Langkau ke kandungan utama

PERSOALAN SARUNG BANTAL (Pillow Cover -PC) BUNDLE



Sarung bantal bundle pillow cover


Bersama-sama ini Sha sertakan huraian PERSOALAN SARUNG BANTAL (Pillow Cover -PC) BUNDLE yang dijawab oleh otai-otai bundle.

Salam dan salam sejahtera.

Saya baru nak berjinak2 dlm dunia bundle. Saya berminat nak jual PC. Di sini ada beberapa pertanyaan:

1. PC Gold / 1 Bintang / PC Suasa, dll (Antara USA, Aussie @ Korea) yg mana plg terbaik?

2. Corak yg senang dijual dr bale pc mana?

3. Saya tengok ramai jual pakaian bayi dan kanak2, adakah susah jual PC?

Maaf, saya budak baru nak belajar. Mohon tunjuk ajar.


JAWAPAN:

  1. Anna Bundle:

Sy jual pc *1.. So far semua cust puas hati

Nak kta mna ok ,bg sy semua ok..isi dlm xleh jangka.. Berani mncuba bru tau mne yg trbaikk



2. Juriyah Anuar:
Pc sng jual offline sis... sbb customer nk pilih corak... label tu jenama je lain2.. isi dlm smua puas hati..banyak pair.. sy jual 1week 1bale dkt carboot... untung bganda sis... tp ingat 1 benda... bundle misteri... isi dlm lain2... ikut nasib...

Reply:
Terima kasih sis.
Saya ni offline susah sikit, banyak kekangan.
Kalau online mampu la.
Lagipun ada masuk 1 group wasap. Laju je PC sold.
Tambahan pula ada yg nak beli dah kat page saya wlpn xbeli PC lagi. Sb masih tertanya spt soalan di atas. Hihi.

Juriyah Anuar:
Law sis on9 n dh ada yg follow sis blh ambik... sy ada jugak jual on9 kjap dlu.. laku jugak sis... mana yg sng.. x cuba x taw... sy pn jual carboot stiap ahad je.. hr lain bz ckit sis.. insyaallah.. selagi ada usaha ada rezeki sis...

Reply:
Tu la sis.
Igtkn ada problem dgn PC sb jrg runner ada PC. Klu ada pun 1 bale mcm tu.
Igtkn x ok. Tu yg x berani.
Rupanya PC ok. Cuma mgkn ada yg x minat. Tp xpe, kita boleh pupuk minat. :-)

Usaha akan membuahkan kejayaan.


3.  Nana Mohd Nor:

Ade kwn sy ni jual comforter n cadar dah lame dah. Katenye lebih suka cari pc dari bale japan. Sb katenye size nye lebih kurang size bantal kite. Means standard size. Then cond lebih tiptop. Byk corak n kainnye bagus2. Secara live mmg sy tgk brg jualan nye bagus2. Ini pendapat beliau la. Tp boleh je kalau kite nk mencube mne2 bale

Reply:
Bale dr Japan apakah namanya..

Nana:
Sy pon x sure. Sis boleh tye2 bale pc japan

Reply:
Tq sis berkongsi pengalaman. Saya baru nak kutip2 pengalaman

Azrx Idris:
Tengok area sis duk.ramai budak/ org dewasa/tua.mcm kes sy.sy start brg budak sbb guna sdri lebih jual.stok slow.then jual kilo.still slow.then ambik comferter 5 hari sold out dah jual 5 guni.ni try ambik cadar n pillow cover.ok la.area sy ramai mak3 so brg isi rumah laku la.lgi3 klu nk cuti sek.diorg beli utk anak n cucu

Reply:
Tq sis berkongsi pengalaman.
Lajunya 5 bale utk 5 hari. Memang ada permintaan sblm tu atau sis beli bale sikit2?

Azrx:
5 hari sold out.titik lupa letak.skrg 5 guni dah terjual

Reply:
Oo. Laju jugak tu..
Bestnya.
Saya sampai termimpi2 dah ni pasal jual PC. Hahaha.


5. Fy fyds:

Sy suke PC suasa. Sy penah Jual baju budak, baju dewasa, household Dan pc, hand towel. Baju budak klw rajin amek gmba sedap jual retail dkt online. Klw malas, Jual kilo pun OK, tp klw Mahal lmbat Jalan. PC n household sy Jual offline dkt kwsan kg, flat, pasar pagi, 1 Hari 1 bale pun bole habis. Baju dewasa ni lmbat skit sbb org besa kan. Byk isunye size tak kena warna tak kenan pattern tak matching, so agak slow nk Jalan. Musim hujan penah bukak guni sweater laju jgk Baik dewasa dan budak. Afterall sy suke offline sbb tak kalut nk amek gamba, so takde isu dlm gmba lain bile smpai lain, warna beza ukuran tak tepat. Tak bape rajin nk layan tu. Huhuhu. Bale slua mak2 pun sng Jual, lg2 uptown office area. Hand towel sy buat combo 7-8hlai rm10 Jual dkt kdai2 mkn, kantin, carwash. Cpt habis wlupun dgn gaya menjaja. Ape2 jenis bale n label pun, smue ade risiko dan Cabaran masing2. Smuenye pengajaran dan pembelajaran. Observation. Gdluck

Reply:
1. Pc Suasa tu bnyk yg like new ke biasa2 mcm ada stain sikit, berbulu sikit?

