Langkau ke kandungan utama

YANG ORANG TAK BUAT SEMASA PERGI MAKAN KENDURI

Salam.


Apa khabar semua? Harap sihat la.



Ok, kali ini, mari kita semak apa yang patut kita buat, eh apa yang patut kita elakkan masa kita pergi kenduri.

YANG ORANG TAK BUAT SEMASA PERGI MAKAN KENDURI
by Ujang Moy on Saturday, February 5, 2011 at 2:17am

Penulis: Tuan Rumah





Kita bila orang jemput makan kenduri selalunya kita akan pergi tetapi kita takkan buat perkara - perkara seperti yang akan di tulis kat bawah ni. Kalau buat jugak bermakna kita ni sebelum ini sememangnya tak pernah pergi ke jemputan makan kenduri la tu.


1 ) - Berpakaian tuala mandi atau bersinglet atau pakai kot kat majlis doa selamat kat kampung. Sah-sah korang dicop sebagai 'wayar putus' atau pun gigi.. lala.. Gila.. Haha~ Jangan hairan kalau hubungan korang dengan orang sekeliling dah macam tak berapa ok. Hihi~







2 ) - Oder makan macam kat kedai makan. Siap marah lagi kalau oder lambat sampai. Kalau korang buat macam ni memang nak kena sekeh la. Haha~



3 ) - Pak Imam tengah baca doa selamat tetapi kita sedap makan sebelah Pak Imam. Pasti Pak Imam tak khusyuk dan anak kariah yang lain menjeling tajam kat korang. Jangan tanya pulak, apasal orang pandang-pandang.



4 ) - Sibuk bercerita dan ketawa dengan kuat dengan kuat semasa bacaan doa selamat. Yang ni memang buat semua orang rasa nak fire Ultraman je kat kepala korang tu.



5 ) - Hidangan tak kasi orang lain tumpang makan. Makan sensorang la tu. Uii, tamaknya..





6 ) - Bertepuk tangan sesudah Pak Imam habis membaca doa selamat. Lepas tu Pak Imam pun tepuk tangan jugak pada korang tapi bukan kat tangan. Kat kepala ke, kat leher ke pipi ke.. Nak rasa?



7 ) - Membayar harga makanan pada orang yang duduk di hadapan anda setelah habis makan kenduri. Siap cakap 'keep the change' plak tu. Orang yang dapat duit tu mesti hairan. Mesti dia ingat korang ni bukan orang Malaysia yang tak pernah makan kenduri.



8 ) - Mintak bungkuskan nasi nak bagi ayam atau itik makan. Lain kali minta bungkuskan rumah tuan rumah sekali.. Haha~



Sumber gambar: Pak cik Google


Jom makan kenduri..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker