Langkau ke kandungan utama

Contest Teddy Bear by Lyeanna Wana

Salam.



Comel kan teddy bear ni.. Nak, boleh?


Saja ja nak join contest. Saja nak asah bakat menjoin contest. Aku plak sangat suka akan teddy bear.


Korang pun nak join jugak? Klik sini, tapi sebelum tu jom usha syaratnya:





* Memule, wat entry title "Contest Teddy Bear by Lyeanna Wana"

* Then letak header comel tuh kat entry anda

* Jawab soalan berikut

* ~ 1. Kenapa anda nak teddy bear?

* ~2. Nak teddy bear kaler ape??


* Pastu, letak alamat umah anda ye?? law nk private, anta kat mcg FB Wana..sile add dulu ye?

* Post link entry anda kat ruangan komen http://aqbncikbarua.blogspot.com/2011/01/contest-teddy-bear.html


Aku hanya suka teddy jer. Patung binatang lain, tak suka. Pula tu suka hanya pada teddy bear yang warnanya lembut-lembut. Sebenarnya, suka warna aslinya seperti warna coklat cair.

Tapi sekarang ni dah boleh terima dah, teddy bear warna lain selain warna asalnya.

Kenapa aku suka teddy bear? Sebab dari kecik lagi aku sangat suka bila tengok TV jer, ada kanak-kanak dan teddy dia. Kalau kat kampung, hanya golongan yang kaya jer mampu memiliki teddy bear. Jadi dari kecik sampai ke besar, aku masih menyimpan hasrat untuk memiliki teddy bear. Kesiankan kat aku?

Aku suka teddy bear sebab aku akan menyayanginya macam dia hidup pulak. Aku akan bercakap-cakap dengan dia. Kadang-kadang, aku buat main dengan dia. Sangat suka. Aku ni penyayang orangnya, kan? Hihi~ perasaan betul la minah ni, cakap sorang-sorang dengan teddy bear, macam orang gila. Haha~

Bila aku cium-cium teddy bear, adikku selalu jer kutuk aku, kata aku macam orang gila. Ah, peduli apa aku? Kalau dia boleh cium kucing (pet) dia, aku pun nak cium teddy bear, apa salahnya? Ada aku kisah?

Aku nak lagi satu bear, sebab aku nak menyayanginya dengan setulus hatiku.. :-).


Kalau la boleh pilih teddy bear, aku nak warna putih kekuningan. Tapi tak nak matanya besar macam ikan buntal daa.. Hihi~ Suka matanya yang kecil dan kadang-kadang terlindung dek kelebatan bulunya. Comel dan cute jer, kan?


Bulunya, biar sedap disentuh.. Lembutnya. Biarlah yang boleh dibasuh, senang sikit kalau kotor.


Alamat rumah:

No 99, Lorong Abu Bakar,
Kampung Bukit Larek,
23, Jln Kuala Nerang,
Mukim Gajah Mati,
06400 Pokok Sena, Kedah.



P/s: Teringat dan rindu kat bear Dudu kat Kachi. Now me at MISC. Dapat dua bilik, satu kat Kachi, satu kat MISC. Hehe, jangan jeles. Nanti lah, kalau rajin, aku storykan.. :-)



Jaga diri dan sayangilah bear anda.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Ulasan

  1. Alangkah bahagianya hidup bila dapat memberi kasih sayang kepada yang lain, walau kepada seekor teddy bear yang tak bernyawa! :-)

    BalasPadam
  2. TQ lyeanna wana... hope dapat bear tu.. hihi~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker