Langkau ke kandungan utama

Kami Macam Couple Ke? Kawan Jer Kot..

Disclaimer: Entri ni adalah entri syok sendiri. Korang yang menyampah dengan entri macam ni, ditegah untuk membaca. Kang tak pasal-pasal korang jadi geletik depan lappy korang. Wahaha.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Semalam, aku pergi ke suatu tempat dengan seorang kenalan lama yang rapat melalui pengalaman yang sama dan Facebook (fb) yang mendekatkan kami lagi. Berdua. Itu yang membuatkan orang sekeliling pandang kami macam couple.


Tambahan plak dengan susuk tubuh yang  boleh kata selalu bersenam dan raut wajah yang kacak, memang la rasa sesuatu yang agak janggal kalau dia tak de kekasih hati. Kebanyakan orang yang mempunyai rupa ni ada je peneman kat mana-mana, maksudnya ada awek la.


Dia ada girlfriend ke tak, aku tak tau. Aku pun malas nak ambik tau. Itu hal peribadi dia. Aku tak nak campur.


So, semalam aku pergi dengan dia. Kami macam couple  ke? Kawan jer kot..


Aku sangat berterima kasih kepada kawanku aka suedaraku, Jeffry. Tau nama penuh dia, tapi mungkin dia tak selesa untuk mendedahkannya. Cheewwah..


Ye la kan orang yang hensem macam dia ni memangla jenis yang suka sembunyi identiti. Aku harus hormat la keputusan dia, baru la kawan sejati, kan. Macam Khai tu, haha. Itu kes lain, kes saman-menyaman, pukul-memukul.



Adakah Orang Yang Kacak Itu Perlu Sombong


Aku rasa macam  dapat berbangga la plak dengan kekacakan budak-budak persatuan ni. Rasa bangga sebab bila kuar jalan mana-mana, ramai je girls yang  mencemburu. Ye la, dapat kawan dengan orang hensem-hensem ni.


Ni kes jantan yang memang sekali tengok, nak jer berkali-kali pandang sebab segak sangat ciptaan Tuhan ni. Diorang plak tak sombong. Dapat la berbangga jap. Hihi. Tapi, kami macam couple  ke? Kawan jer kot..


Itu la ko, aku ajak masuk persatuan, ko tak nak. So, simpan je la jeles ko tu, tak laku pada aku. Hihi.


Aku pernah kata yang Jeff ni sombong. Dia kata bukan sombong tapi sebab tak nak jual murah (kira jual mahal la). Aku kata, la bukannya nak ngorat dia pun. Dia jawab, kena berhati-hati. Ye la, orang ada rupa.


So, semalam, sekali lagi aku suarakan macam ni masa kami berbual topik dia tak kenal sangat kawan-kawan sekumpulan kami. Aku cakap dia sombong.


Dia mengakui ada orang kata dia sombong.

Aku:  Kalau lebih daripada tiga orang kata macam tu, maknanya dia sombong la.
Dia: Ya lebih dari tiga, ramai yang kata aku sombong.
Aku: Kalau macam tu, memang ang sombong la.


Dia: Aku sombong (terpaksa mengakui sombong) sebelum orang kenal je. Tapi bila dah kenal, 'Eh, Jeff tak sombong la'. Aku memang banyak cakap, peramah.
Aku: Bila dah kenal, sengal pun ada. Haha.


Aku suka dia ni tak la bangga dengan kekacakan dan kekayaan yang dimilikinya. Merendah diri even though dia lagi tinggi dari aku. Itu yang aku suka nak berkawan orang macam dia. Sentiasa ingat semua tu hanya sementara je.


Aku pun tak nak la 'orang tersayang' aku terlalu segak. Sebab susah sikit. Tapi dengan mamat ni, ok jer. Dia macam orang biasa yang aku kenal. Macam tak de pape kelebihan diri walaupun kalau orang tengok dia, mau pengsan. Haha, melampau metafora ko, Sha.


Aku malu la jugak keluar dengan dia sebab dia kan hensem. (Er Jeff, kalau ko baca sini, jangan nak perasan hensem plak k. Poyo jer. Haha). Orang tengok kami macam couple.


Dia pun melayan aku macam girlfriend dia plak. Nak berjalan seiringan la, apa la mamat ni. Buat aku makin malu jer. Kami macam couple  ke? Kawan jer kot.. Tapi buat biasa-biasa sudey..



Boleh plak sorang pak cik tu siap sound kami lagi.
Pak cik: Tak baik bawa anak dara orang keluar malam-malam. Kalau dah kahwin tak pe la, ni bukan muhrim.



Aduh, malu la jugak aku! Aku tunduk je masa ni. Ye la, kena la sedar yang aku ni perempuan kat situ. Buat-buat malu la kan. Ye la, dia kan orang tua.

(Err Pak Cik, nak tanya sikit, kami macam couple  ke? Kawan jer kot..)


Bila pak cik tu nak blah, aku ucapkan terima kasih. Khalifah kata, jangan la terasa sangat (sebab Jeff duk merungut), anggap jer macam pesanan bapak kepada anaknya. Matang jugak si Khalifah ni.


Khalifah yang join lepak dengan kami pun cakap, kena faham la, kita orang belajar, maksud pak cik tu suruh kahwin cepat. Kata Khalifah tu sambil pandang-pandang kami. Perli la tu. Malunya aku. Jeff pun malu. Wei, aku dan Jef tak de pape la! Kami macam couple  ke? Kawan jer kot..


Aku rasa si Khalifah ni dapat detect kami macam ada pape sebab masa mula-mula dia tegur Jeff, macam ni...

Khalifah: Ai, bungkus jer?
Jeff: Dia tak nak temankan aku makan.
Khalifah: Tak pe. Biar aku jer yang temankan ang makan. Haha.


Er, Jeff ni cakap macam ni plak! Tadi, masa ajak aku keluar, kata nak gi minum-minum jer. Bila waitress tu tanya order, dia tanya aku plak,

"Makan?" Aku geleng je la. Ye la, kata nak minum-minum jer, tak kan aku nak order makan plak. Kang tak pasal-pasal dia kena tunggu cik puteri ni makan dengan lambatnya. Kalau jenis senang tido, dah tertido menunggu aku habis makan. Haha.


Lepas tu, dia order makan. Ingatkan dia nak makan kat situ. Lambat baru dia sebut "Bungkus." Aiyo, pesal la dia tak cakap nak makan awal-awal? Kalau tak boleh la jugak aku pesan pape untuk dibawa balik. Tapi disebabkan aku dah cakap awal tak nak makan, so stick dengan kenyataan tu la.


Kalau tak, mesti orang kurang respek. Ye la dah kita ni tak tetap pendirian. Sebagai pemimpin, kita kena tetap dengan pendirian dan optimis dengan keputusan yang telah dibuat. Itu pesanan pensyarah Pengantar Pengurusan Perniagaan aku. Ambik masa sem dua degree, masih ingat sampai sekarang.



Aku suka perkena Jeff  tang dia selalu tak turun kelas masa degree dulu.
"Ang tak mai"
Memang dia terasa jugak la. Ah, biar jer! (Budaya budak-budak kami memang jenis kasar berbahasa dan selalu jer mengusik. So, dah tak jadi hal. No hal).




Terima kasih sekali lagi kepada encik Jeffry (nama penuh tidak didedahkan) kerana :


1. Fecth me at my Student Resident Hall bus stop even though lambat giler kot dia datang sampaikan aku dah segan-segan. Ye la orang tengok je aku. Dah la aku sorang-sorang je kat bus stop tu. Pakai uniform plak.


Teringat pesan Abang Cot yang kita dah pakai uniform ni, jangan la datang lambat. Merungut jugak la aku sebab mamat ni lambat nak jemput aku.


Ikutkan hati, nak jer aku pergi sendiri. Tapi, masalahnya, aku dah janji dengan dia. No handfon dia pun aku tak ambik. Dia pun langsung tak mesej aku. Kalau tak, boleh la aku tanya dia jadi ke tidak.


Dia cuma bagitau no plat kereta je. Isk, mamat ni..Sabar je la. Kalau dia tak datang atau lambat sangat, aku balik je la.


Nasib baik la tak lama kemudian, dia sampai. Ingatkan ada orang lain. Tak de. Kalau ada orang lain, segan la aku.
"Dah lama tunggu ke akak?"
"Agak la"



2. Temani aku

Sampai sana, dia la borak-borak dengan aku dan tak tinggalkan aku sorang-sorang. Ok la. Kalau tak, mesti aku lagi tak keruan.


Then, Din dan Fitri tengok kami dari dalam gelanggang. "Kak dan abang, mai la masuk dulu" Aduh, malu-malu! Kami macam couple  ke? Kawan jer kot..

Ternampak jugak beberapa orang AJK melihat kami untuk kepastian raut wajah. Nampak Kila. Senyum je la.


Masa dalam kelas, Jeff ada mengusik aku suruh ambik buah dari Abang Cot. Kira ni non verbal communication la. Ingatkan dia tak nampak, sebab kan agak gelap, samar-samar cahaya lampu neon.


Masa nak balik, aku ajak budak-budak yang sama laluan dengan student resident hall dengan aku, naik kereta sekali. Tapi cepat-cepat diorang tolak. Macam tak nak kacau daun la plak. Aduh, malu aku! Kami macam couple  ke? Kawan jer kot..


Aku pun nak cakap kat Jeff yang aku nak balik sendiri je. Tunggu dia punya la lama, balik dari kelas.  Sebenarnya dia ingat aku ada kat tempat sana lagi. Rupanya tersilap orang. Dari jauh aku nampak kelibat dia tercari-cari aku. Sedangkan aku dah duk kat depan ni. Responsible betul la mamat ni.


Aku bagitau yang aku nak balik sendiri. Tapi, dia plak tak bagi aku balik sendiri. Aduh,...
"Jom naik kereta"

Aku tak tau nak tolak macam mana. Dah la aku menyusahkan dia, sampaikan dia kena cari-cari aku.

Sebenarnya, aku balik ikut budak-budak perempuan la. Tak kan aku nak tunggu dia kot? Dah la tempat ni Islamik sikit. Dia pun sama jugak tau rule macam ni tu yang dia tunggu lama. Kalau tak, mesti kita terus approach Abang Cot dan perempuan yang ada kat sana.


3. Bagitau Abang Cot yang aku ni budak baru kat situ


Memang la biasa je, tapi sebagai orang baru kat sana, datang tempat orang, memang la aku segan sangat-sangat. Kalau dah ada sana, dah tak kisah dah. Terima kasih la bertanggung jawab atas amanah yang ko bawa, Jeff.


Selepas sedikit soal jawab, akhirnya Abang Cot kata "Aku tak kisah (risau) kalau dah dapat buah habis. Tapi kalau tak habis buah ni yang bermasalah. Dah, pergi masuk latihan sana."


"Terima kasih Abang Cot"


Aku mula masuk tu, terus bersalaman dengan diorang. Dengan perempuan je la. Itu budaya persatuan ni, tau.


Bila buat buah, aku ingat-ingat lupa. Tapi best sebab aku dah teringat (recall) dengan sendirinya. Alhamdulillah.:-) Alangkah indahnya kalau kumpulan kawan-kawan aku yang dulu ada lagi kat sini..


Okay la, cerita ni kat sini jer. Tak nak la cerita lebih-lebih. Kang jadi hal lain.

 
Aku cuma puji pe yang perlu aku puji. Rasanya tak berlebihan pujian aku. Kalau lebih pun, memang patut untuk dia. Hehe.


Persahabatan dan ukhwah yang dibina ni terlalu indah. Kekalkan ye kawan-kawan.


Moral: 1. Orang ada rupa kena jual mahal sikit. Er, patut ke?
2. Jangan takut sangat, tempuhi jer dulu. Tak cuba tak tau, kan? Yakinkan diri, insya-Allah, semuanya selamat.
3. Sahabat sejati sukar untuk dicari. Ko la sahabat aku Jeff. I debt u, bro.


Ulasan

  1. Aku dah tau nama mamat yang sama-sama lepak kat situ, adalah Syaifan. Sebelum ni ingat Khalifah jer.

    Aku ingat muka dia tapi tak tau nama. Kuat jugak ingatan aku ni. hehe~

    BalasPadam
  2. best entri ini..hee sweet je jalan crite. macam bace novel.. :)

    BalasPadam
  3. @akumanusiabiasa
    Best ke? Terima kasih. =)

    Sweet ye? Thanks.. :)

    Nanti, Sha buatkan novel pula, ye. Hehe~ gurau je..
    Suka baca novel yek?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker