Langkau ke kandungan utama

Seorang Guru yang Sangat Guru

Seorang guru yang sangat guru dari sekolah ini, SMK Dato' Syed Ahmad

Aku, ingin bercerita tentang seorang guru yang pada aku, sangat 'guru'. Cikgu ini seingat aku tidak pernah dapat mengajar aku sepenuh waktu. Dia pernah jadi guru menggantikan guru lain sahaja. Tidak pernah ada satu subjek yang beliau ajar sepenuh masa untuk kelasku sendiri.

Pernahlah beberapa kali beliau menjadi guru ganti sehari dua untuk guru yang tidak hadir. Cikgu ni popular kat sekolah sebab segak satu hal, agama pun baik. Baik pun baik. Sopan santun. Tapi dah kahwin masa tu.

Dan aku pula bukanlah seorang pelajar yang terlalu popular atau pandai untuk cikgu kenal aku. Aku juga bukanlah kategori murid nakal atau bermasalah untuk dikenali. Aku kategori tengah-tengah.

Nak kata cikgu-cikgu kenal aku, rasanya tak kot. Sekolah paling ramai pelajar di Kedah masa tu. Aku masuk sekolah tahun 1998 - 2004 (Pra-Universiti). Aku pula bukan duduk rumah dekat dengan mana-mana guru. 

Ye la, murid pertengahan. Cikgu nak ingat nama pun tak. Sebab dalam kelas pun, mereka masih duk tertanya-tanya siapa nama aku. Ye la, tak popular, kan. Bukannya jadi sebutan guru pun.

Tapi adalah 'sikit' yang membuatkan aku ni popular. Tapi tetap tak semua orang kenal aku. Mungkin cikgu ni, kenal aku sebab ada alasan kami ni sama kot. Dia guru Bahasa Melayu dan aku pula penulis karya kreatif untuk majalah sekolah, semua kategori aku masuk. Bukan sahaja dalam Bahasa Melayu, bahkan dalam Bahasa Inggeris pun aku tapau! Lukis komik lagi. Bahasa Melayu tu aku buat pantun, seloka, sajak, cerpen dan banyak lagi, aku sudah tidak ingat.

Namun, tetap orang tidak kenal aku kerana setiap satunya, aku guna nama pena berbeza. Semua hasil karya yang aku hasilkan semuanya masuk dalam majalah sekolah. Kau rasa?

Aku pernah digelar penglipur lara. Hahaha.

Satu lagi, nama aku ada lah masuk dalam majalah sekolah sebab mengharumkan nama sekolah sebab masuk universiti. Time aku dulu tak ramai masuk U, ada lah 8-18 orang, ke 11 orang macam tu. Lupa dah. Dari kira-kira 360 orang pelajar Pra-Universiti. Kira membanggakan sekolahlah juga, kan? Hehe Tapi dah keluar sekolah masa tu, mana cikgu-cikgu nak kenal, kan?

Kaitan dengan guru hebat ini pula, kami lost contact sehingga lah tahun 2017 rasanya, baru jadi friends kat facebook sebab masa arwah ayahku meninggal pun dia ada ucap takziah. 

Aku tukar facebook dalam tahun 2018 sebab kena hack. Nama pun lain. Tapi cikgu aku nan seorang itu tetap kenal aku. Dia tetap panggil nama yang jarang-jarang orang panggil aku iaitu Fisha. Kawan sekolah yang rapat je panggil nama tu. Ramai yang panggil Syah. 

Sebab tu, aku jadi macam terkejut. Sebab dia masih ingat aku? Nama penuh aku pun dia ingat! Oh My God! Terharu aku. Dia bukan guru kelas atau subjek pun boleh ingat aku. Cikgu-cikgu aku langsung tak ingat aku. Sedih. Ye la, aku bukan sesape pun, kan..

Aku pernah lah ditanya oleh seorang guru yang pernah ajar aku 2-3 tahun, "awak nama apa?" pada tahun 2020. Bila aku jawab nama penuhku, dia jawab tak ingat. Aduhai, sedihnya rasa.. Ye la, bukan murid stunning kan. Nak je aku jawab nama kawan aku yang pastinya dia ingat tapi tak jadilah. Aku diamkan sahaja. Sedihlah..

Jadi, kepada yang bergelar guru, seboleh mungkin korang cubalah ingat nama anak murid korang. Aku tahu ramai dan makan tahun pastinya bertambah ramai. Tapi cubalah ya.. Anda akan lebih dihormati dan disayangi oleh anak murid sampai bila-bila. Anak murid memang akan ingat anda tapi adakah anda ingat setiap anak murid?

Mungkin boleh jadi ingatan buat guru-guru khasnya pada Hari Guru. Dibacakan kisah ini pada perhimpunan sekolah. Ya, aku berikan izin dan halalkan untuk menggunakan nukilan di hati ini.


Sha my heart
Anak murid tidak terkenal

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker