Langkau ke kandungan utama

Catatan

Review Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best

Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah.  Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya! Jenama Freeman. Tengoklah kandungannya. Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-por

Contoh Borang Penilaian Memandu bagi Kelas A, B3, B2 B & C

Ini adalah Borang Penilaian Memandu bagi Kelas A, B3, B2 B & C yang aku salin dari kertas jawapan aku sebelum dihantar kepada JPJ untuk dibuat kad lesen P. BAHAGIAN III 1. Pusingan 8 1. Tidak melanggar benteng 2. Membuat satu setengah pusingan 3.   Kaki tidak jijak / cecah jalan 4. Calon tidak jatuh dari motosikal / roda luar tidak terangkat *2. Meniti di atas papan 1. Roda tidak terkeluar dari papan 2. Kaki tidak mencecah/ pijak papan/ jalan 3. Calon tidak jatuh dari motosikal 4. Tidak kurang dari tujuh saat. 3. Menunggang di antara kon 1. Tidak melanggar kon 2. Tidak menyentuh/ melanggar benteng 3. Kaki tidak mencecah/pijak jalan 4. Calon tidak jatuh dari motosikal / roda luar tidak terangkat 4.   Break kecemasan 1. Calon tidak jatuh dari motosikal/roda luar tidak terangkat 2. Membreak di dalam kotak 3. Tidak melebihi garisan berhenti 4. Menggunakan break kaki dan tangan 5. Menunggang di selekoh tajam 1. Tidak melanggar

Kadang-kala Kita Terlupa Nak Bersyukur

Kadang kala hidup kita sudah cukup baik. Ada kerja. Ada pasangan. Ada anak. Ada ibu bapa dan mertua. Ada rupa. Ada kereta. Ada rumah. Ada bekalan elektrik. Ada hubungan jalan raya yang baik. Ada pasaraya. Ada surau dan masjid. Ada pendapatan bulanan yang bukan sahaja cukup untuk belanja bulanan malah cukup untuk tabungan. Tapi, kita terlupa untuk bersyukur. Kita mahukan yang lebih lagi. Kita nak itu. Kita nak ini. Kita stress bila nampak orang lain lebih dari kita. Kita cemburu. Kita dengki. Kita cuma nampak mereka yang berada di atas kita tanpa kita perasan orang yang berada di bawah kita, keadaannya lebih teruk dari kita sedangkan alam dan udara yang kita sedut adalah sama. Kita langsung tidak pandang mereka. Apalah salahnya kita hulurkan sedekah, derma atau hadiah? Kenapa kita perlu asing dan pulaukan mereka? Kawan, jangan begitu. Hidup kita ini bukan lama. Sekejap sahaja. Kita ini hanyalah menumpang sahaja di bumi fana ini. Sampai masa dipanggil pulang. Tap

Open Tracker