Langkau ke kandungan utama

[TERKINI] Krisis Di Mesir:"Anak Kehabisan Makanan, Duit"

Salam.


Keadaan di Mesir masih belum pulih.. Pagi tadi jenguk-jenguk blog orang lain, macam-macam cerita.



Jom baca berita kat bawah ini.




GHAZALI (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan ibu bapa pelajar di HRPZ II di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.”Demikian rayu lebih 30 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, yang juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.



Kesemua mereka merayu agar kerajaan menghantar wakil dari Kedutaan Malaysia untuk memastikan keadaan anak-anak mereka selamat.



Pakar Pergigian HRPZ II, Datuk Dr. Rosli Abdul Rahman berkata, ketika dia menghubungi anaknya, Mohd. Fathur Rahman, 21, semalam, suara anaknya itu dalam keadaan terketar-ketar kerana dalam ketakutan.



Menurutnya, biar pun anaknya itu cuba meyakinkan dirinya bahawa dia dalam keadaan selamat, namun kebimbangan tetap menyelubungi anaknya yang menuntut dalam bidang perubatan itu.



“Saya tak pernah dengar suaranya terketar-ketar sebelum itu. Saya yakin, bukan sahaja anak saya tapi semua pelajar yang berada di sana juga dalam keadaan ketakutan dan saya minta kerajaan bertindak cepat.



“Dia cakap kali terakhir dapat beli bahan makanan ialah empat ekor ayam Jumaat lalu. Sekarang ini dah berapa hari duduk dalam rumah enam orang, mesti tidak cukup dan macam mana mahu beli kalau ada perintah berkurung dan rusuhan,” katanya.




Sumber:YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my
Kosmo! Online 3 Febuari 2011.

___________________________________________________________

Lepas tu, kita baca plak berita ini. Terima kasih kerajaan Malaysia. Terima kasih TUDM sebab kerja tanpa henti 24 jam demi menyelamatkan anak Malaysia di Mesir.



ATM pindahkan rakyat Malaysia ke Jeddah




SEKUMPULAN krew penerbangan TUDM yang terlibat dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat C-130 di Pangkalan Tentera Udara Subang semalam.



KUALA LUMPUR - Tiga pesawat tentera Malaysia yang berlepas ke Mesir petang semalam dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.


Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Kaherah.



"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini semalam.



Azizan berkata, beliau telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai operasi memindahkan rakyat Malaysia itu.



Beliau kemudian melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk melihat anggota-anggota tentera memuatkan barang makanan dan keperluan lain ke dalam pesawat tersebut.


___________________________________________________________


Aku jenguk-jenguk blog orang lain, ada yang panik. Pada pendapat aku, tak elok kita panik-panik sangat. Ia, tak baik untuk kesihatan dan fikiran kita. Kalau kita panik, darah akan naik dan meningkatkan denyutan jantung sekaligus menyebabkan otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi.


Ye ye je teori aku. Lebih kurang macam tu. Haha So, dah tak boleh berfikir dengan waras dan rasional. Cuba kita tarik nafas, tahan 7 saat dan hembus. Cuba lagi, tarik nafas selama 7 saat, tahan nafas juga selama tujuh saat dan hembus panjangnya tujuh saat juga.


Ha, kan korang dah kembali tenang.


Pasal isu ini, rileks la. Jangan panik. Memang aku tak de kenal sasape yang berada di Mesir sekarang ni. Tapi aku turut prihatin dan empati kepada mereka.


Cuma, kita sebagai pengurus (masuk dalam komunikasi pengurusan la plak), kena bijak dan cekap menangani krisis. Tak boleh gelabah. Tetapi biar lancar dan smooth je jalan penyelesaiannya. Macam menarik rambut dalam tepung. Tepung jangan berselerak, rambut jangan putus.



Ok, korang jangan tension sangat k pasal isu ini. Semuanya pasti selesai.
Selalu ingat akan kewujudan dan keberadaan ALLAH. Yakin kepada pertolongan ALLAH. Insya-ALLAH, segalanya akan selamat. Semuanya dalam perancangan ALLAH.



Don't panic, be smart!
:-)



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker