Langkau ke kandungan utama

Hari-hari yang Agak Ceria, Aku Rasa Gembira


Sehari dua ni, aku rasa agak gembira. Aku listkan jer, boleh? Nak bagi nak simple dan senangla korang nak go through, kan. Sebab apa aku happy?

1. Ex-housemate aku bertukar status menjadi roommate aku.

Berita pasal salah seorang dari kawan baikku (dibaca geng) masa Degree akan bertandang ke bilik amatlah menyeronokkan hatiku. Sesungguhnya, aku terlalu rindukan korang (ex-housemateku, Fizah,Za, Zaza, Nora. Achik? Aku selalu jumpa.)

Aku dapat perkhabaran itu pada hari Rabu. Hari yang aku berjumpa dengan pihak atasan tu. Ingatkan petang tu jugak aku akan mendapat roommate baru. Tetapi setelah dirunding dengan transportation, maka awal-awal pagi Jumaat, my future roommate dah sampai ke bilikku dengan menyerprisekan aku.

Bukan surprise aku tak bangun lagi. Sebenarnya, aku tak tidur pun tengah malam membawa ke sahur, subuh, dan pagi. Ye la, mungkin excited untuk menerima orang baru dalam hidupku. Lagipun aku amat selesa dengannya. Kenal dah lama, dia pun tak ada perangai apa-apa dan senang nak masuk dengan orang.

Fizah turut menghantar Za ke bilikku. Zaza dan Nora dah berada di kampung masing-masing. Fizah akan bertolak ke Kuala Lumpur sejurus selepas itu.

Jadi, bila dapat peluang macam ni, berborak panjang la.. Macam-macam cerita keluar. Terima kasih kerana sudi menjadi roommate dan menemani aku yang tak tidur malam ni. Hehe.


2. Berbuka puasa plus gathering dengan kawan-kawan Master.

Kami seramai 17 orang berbuka puasa pada Jumaat. Hari yang sama dengan kehadiran Za. Sebenarnya, aku memang berat hati nak tinggalkan dia.

Tapi, aku pun perlu gathering dengan kawan-kawan aku. Tambahan pula, ada sedikit hal yang memerlukan kehadiranku di sana. Kalau aku tak pergi, komfom kes tu akan jadi lebih besar.

Petang tu, aku perkenalkan Za dengan CT. Kawan-kawan aku yang lain, Za akan kenal setelah hang out bersama. Alhamdullillah, Za menyukai kumpulan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku ni memang baik dan ramah. Jadi Za tak rasa janggal. Memang senang hati la aku dengar macam ni. Lega sebab tak memberatkan kawanku yang seorang ini.

Ok, cerita pasal berbuka puasa plak. Aku dijadualkan naik kereta Fendy bersama Afnan. Tanya Aida, pukul berapa nak gerak. Pukul 6. Petang tu, aku dah mesej Fendy untuk confirmkan sekali lagi. Mana la tau, dah bertukar plak ke. Dekat pukul 6, aku tanya Fendy ada mana. Mana la tau, kadang-kadang mamat ni awai. Macam bebaru ni, aku kena tinggal. Wahaha.

Sebenarnya, aku dah mesej dengan Husna Linda dah hari tu aku nak tumpang diorang. So, aku pi kelas dengan diorang. Aida gi mana ntah masa kelas En. Hafidz hari tu. Yang pergi sana 17 orang. Aida, Mil, Aku, Afnan, Nita, Achik, Fendy, ET, Oren, Zamani, Akmal(tak kenal),Hilmi, Syaman, Rasyid,dan tiga orang puteri rasyid. Kami tempah satu meja panjang. Memang best!

Lauk yang kami makan ialah siakap 3 ekor (masak tiga rasa kot tapi macam letak sambal belacan), kerang rebus, kerang bakar, sotong celup tepung, telur dadar, ulam, sambal belacan, air asam, sos dan nasi putih. Paling sedap, ikan siakap tu, fresh.. semua sedap la. Teringin nak makan lagi.

Cantik la pemandangan kat situ. Tapi sayangnya, aku tak de kamera. Ye la, orang miskin.. Tu la, tak de langsung pic aku kat sana. Ye la, ada ke orang nak kawan dengan orang miskin macam aku?Sungguh-sungguh rasa rendah diri. Tak pe, suatu hari nanti, aku akan dapat semua tu, dan lebih berbaloi kalau dengan titik peuhku sendiri! :-)

3. Kelas En Hafidz yang best dan dekat di hatiku.


Topik hari ni pasal teknologi. Aku memang suka pasal teknologi. Aku plak duk sebelah Emad, dia ni suka berkongsi pendapat dalam kelas. So, kadang-kadang, aku pun bersuara jugak tapi tak kedengaran. Sekurang-kurangnya, aku memahami dengan sepenuhnya topik hari ni dan perbincangannya. Memang best.

En Hafidz pun dah kenal namaku. Dia cakap pasal assignment yang aku buat, dalam kelas. Tajuk je la. Global and consumer. Dia cakap macam best. (Ye ke, best?)

Dapat undangan dari Kimi ke rumah En Hafidz. Berbuka puasa. Masa petang tu, En Hafidz cakap dia kata jangan ajak ramai sangat. Ala, yang terdekat jer. Aku memang nak pergi. Tapi tak tau la kereta sapa aku nak tumpang. Erm, susah jugak bila tak de kereta sendiri ni. Plus tak de kawan-kawan rapat yang ada kereta.

Aida? Dia pun ada life dia. kawan-kawan dia pun ramai boleh tahan la. Aku pun segan jugak asyik nak menumpang jer. Kalau dia tak ajak ke mana-mana, aku tak pergi, kecuali la hal-hal yang berkaitan dengan studi macam nak pergi kelas, memang aku tanya dia la, nak tumpang dan nak pergi librari bersama sem lepas. Itu je. Yang lain, semua dia ajak.


Nak bawa kereta sendiri, aku bukannya datang dari famili yang berada. Lesen pun tak de lagi. So, kepada sesiapa yang nak buat master tu, better sangat-sangat ada kenderaan sendiri dan paling best bawa kereta sendiri. Bukan apa, senang nak gerak. Kawan-kawan Master ni ramai giler kot yang bawa kenderaan sendiri. Yang tak bawa macam aku ni, sakit sikit la.. Tapi tak pe la, mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

So, wish jer la diorang yang organize semua termasukla transport. Hopefully,hopefully,hopefully... Hehe.

p/s: Walaupun aku agak kurang sihat, keletihan, tetapi moment-moment indah ini menghiasi hidupku. Terima kasih ya ALLAH, aku berasa 'penuh' dan senang hati.  Tapi kat dalam hati ni ada jugak sesuatu yang membuatka kau tak tenang. Ah, abaikanlah. Hargai apa yang aku ada, kan?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker