Assalamualaikum...
DUA adik-beradik dengan ibu bapa yang telah bercerai telah mencapai umur mumayiz. Di hadapan hakim, mereka menyatakan hasrat untuk bersekolah dan tinggal bersama dengan bapa mereka.
Malangnya, si ibu menghalang dan menafikan hasrat anak-anak itu. Apakah hukum perbuatan si ibu tersebut?
JAWAPAN: Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada setiap yang bergelar ibu dan bapa. Imam Ghazali mengingatkan:
"Anak-anak adalah amanah bagi kedua-dua orang tuanya. Hatinya yang masih suci tanpa sebarang ukiran dan gambar.
Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dengan kebaikan, maka ia akan menjadi baik dan ibu bapanya akan berbahagia di dunia dan akhirat.
"Tetapi anak yang dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan seperti binatang ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya akan dipikul oleh ibu bapanya yang bertanggungjawab menguruskannya".
Ibu bapa wajib menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya. Bapa mempunyai tanggungjawab memimpin keluarga dan isteri terbeban dengan amanah mengurus rumah tangga.
Maka dalam permasalahan tersebut, ibu wajib mematuhi keputusan hakim kerana anak-anak telah mumayiz dan telah memilih untuk tinggal bersama-sama bapa mereka.
Dari saat itu, bermula satu peringkat yang lain dalam penjagaan iaitu kafalah.
Tindakan menafikan hak anak itu bukan sahaja menghina mahkamah tetapi juga bertentangan hadis daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah memberi pilihan kepada seorang kanak-kanak di antara ibunya dan bapanya." (Riwayat Tirmizi)
Perlu diingatkan bahawa anak-anak juga ada hak untuk disayangi. Berdosa bagi ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Al-Khasykhasyas Al-Anbari berkata:
"Aku datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya (yang bermaksud): 'Adakah ini anakmu?' Saya menjawab : 'Ya' Baginda kemudian bersabda: 'Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu."
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
harap2 xde la sampai anak kena pilih antara dua...semoga elok je pkawinan nnt...amin~ ;)
BalasPadammanueng: amin... tak nak bercerai berai..
BalasPadamsame la doa yg terbaik kite semua =)
BalasPadamjom-jom berdoa bersama..
BalasPadam