2. Laju juga 1 hari 1 bale. Sis jual mcm direct selling rumah ke rumah ke? Atau kat pasar?

3. Baju budak2 kena ambil gambar cantik2. Sedap jual online retail. Jual kilo risiko klu mahal, lambat jalan.  Baju dewasa xkena citarasa pula.

4. Seluar mak2 -uptown office area. Klu kat sini, Ampang Park dgn KLCC bnyk office.

5. Sweater dewasa dan kanak2- musim hujan. Musim hujan bila? Tengkujuh bila?

6. Pandai sis cari port utk jual hand towel - kedai makan, kantin, carwash. Diorg xhalau ke? No sellerman ke.

7. Kalau online, kena ambil gambar. Kalau gambar xsama mcm baju, dipertikaikan. Ukuran kena tepat. Kena ada tali tape ukur.

8. Bundle itu misteri.

9. Tq sis berkongsi pengalaman (y)


Fy fyds:
1. Sy pnah belah PC gold dan PC suasa. PC gold sy takde luck. N mostly boring. PC suasa yg sy penah belah sofar mmg cun. Stain berbulu tu biasa, tp luck dpt byk yg sepasang2.

2. Takla. Mcm niaga pasar tani pagi2. Kan ramai mak2. Lg klw masuk kg sikit. Dorg tak kisah membeli wlupun bundle. Penah bwk masuk event n karnival jgk. Still laju. Belah 50kg suasa, bwk balik dlm 5kg je tu pun yg warna putih2 kotor2 skit. Packing bahagi 2-3plastik, bg free je Sape yg nak last hour niaga tu.

5. Mcm thn lpas musim hujan dlm bln 10/11 gitu. Klw alert hujan 2-3hari pun bole kluakan sweater.

6. Ibarat mcm kite Jual Sayo la dkt kedai makan tkkan dorg nak halau. Brg dorg pakai. Penah Jual utk cikgu2 skola. Sebulan bole Jual 30-40set. Amek order sbulan skli. Pegi kedai mkn cikai2 sudah. Tak cekadak sgt no salesman bagai hehe.

8. Don't expect much or too high. Wlupun amek pc suasa lbih 10x, ade jgk time takde rezeki dpt yg boring. Packing2 Jual kilo sudah. Sakit mata simpan lama hehe.

Reply:
Tq for ur clarifications, sis.
(Y)

Bersemangat nak cuba nasib. Bundle ibarat cuba nasib. Sb misteri..

Tq sis


6. Norazilah:

Pernah ambik bale PC . xreti jual . tapi 1 mase sy buat Event , offline kan . PC plg laku .. sbb pc ni org suka tukar2 . restock hbs . mmg syok

Reply:
Maaf ya, nak tanya. Kenapa sis xreti jual PC? Susah ke sis?

Maaf, tanya je. Kalau x nak jawab pun xpe sis. It's ok.

Kan, syok tukar2 sarung bantal.

Tq sis kongsi pengalaman

Norazilah:
Noor Hapisah  dlu sy xreti sbb sy basic online seller. So sy beli n belah then biarkan mcm tu sbb xsempat snap pic..

Tapi, Bila sy masuk Event , Sy try bWa pc sy yg tersadai. Alhamdulillah , mmg sgt ok sale.. and sy rase syok sgt Jual Pc . bg sy ssuai utk Offline , cepat terjual .
sgt recomend utk offline

Reply:
Ooo.
Saya pun mmg buat biz online. Offline tu ada la jgk. Tapi utk yg rapat jer.
Igt PC nk jual online. Tapi kena ambil gambar la..

7. Nana HnYBundle:
pc suasa 50kg sy offer rm220 ja. np rm250. ni recommend sgt

Reply:
Caj cod

Nana HnYBundle: RM 40.
Sampai bwh rumah flat.

RM 220 + RM 40 cod

8. Lydina:
Pengalaman sy jual offline dan dah 3kali belah bale pc suasa 50kg memang best.. Yg sepasang² memang cepat habis.. Cntik² pc dia kain pun sedap.. Yg x berapa syok sbb dlm 1 bale tu dia ada cmpur sarung kusyen keci besar.. Yg tu x jln sngt..klu semua sarung bantal tidur untung berganda²..

Reply:
Sis jual retail ke combo?

Lydina:
Retail klu yg sepasang tu tengok condition juga lah.. Klu like new rm15-rm10 klu condition harian rm5,  klu yg x sama corak    3 helai rm5 klu yg lusuh² sy jual rm1 sehelai..

Reply: nak copy paste and apply boleh?

Lydina:
Boleh je sis.. Cuma tulah bundle ni kdg² kita xtau..  Sy belah bale pertama bnyk yg dpt sepasang dan condition like new cepat balik modal.. Bale ke2 sy belah  kurang dpt yg sepasang.. Modal tu nk balik memang bole dpt lah cuma untung kuranglah..

Reply:
Klu sepasang kira brpa RM pula?
Maaf la banyak tanya

Bundle itu misteri

Sekian, semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu ya. Sha pun ada jual sarung bantal bundle.

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker