Langkau ke kandungan utama

Apakah Pakaian Islam?


Assalamualaikum...

Petang tadi, aku singgah kat surau. Kemudian terdengar suara beberapa orang lelaki di sebalik tirai kuning keemasan yang dipasang. Sungguh cantik rasanya. Dulu warna hijau ja dan singkat sikit. Ni warna ni nampak elegen dan kaya sikit. Haha~

Eh, bukan elemen kebendaan yang aku mahu ceritakan di sini. Aku terdengar mereka berbual. Ops, bukan aku nak curi dengar tau. Tapi diorang cakap tu kuat, maka telinga lintah ni (er, betul ke perumpamaan aku) mendengar la..

Seseorang menyuruh kawannya bercerita pasal kisah nabi.. Maka bermulalah pengembaraan Geng! Pengembaraan Bermula.. Eh, bukan cerita filem Upin & Ipin daa.. Ini cerita kisah nabawi..



Orang yang bertnggungjwab tersebut pun bertanyakan soalan.  Aku namakan dia Murabin la, senang sikit nak faham cerita.

Murabin: Orang Islam kita hari ni banyak yang pergi ke padang bola atau stadium?

"Stadium,"  jawab mereka yang lain.

Murabin: Kalau pergi stadium, mesti la pakai baju sama dengan team bola sepak yang kita sokong. Contoh MU, semua orang pakai jersi MU.

Ali: Ala, tak minat MU. Celsea la.. Biru.
Dipersetujui oleh rakan-rakannya.








Kan, membiru jer semua orang.. Sumber: http://dariperantauan.blogspot.com/

Murabin: Ok-ok. Semua peminat Celsea kat stadium tu pakai baju jersi Celsea yang berwarna biru. Itu tanda kita sokong dan sayang kepada pasukan pilihan kita. Sebagai orang Islam, apakah pakaian yang melambangkan kita orang Islam dan sayangkan Islam?


Pergh, agak mencabar soalan ini. Aku pun terfikir-fikir jugak, apa ya?

Ali: Baju Melayu

Murabin: Ada jugak orang Melayu bukan Islam. Orang Arab pakai jubah. Orang India pakai kurta.


Ali: Betul jugak, ya..
Bakri: Tudung?

Murabin: Orang lelaki, tak kan pakai tudung?
Bakri: Ya tak ya jugak..


Setelah mereka terdiam beberapa ketika, si Murabin berkata, pakaian sebenar-benar orang Islam adalah akhlak.

Wah, terpana aku mendengar jawapan tu.  Rasa terpukul. Pernah dengar dengan persoalan ini tapi aku terlupa. Waa, kena banyak tajamkan otak dengan kebaikan ni.


Murabin ni setiap kali sudah menceritakan satu cerita, dia akan mengkonslusi er dalam bahasa yang mudah faham, dia merumuskan pengajaran dan ikhtibar dari pengkisahan tersebut.

Suka sekali aku mendengarnya. Ingin aku stay lama di situ, namun tidak manis tambahan pula aku sorang sahaja perempuan. Nanti mereka tidak selesa.

Dengarnya mereka bukan pelajar UUM lantaran sering menyebut tentang Maktab. Pada mula-mula aku dengar, aku rasa agak canggung tapi memikirkan golongan Islamik begitu memang suka bahasa yang lain dari yang lain.

Tapi, bila si Murabin mengkisahkan satu cerita dan pengajarannya dia menyebut, kita kena banyak bersyukur kerana banyak rezeki dan impian yang ALLAH sudah tunaikan.

Kita nak kecemerlangan dalam akademik, ALLAH perkenankan walaupun tidak secemerlang mana, namun ia masih boleh dibanggakan. Kita patut bersyukur sebab belajar kat maktab, banyak kos yang dapat dipotong berbanding dengan pelajar IPT.

Nak tahu apa cerita tu? Tunggu sambungannya.. Hehe, jangan marah.

P/s: Cerita ini adalah benar-benar berlaku dalam hidupku petang tadi. Sedikit tokok tambah menyedap rasa. Ajinomoto je tau, bukan tambah bahan lain.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker