Langkau ke kandungan utama

Soalan Yang Paling Tak Suka Nak Jawab Pasal Niaga Bundle

Penat tau tak nak menjawab soalan yang entah apa-apa dari korang. Ya, tak tahu, tanya tapi tak semua perkara boleh ditanya begitu sahaja. Korang kena jaga adab juga. 

First of all, korang kena tahu juga apakah yang korang nak tanya tu nampak sangat kebudak-budakan ke tidak. 

Second, kena tahu siapa yang korang nak tanya tu. Korang jangan ingat kalau dia dah kongsikan kat blog, maknanya dia tu dah tokey bundle. Nak bale itu ini. Tanya kat mana nak selam bundle. Ini yang paling banyak ditanya. Ko nak selam bundle, kang aku cakap kat Thailand, Jepun, Korea, Amerika, ko ada duit ke nak datang..

Dah nak selam bundle, mestilah kat kedai bundle. Kat kedai yang korang pergi tu tak ada buat selam bundle? Ha, pi la kat kedai yang ada buat selam bundle. Tak payah nak tanya aku, bukannya ada senarai atau persatuan pun bundle ni, nak kasi tau kat korang semua. Belajar-belajar lah cari sendiri. Semua benda nak kena suap ek?


Basic nak berjaya dalam dunia bundle ni bukannya tanya orang. tapi, korang kena usaha dan belajar sendiri. Kaji sendiri. Bukannya pi PM/DM seller bundle, tanya kat mana beli, ambil bale apa, berapa untung, berapa nak jual.. Semua itu korang kena belajar sendiri. Kalau korang tanya juga, memang mau melentinglah seller bundle tu. Walaupun depan korang memang nampak ok je. Tapi belakang korang, dikutuknya korang. Sebab apa. Sebab dia pun belajar sendiri. Cari sendiri. Bukannya tunggu buah yang tidak gugur. Eh!

Oh ya, tetiba ada pula soalan nak beli bundle kilo kat mana.. Eh, semesetinya kat bundle seller la. Takkan nak tanya kat penjual sayur pula. Soalan sebegini pun malas benau nak jawab. Cari sendiri la seller yang jual kilo. Tak semua yang ada jual kilo. Jangan pula paksa dia jual kilo kat korang.
Seller bundle bukan seorrang dua dan item bundle bukan satu dua. Ada banyak.. dan tempat pun seluruh Malaysia. Macam mana aku nak jawab ya kalau soalan pasal nak beli bundle kilo tapi tak tau bundle apa, duk mana.. Eh, jangan nak contact aku cakap in details pula. Ko cari sendirilah. 


Pernah juga dapat soalan bukan-bukan. Lepas tu, nak marah-marah pula. Dah bundle ni luas. Tak semua aku tau. Carilah sendiri. Lepas tu, guna no lain whatsapp lagi tanya, soalan yang sama. Ingat aku nak layan.. Orang macam ni, aku rasa nak je sumpah tak berjaya dalam bundle. Hahaha..


Korang patut bersyukur sebab tak sesusah aku nak mulakan bundle dulu. Aku dah bagi maklumat berguna kat korang, banyak sangat. Sila cari dalam blog ini ya, banyak entri pasal bundle. Baca dan fahami dahulu semua tu. Ya, kena baca semua itu.



Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker