Assalamualaikum...
Jom tengok reaksi penduduk Jepun.
TOKYO: Gabenor wilayah Fukushima, tempat terletaknya loji yang mencetuskan krisis nuklear akibat gempa bumi berkata, tahap kebimbangan dan kemarahan penduduknyua sudah mencapai tahap maksimum.
“Krisis nuklear yang berlaku memaksa penduduk berpindah jauh dari rumah mereka.
“Saya mahu orang ramai memahami masalah itu. Saya mahu seluruh negara menunjukkan persefahaman terhadap mereka yang meninggalkan wilayah ini.
“Kebimbangan dan kemarahan penduduk Fukushima sudah sampai ke tahap maksimum,” kata Yuhei Sato kepada stesen penyiaran NHK.
Menurutnya, bekalan bantuan tidak tiba kepada 100,000 penduduk yang berlindung di pusat pemindahan selepas mereka terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing yang terletak dalam lingkungan 20 kilometer dari loji Fukushima 1. - AP
Sape la yang tak marah, kalau bekalan tak sampai-sampai?
Susulan itu, Akihito, Maharaja Jepun semalam merayu rakyat negara itu supaya tidak menyerah kalah ketika kemusnahan akibat gempa bumi dan tsunami semakin buruk.
Usaha mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam bencana itu yang melanda Jumaat lalu terjejas apabila salji melitupi timur laut Jepun, tempat paling teruk terjejas.
Suhu beku juga menyebabkan keadaan bertambah teruk bagi berjuta-juta mangsa, ratusan ribu daripadanya kini berlindung di pusat pemindahan sementara di kawasan yang terputus hubungan dengan dunia luar, apabila bekalan makanan dan minyak semakin berkurangan.
Anggota penyelamat terpaksa mengharungi hujan yang berubah menjadi salji apabila suhu mencecah bawah paras kosong darjah selsius.
Sebahagian penduduk dilapor pulang ke tempat yang dulunya menjadi kediaman mereka, untuk mencari dan menyelamatkan apa saja barangan yang boleh mereka temui.
Lebih 10,000 orang dipercayai mati apabila tsunami melanda negara itu. Pasukan penyelamat setakat ini menemui kira-kira 4,000 mayat dan 7,000 mangsa masih hilang.
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Jom tengok reaksi penduduk Jepun.
Penduduk Fukushima amat kecewa, marah: Gabenor

Sumber: HMetro (Akihito gesa rakyat kuat semangat).
Kasihan mereka..Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Bukan senang nak hadapi semua ini.. Bayangkn dalam sekelip mata hilang org tersayang, hidup merempat macam pelarian, apa perasaan.. Bagi kita xkan merasa apa yang mereka rasa sekarang sebab kita berada jauh.. Sekalipun kita kesian pada mereka, mungkin perasaan tu hanya sekejap sahaja...
BalasPadamMemang la. Bukan senang nak menghadapi saat-saat itu. Tuhan menguji mereka.
BalasPadamSungguh dahsyat. Tak dapat nak bayangkan kalau perkara ni berlaku di Malaysia.. Pasal banjir besar pun dah macam-macam dengar, apatah lagi kalau kena macam ni.
Sekurang-kurangnya menyebarkan berita mereka agar kita sama-sama empati dan simpati dengan nasib mereka.