Langkau ke kandungan utama

Kenapa Perlu Sibuk?

Assalam.


Aku tak faham la, kenapa perlu sibuk?
Eh, apa yang sibuk ni? Sibuk pada masa semester akhir.. Dulu masa degree pun bila jer sem akhir, sibuk sangat. Sekarang ni master pun, sem akhir jugak (insya-ALLAH) tetap sibuk mengalahkan sem-sem sebelumnya. Ahh, tak sukanya..


Korang tengok kat bawah ni, jadual untuk minggu ni:

24th Feb (Khamis)~Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri ~Dewan Muadzam Shah ~3 petang
~Ceramah agama ~Dewan Terbuka DPP MISC ~8 malam

25th (Jumaat) ~Seminar Bersama Zed Zaidi ~Dewan Kuliah Gugusan 2/2 ~8 pagi


26th(Sabtu) ~Majlis Ijazah Buah Asas dan Potong ~Surau lelaki, Pusat Konvensyen ~2petang dan 8 malam.

27th(Ahad) ~Kelas ganti ~Padang DPP Petronas ~8 malam
~Taklimat perarakan Maulidur Rasul ~Dewan Terbuka DPP MISC ~8 malam

28th (Isnin) Perarakan Maulidur Rasul
~Penjaga air minuman MASUM & SUKUUM ~Kompleks Pusat Sukan `5.45 petang


29 th (Selasa) ~Kelas Latihan ~Padang DPP Petronas ~8 malam


See, memang padat dan banyak aktivitiku, kan? Itu belum termasuk lagi dalam aktiviti agendaku sendiri.


Budak Master tapi aktiviti macam ni? Huii, macam budak degree..


Kalau korang nak tahu, master ni lebih susah berkali-kali ganda dari degree. Degree tak de la nak susah sangat. Walaupun ambik 7 paper satu sem tapi rilex lagi. Tapi, master ni walaupun ambik 4 paper dalam satu sem tapi pergh, susah dan bizi giler.


Kalau ditambah pulak dengan aktiviti, waduh, memang agak penat. Tapi aku suka. Haha~ Dah giler ke mak cik sorang ni. Hihi~


Sem ni jugak aku diamanahkan oleh Yang Di-Pertua (YDP), Zul dan Timbalan Yang Di-Pertua (TYDP), Azmi untuk menjadi Mentor kepada adik-adik di Kelas Umum. Ikutkan aku tak nak. Tapi memandangkan orang dah minta tolong dan memberi kepercayaan, aku kena la terima dan menjalankan tugas yang diamanahkan. Betul tak? Bila lagi nak sumbangkan tenaga?


Saya minta supaya 'iman kena kuat', tutur Zul, YDP. Sekali keluar ayat tu, aku dah tak boleh lari mana la. Maksudnya, kena bertanggung jawab dalam persatuan jugak. Aku boleh dipersalahkan kalau aku tak hadir dan mempengaruhi mentee-mentee di bawah jagaanku.


So far, alhamdu lillah, adik-adik mentee pun suka dan lebih ramah dengan aku berbanding dengan jurulatih Qila dan Shima. Dalam kelas aku la. Kelas lain, aku tak tau. Ada apa-apa hal, panggil aku untuk bertanya, sedangkan aku pun tak la terror mana. Setakat yang boleh aku tolong, aku tolong.


Mungkin jugak, aku suka perhati dan tegur terus. Shima aku perhatikan kurang menegur. Dia macam berat mulut sikit. Dia baru dapat surat perlantikan sebagai tenaga pengajar, kalau tak silap aku la. Sebab aku nampak surat tu depan mata aku. Patut pun dia agak kurang menegur kesalahan.


Ok la, aku memang bizi ni. Kena siapkan thesis yang entah apa-apa pun lagi. Tambahan nak kena maintain trafik untuk dapat buffered earnin (BE), lagi la bizi hidupku ini. Hehe~


Doakan aku berjaya dunia dan akhirat,k.


P/s: kena belek-belek internet jugak, cari kerja kosong.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. haha..sibuk sgt kan..agenda sendiri tu xyah wat lah..haha

    BalasPadam
  2. c tea: agenda sendiri tu pun penting jugak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker