Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Setting Pembayaran Google Adsense Payment

Kali ini, Sha nak ajarkan cara buat setting pembayaran Google Adsense Payment. Google Adsense tidak asing lagi bagi pemain industri internet. Ya, terutamanya youtube content creator dan penulis blog. Maka, tidak hairanlah banyak lahir pengkarya-pengkarya dalam bidang ini bak cendawan tumbuh selepas hujan!

Mari kita semak caranya: 

1. Buka Google Adsense di bahagian Pembayaran > Maklumat Pembayaran > Tambah  kaedah pembayaran


2. Isi semua. Pilihan ikut suka nak isi ke tidak.
Untuk BIC SWIFT, sila klik sini untuk semakan sendiri no kodnya. Sila pilih bank anda dan bandar. Anda juga perlu pilih cod mana nak guna. Selepas dapat codnya, biasanya huruf, salin dan tampal di kotak yang bersesuaian.


Sudah save, ia akan jadi begini. Siap. Tunggu duit masuk dalam akaun.


Biasanya duit akan masuk pada 22 sehingga 25 hari bulan, setiap bulan. Jumlah yang minimum pembayaran akan dibuat ialah USD100.00. 

Contoh kata, kita ada USD101.00, ia akan masuk semua. Bukannya hanya USD100 sahaja. Kalau kurang dari USD100, contohnya, ada 80USD sahaja, ia akan tunggu bulan hadapan atau sehingga penuh 100. Tidak kiralah berapa lama pun. Tapi tetap masuk pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu dari seawal 22 hari bulan sehingga selewat 25 hari bulan bagi bulan tersebut.

Dulu-dulu, guna western union. Tapi telah ditamatkan perkhidmatannya. Maka, marilah kita update kemaskini akaun kita supaya dapat disalurkan kepada empunya hasil kerja keras.

Sekian, semoga membantu anda. Semoga maju jaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker