Langkau ke kandungan utama

Dimensi Baru Dunia Kita (Blogger)

Assalamualaikum...

Kenapa aku pilih berita ni? Aku rasa sesuai untuk kita, para blogger jugak. Tak faham? Tak pa. Tengok je huruf yang aku dah bold (tebalkan). Kemudian baca dengan tukar istilah wartawan kepada blogger, dan akhbar/surat khabar kepada blog, okay.

Jom  mula baca.

Dimensi baru dunia wartawan (baca= Dimensi baru dunia blogger)

PARA wartawan muda yang mengikuti program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra secara langsung dengan Mazlan (duduk tengah).




BUKAN mudah untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya jika anda tidak memiliki minat yang mendalam dalam dunia penulisan, membaca, tidak berani menanggung risiko dan tidak sanggup berfikir di luar kotak.


Itulah cabaran yang dipilih oleh 18 orang wartawan muda dari beberapa organisasi media yang telah terpilih untuk menyertai program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Program yang dianjurkan dari 21 Februari hingga 18 Mac itu bertujuan mempertajamkan kemahiran kewartawanan dan meningkatkan pengetahuan ilmu kenegaraan dalam kalangan wartawan muda yang baru berkhidmat dengan organisasi media cetak, elektronik mahupun media baru.

Bagi Penolong Pengarang Majalah Masyarakat, Abd. Kadir Mohd. Ayub, 28, pendedahan yang diperoleh menerusi program itu telah memberikan satu dimensi baru dunia kewartawanan.

“Saya baru dua tahun berkecimpung dalam bidang ini dan sudah mula mengenali dengan lebih dekat akan dunia kewartawanan. Secara tidak langsung, program ini telah mampu memberikan ketajaman minda dari aspek penyuntingan dan cara terbaik untuk mendapatkan bahan berita,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Wartawan akhbar berbahasa Inggeris, The Star, Cheryl Poo, 27, tidak menyangka terpilih untuk mengikuti program tersebut selepas lapan bulan dilantik sebagai wartawan di agensi berita tersebut.

“Saya rasa sangat tercabar untuk menghasilkan sesuatu bahan berita yang terbaik dengan adanya program ini saya berhasrat untuk menjadikan diri saya setaraf dengan wartawan yang hebat di negara ini,” ujarnya.

Bagi S. Kisho Kumari, 26, dari agensi berita Bernama, kewujudan media baru menyebabkan tugas sebagai wartawan semakin mencabar.

Kita perlu lebih pantas dalam menghasilkan bahan berita yang menarik namun pada masa yang sama kita harus memastikan sudut etika, apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Seorang wartawan muda juga perlu mempunyai tahap pengetahuan am yang tinggi bagi menjalankan tugas dengan berkesan,” ujarnya yang mula berkhidmat sejak setahun lalu.

Teknik penulisan

Program selama 26 hari itu turut menyentuh tentang penulisan berita, teknik menemuramah, sidang akhbar, penulisan rencana, kewartawanan penyiasatan, institusi-institusi negara, Perlembagaan Persekutuan, media dan undang-undang.

Antara lain, sesi pertemuan turut diatur dengan pemimpin negara antaranya Ketua Polis Negara (KPN), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Yang Dipertua Dewan Negara, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan yang perlu diketahui wartawan.

Sementara itu, tenaga pengajar program tersebut terdiri daripada pengarang kanan media dan penceramah jemputan dari beberapa pertubuhan kerajaan dan kementerian serta para profesor pusat pengajian tinggi awam dan swasta negara.

Bagi Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin, wartawan muda perlu sentiasa mengikuti perkembangan informasi menerusi pembacaan akhbar setiap hari dan pelbagai jenis buku.

“Mereka juga perlu membina keyakinan diri dan anggap bidang kewartawanan sebagai satu pembelajaran seumur hidup. Semasa mereka berkerja, mereka terus belajar pelbagai perkara baru,” kata beliau.

Nasihat Zainuddin lagi, mereka juga tidak seharusnya bergantung kepada arahan tetapi mempunyai inisiatif untuk mencari pelbagai cerita eksklusif.

“Ini menjadikan mereka wartawan yang lain daripada yang lain. Tidak sekadar jadi wartawan mediocre (tidak bermutu).

Wartawan juga tidak harus mengabaikan susulan berita. Kadang-kadang, susulan mampu menghasilkan bahan berita yang lebih besar daripada akhbar lain.

“Pernah dalam satu kejadian seorang yang ditemui membunuh diri, saya yang menyusul kembali kejadian itu mendapati bahawa rupa-rupanya individu itu membunuh diri kerana tidak ada wang untuk mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Di sini, kita dapati betapa sikap guru dan sekolah tempat mangsa belajar itu yang tidak peka dengan keadaan tersebut,” cerita Zainuddin berdasarkan pengalamannya.

Beliau turut menekankan, wartawan juga perlu sentiasa peka dan ada inisiatif kalau benar-benar mahu jadikan bidang kewartawanan sebagai satu kerjaya.

“Bagi saya, satu meja berita yang aktif akan melahirkan akhbar yang tidak pasif. Selalu kemas kini maklumat agar tidak ketinggalan atau menjadi surat khabar yang basi. Jika ada imej ketinggalan pada akhbar, ia hanya akan menyebabkan akhbar itu tidak laku di pasaran.
“Ini ditambah dengan persaingan hebat dalam dunia media siber, orang di media cetak akan terpaksa fikir berita yang baru dan lebih bernilai.”

Dalam pada itu, ketika pertemuan antara wartawan muda tersebut dengan seorang lagi Tokoh Wartawan Negara iaitu Tan Sri Mazlan Nordin, beliau turut menasihatkan mereka supaya membawa suara, aspirasi dan nilai kepada rakyat.

Semua wartawan perlu mempunyai rasa kebersamaan dan sanggup untuk berkorban demi rakyat,” pesan beliau.


Sumber: Kosmo
Oleh JUNHAIRI ALYASA
 

Aku ada beberapa orang kawan yang menjadi wartawan. Diorang cakap bukan senang nak jadi wartawan.

Ya, bukan senang. Aku pun pernah jadi wartawan kecil-kecilan. Penat kot nak kena kejar berita dan tulis pulak. Ayat kena sesuai dan buat inverted pyramid.

Aha, dah dapat apa yang aku maksudkan? Bagus.. Apa, tak dapat? Baca balik artikel di atas.


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

Ulasan

  1. ayat yg di bold hitam tuh, zie setuju giler. bukan mudah woooo.

    BalasPadam
  2. TQ kak Zie..

    Sape setuju angkat tangan macam saya.. hehe~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker