Disclaimer: Entry kali ni membincangkan perihal perangai suami di dalam rumah tangga. Ni pasal suami yang dajal la. Bahasa yang digunakan agak kasar. Kalau korang tak suka, tidak ada sebarang paksaan untuk korang terus membaca.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Salam.
Entry kali ni, nak reveal (dedahkan) sikit perangai suami ni even though (walaupun) aku pun tak pernah bersuami lagi. Tapi, aku ada jugak la real life experince (pengalaman yang benar-benar terjadi dalam kehidupan sekelilingku).
1.Suami setia dengan isteri cantik
Suami ni kalau isteri dia cantik, cukup lengkap, belum tentu lagi dia akan setia! Percaya tak? Percayailah.. Memang perkara macam ni tak semua, tapi kebanyakkannya macam tu.
Dulu, aku pun tak percaya dengan perkara macam ni. Ye la, dah dapat isteri yang cantik dan cukup lengkap serba serbi, kira pada aku pencarian si suami tu tamat di situ la. Ternyata tidak benar. Lelaki ni, tak pernah puas. Kalau dia dah dapat yang cantik, dia nak yang lagi cantik. Begitu lah seterusnya..
Lelaki yang jenis macam ni memang la tau nak sedap jer. Kalau isteri dia tak dapat layan dia, dia akan 'cari makan kat luar'.
Pengalaman real life aku: Lelaki ni boleh tahan la hensem dia walaupun dah 30-an. Isteri dia memang cantik, pandai masak, berkerjaya lagi, anak-anak yang comel, cukup lengkap semua.
Tapi si suami ni pantang nampak perempuan dahi lincin. Kalau tak dapat perempuan untuk aktiviti senggang, dia akan pergi ke Danok, Thailand untuk langgan pelacur. Isk, isk,..
Komen aku: Lelaki macam ni memang wujud. Tak puas dengan satu! Patut cincang je dia punya anu. Hahaha, gurau jer.Moga-moga calon suamiku bukanlah jenis ini.
2. Pantang ada duit lebih, mula nak buka cawangan
Lelaki akan mula memikirkan untuk beristeri lebih walaupun isteri dia yang sedia ada sudah mampu untuk membahagiakannya dan cukup untuk membuatnya pening kepala. Kalau tambah lagi seorang isteri, jadi haru- biru kang nanti jadinya.
Tetapi, lelaki tidak pernah nak fikir pasal ni. Apa yang tau, nak sedap jer. Pada hal, dia boleh hidup senang dan kaya pun sebab harta isterinya jugak. Tak sedar diri tol la. Memangla rezeki tu dari Tuhan. Tapi ko tak sedar yang ko tu menumpang harta isteri ko, dah tu, nak hancurkan hidup dia plak. Akai ada ka?
Ada jugak kes yang awal-awal kahwin dulu, isteri dia la yang duk tolong nak bina hidup. Alih-alih dah senang, ko kick isteri ko tu. Memang ko jantan yang tak mengenang budi!
Pengalaman real life aku: Ada laki orang ni ajak aku kahwin. Gile r. Macam la aku mau nak kongsi-kongsi. Dah tu, jadi no dua. Erm, aku tak berminat ye tuan-tuan, harap maklum.
Ko tu kaya pun sebab duit UMNO dan isteri ko pun kerja sedap jugak. Kalau nak harapkan ko sorang, memang ko tak kan ada niat nak kahwin lain. Isteri ko dah banyak bantu ko dari segi kewangan.
Aku tak nak la jantan macam ko ni, kurang bertanggung jawab. Duit isteri ko untuk bayar bil itu ini, habis ko duk free je la, goyang kaki sebab tu la anu ko naik?!
Aku teringat kepada seorang kawan yang bersuamikan orang kampungku. Kawanku ini bercinta dengan seorang bapa orang, ada anaknya yang sama baya dengan kami. Bayangkan, itu anak yang ke berapa entah. Ada lagi anak-anak yang lain. Itu mungkin tidak menjadi masalah.
Masalahnya, dia kahwin (dengar khabar angin kena tangkap basah. Apa taknya, kawanku memberitahu si perempuan itu datang ke rumahnya untuk bersauna dan masuk berdua-duaan dengan lelaki itu sedangkan tempat itu kecil dan tidak boleh masuk lelaki dan perempuan.
Bayangkanlah, kalau bersauna ni kena berkemban atau dengan kata kasarnya, tidak memakai apa-apa kecuali tuala yang membaluti tubuh. Kalau tak pakai kain tu, memang naked la. Betulkan aku kalau silap. Tapi, point aku kat sini ialah perempuan tu dalam keadaan seksi).
Aku masih ingat yang dia memberitahu si xxx ni special kat dia, dengan nada bahagia. Aku pun tertanya-tanya la siapa la xxx tu. Rerupanya, memang aku kenal. Anaknya pun aku kenal dia dan dia pun kenal aku. Pernah satu kelas dan duduk sebelahnya masa darjah dua!
Kisah pernikahan xxx ni heboh kat kampung. Tetapi, isteri pertamanya tidak percaya dan mengganggap perkara itu tidak benar, sengaja orang mahu buat cerita. Suatu hari, isteri dia bertanya untuk mendapat kepastian. Bila suaminya mengaku, dia rebah pengsan tidak sedarkan diri.
Perkahwinan kawan aku tu tak dapat diselamatkan. Dia diceraikan. Sebabnya, perniagaan si xxx tu makin hari makin susut. Kasihan dia, muda-muda dah jadi janda. Dia kahwin masa umor 17, diceraikan pada umo 18.
Komen aku: Ingatlah dari mana kita asal dan ke mana kita kembali. Kembalilah ke pangkal jalan. Simpang malaikat 44, jumpa lelaki macam ni.
3. Malas kerja
Ada jugak suami yang macm ni. Elo, kalau nak susahkan orang lain, baik duk jer bawah ketiak mak bapak ko. Biar diorang yang sara ko dari kecik sampai tua bangka. Kalau dah malas dan tak mampu nak ubah perangai malas nak kerja tu lebih baik tak payah nak kahwin.
Pengalaman real life aku: Kakak (kenalan parentku semasa menunggu Kak Jag kat Istitut Jantung Negara (IJN) dan pernah datang ke rumah ibu bapaku di kampung sempena raya tahun lepas. Aku pun berbual dengan dia, ni dah lapan tahun duk tanggung suami dia.
Dia sabar jer suruh suami dia cari kerja. Suami dia ni kerja jap, berhenti, kerja jap, berhenti. Kakak la yang nak kena tanggung semua, anak ada dua orang, rumah, kereta, api air, sekolah anak-anak, makan minum, pakai.
Lepas lapan tahun, suami dia tak berubah jugak, dia pun suarakan masalah itu kepada mertua. Mertuanya salahkan dia. Apa la punya orang tua. Then, dia minta fasakh la. Laki dia balik rumah parent dia la. Menyusahkan parent la untuk tanggung makan minum dia.
Komen aku: Apa la punya jantan macam ni? Jantan tak berguna la ni. Jadi, nak cari calon suami kena pilih yang rajin bekerja.
Kenapa aku highlightkan topik ni?
Saja ja nak jentik sikit si suami yang haprak macam ni. Korang tak sedar ke yang korang pun banyak kelemahannya? Duit ada lebih sikit, mula la ulat bulu naik daun. Malaysia dan Melayu tak maju sebab ada orang macam korang ni. Pantang senang sikit, mula lupa diri.
Korang la yang kena sara isteri korang. Isteri cuma harus membantu jer, bukan wajib. korang, si suami ni pun tak boleh tanya berapa gaji isteri korang apatah lagi nak suruh dia yang sara korang. Faham tak?
Disclaimer: Contoh-contoh yang aku bagi ni tak de kaitan dengan korang yang membaca blog ni. Tak semestinya cerita tu hampir sama dengan korang, itu bermakna aku burukkan korang. Mungkin kebetulan yang tidak disengajakan. Aku kenal ramai orang. Banyak orang, banyak ragam la.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.