'Tolong selamatkan kami'
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.
Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.
Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.
"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.
Sesaknya dada bila baca macam ni, kan?
Tapi kat bawah ni melegakan kita semua.. Alhamdu lillah.. :-)
KAPAL, PESAWAT JADI PENYELAMAT
LAPANGAN Terbang Kaherah sesak apabila orang ramai tidak sabar untuk meninggalkan Mesir dengan menaiki pesawat semalam.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online 2 Febuari 2011.
Terima kasih semua.. Kini aku mampu menarik nafas lega walaupun aku rasa tak ada siapa yang aku kenali sedang belajar di sana. :-) Mungkin kerana aku juga seorang pelajar, aku makin dekat dengan mereka dan turut merasai apa yang mereka dirasai.
Sebenarnya, sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi mereka juga saudaraku sesama Islam, memang wajar aku juga merasa tempias kebimbangan tentang keselamatan mereka.
Sekarang ini, semuanya akan berjalan lancar. Alhamdu lillah.
Jaga diri.
Jumpa lagi.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
sha... kite suka la info ni... terima kasih banyak.. terharu rasa bila baca.. :')
BalasPadamx sure adik kita dapat balik ke tak.. ayah kita try call dia lagi hari ni...
Che Sakinah: Awak suka ya? Terima kasih.. :-)dan terima kasih kembali.
BalasPadamTerharu? Alamak..
Doakan yang baik2 utk adik awak. Semoga segalanya selamat.