Assalamualaikum...
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Mengikut evolusi sarapan, McDonald Malaysia turut juga menyediakan sarapan Family Breakkfast Box. Foto: Wan Shahara GhazaliOleh Wan Shahara Ahmad Ghazali
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Sedar atau tidak, di Malaysia, jenis makanan dan cara pemakanan mengalami perubahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk juga perkara lain dalam kehidupan.
Apabila bercakap mengenai sarapan, selalunya jenis pekerjaan akan menentukan apa yang kita makan.
Sebelum merdeka, kebanyakan rakyat Malaysia mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja berat di bawah sinaran matahari seperti petani, pesawah, pelombong dan nelayan.
Sesuai dengan keperluan tenaga yang diperlukan untuk kerja-kerja berat ketika itu, bentuk sarapan biasanya berasaskan beras seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi gulai kawah dan lontong.
Kaum wanita ketika itu hanya berpeluang menjadi surirumah yang menguruskan segala urusan berkaitan rumah tangga termasuk memastikan kediaman selesa, membesarkan anak dan memastikan makanan mencukupi.
Peredaran masa dan pembangunan negara telah membolehkan lebih ramai kaum wanita berpeluang bekerja bagi membantu menambah pendapatan isi rumah dan bekerja kini menjadi cara hidup bagi wanita.
Namun, perkembangan ini secara tidak langsung telah mengubah tradisi kekeluargaan menyebabkan kemahiran penyediaan makanan secara tradisi di rumah mula pupus atau hilang seninya.
Pada masa yang sama, cara kehidupan rakyat Malaysia turut berubah. Mereka juga meninggalkan kerja-kerja buruh kasar dan mesin telah membantu dalam banyak aspek kehidupan.
KEHIDUPAN YANG SIBUK
Bagi rakyat Malaysia terutama yang tinggal di bandar-bandar besar, hidup dalam kesibukan dan tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan di dapur bagi menyediakan makanan berkualiti.
Sejajar dengan cara kehidupan baru, sarapan pagi menjadi semakin lebih ringkas, ringan dan mudah disediakan.
Justeru, semakin kurang yang menyediakan sarapan di rumah tetapi mula menyesuaikan diri dengan sarapan pantas seperti roti, telur dan bijirin.
Selain itu, tabiat enggan bersarapan dengan alasan tidak sempat, tidak lalu makan atau tidak lapar telah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar atau golongan pekerja muda.
Satu lagi perubahan dalam bersarapan pagi ialah mereka lebih gemar makan di luar dan tidak lagi di rumah.
SARAPAN YANG DIBELI
Oleh itu, ramai juga yang sering memilih untuk membeli sarapan dengan makanan berat dan rata-rata berkalori tinggi yang dijual di warung atau kedai kopi - nasi lemak dengan lauk-pauk, mee, bihun atau kuey teow goreng, roti canai dan kuih.
Kini, banyak kedai kopi tempatan dimodenkan sebagai francais restoran mamak atau kopitiam yang menyediakan pelbagai makanan enak serta perkhidmatan yang lebih pantas dan bersih.
Bersarapan di kedai kopi turut dikormersialkan sebagai gaya hidup moden, menyebabkan makin ramai golongan muda, tidak ragu-ragu berbelanja lebih untuk bersarapan di kedai tertentu.
TREND SARAPAN DI RESTORAN SEGERA
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend membeli sarapan di restoran segera mula diterima masyarakat Malaysia.
Trend itu bermula dengan inisiatif McDonald's yang adalah perintis menu sarapan pagi sejak Disember 1998.
Populariti sarapan mereka terus melonjak terutama di kalangan golongan muda dan pelajar sejak mereka melanjutkan masa jualan seawal pukul 4 pagi dan memperkenalkan penghantaran terus ke rumah.
"FAMILY BREAKFAST BOX"
Terbaru, McDonald's Malaysia melancarkan pek mudah sarapan pagi, "Family Breakfast Box" yang menggabungkan beberapa menu sarapan untuk keluarga dalam satu kotak.
Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Sarah Casanova berkata, "Family Breakfast Box" menawarkan dua pilihan hidangan lebih nilai yang menggabungkan beberapa hidangan sarapan yang disesuaikan untuk setiap ahli keluarga.
"Family Breakfast Box" bersaiz besar terdiri daripada satu set 'Big Breakfast', tiga keping Hash Brown, dua keping Hotcakes, satu Sausage McMuffin dengan telur, satu McMuffin telur dan tiga cawan kopi atau teh.
Set untuk hidangan tiga atau empat orang itu berharga RM$24.90, dengan jumlah penjimatan sebanyak RM$11.15.
Set kedua "Family Breakfast Box" pula terdiri daripada satu set Big Breakfast, dua keping Hotcakes, satu Sausage McMuffin dengan telur, dua keping Hash Brown dan dua cawan kopi atau teh.
Set untuk hidangan dua atau tiga orang itu berharga RM$19.90 dengan jumlah penjimatan sebanyak RM$6.00.
Menurut Casanova lagi, set "Family Breakfast Box" dijangka meningkatkan hasil penjualan keseluruhan sebanyak 20 peratus dalam tempoh setahun.
Ia ditawarkan di 204 buah restoran seluruh Malaysia dan boleh didapati seawal pukul empat pagi hingga 11 pagi setiap hari.
SARAPAN HUJUNG MINGGU
Menurut Casanova, kajian menunjukkan pelanggan McDonald's tempatan lebih gemar menikmati sarapan pagi di luar pada hujung minggu.
Ini membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tanpa perlu menghabiskan banyak masa untuk penyediaan sarapan.
"Kami menganggap sarapan hujung minggu sebagai alternatif terbaik mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan," katanya sambil menekankan bahawa mereka menyediakan hidangan sarapan lengkap dengan jaminan kualiti terbaik dan ramuan segar.
Menyedari tidak ramai rakyat Malaysia yang biasa dengan sarapan ala-Amerika, McDonald's juga akan mempromosi secara agresif dengan mengedarkan dua juta kupon sarapan percuma dengan pembelian.
KOPI PANGGANG YANG ENAK
Seorang pengunjung McDonald's, Johnny Tiong mengakui amat mengemari kopi panggang ala-Amerika yang dihidangkan sekali dengan sarapan McDonald's.
"Keenakkannya sangat berbeza berbanding kopi segera atau kopi pra-campur tempatan," jelasnya yang menyedari bahawa restoran itu tidak lagi menghidang kopi segera sejak awal tahun 2010 lagi.
Perbezaan rasa itu, menurut Casanova, kerana mereka kini menggunakan biji-biji kopi Arabica tulen yang dipanggang segar mengikut gaya Amerika sebenar.
Bagaimanapun, Tiong mengakui lebih selesa bersarapan dengan cara lama di kopitiam tempatan kerana baginya hidangan kopitiam lebih enak, murah dan mengenyangkan.
-- BERNAMA

wah sya lapar la pulak tengok mc D heheheh...
BalasPadamkebetulan... saya dan keluarga juga suka breakfast weekend di Mc D dengan breakfast box ni... Saya suka coffee mc d.
BalasPadamkak eny: Mc D jom.. hehe~
BalasPadamnot irene: wah, bestnya famili awak. Nak jadi ahli keluarga awak jugak la.. hihi~
BalasPadamurghh..asal la mcd kat sini menu dia tak sama ngan malaysia...isk2..sdih
BalasPadamcerita pasal makan...rasa lapar la pulak
BalasPadamNur: mesti la tak sama.. Burung pun tak terbang sama, enggang sama enggang, pipit sama pipit. manakan sama Mesir dgn Malaysia. haha~ apa l yg sha merapu ni..
BalasPadamAbu ikhwan: makan dulu sebelum baca. haha~
BalasPadam