukur bulu kening pon haram ^^ nice entry =)

    BalasPadam
  2. nice one sha!!! love to read this article :D

    BalasPadam
  3. cik tom: tau tak pe.. asyik tak berpuas hati jer..

    BalasPadam
  4. eny: terima kasih kak eny.. rasa terharu jap.. ekeke~

    kalau suka kongsi la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker