Langkau ke kandungan utama

Cerita Hospitalku: Nak Minta Antibiotik Untuk Kencing Kotor, Dapat Detect Batu Karang. Oh My God!


Presciption ubat batu karang


Hari Ahad baru ni, Sha pergi ke hospital bahagian kecemasan. Hari Sabtu suami ajak pergi tapi Sha tak nak sebab nak cuba berubat alternatif dulu. Tapi hanya sekejap sahaja. Jadi, Sha ajak pergi hari Ahad.

Sha pergi hospital. Medical Assistant (MA) cek suhu, jantung dan tekanan darah. Kena ambil ujian urin. Kena hantar ke lab. Tunggu result. Lama sikit la.

Doktor panggil dan tanya. Muntah tak. Cirit birit tak. Ada angkat berat tak. Semuanya tak ada. Demam tu rasa la juga sikit-sikit. Tapi macam seram sejuk jer.

Result air kencing ada kencing kotor (3) dan  darah dalamnya (2). Ada darah = ada batu karang. Diorang tanya bila period. Memang bulan Oktober la. Sebab pakai implan.

Doktor minta duduk di katil yang berlangsir. Dia cek tekanan darah cara manual. Tekan hujung jari dan periksa denyutan nadi. Kemudian, panggil nurse untuk tengokkan. Ketuk di belakang badan, sebelah kiri memang sakit. Membawa ke depan. Sebelah kanan kurang sakit.

Scan

Kemudian Sha cakap ada pasang implan. Muka doktor semacam cuak. Ye la, nak kena handle kes yang agak besar. Dia kata implan di dada.

Doktor ajak ke dalam wad kecemasan. Nak scan. Doktor nampak seperti tidak tahu nak pasang mesin scanner tu. Tapi kemudian dia yang lebih arif dari rakannya. Rakannya asyik tanya dan dia jawab. Sha pun faham juga sebab jargon yang mudah difahami.

Kenapa perlu tarik nafas. Sebab nak tengok kedudukan yang sebenarnya. Sebelah kiri buah pinggang bengkak sedikit. Nak tengok ada fluid tak.

Scan rahim jugak. Kot-kot ada cyst ke firoid ke..

Doktor tanya, implan pasang kat mana. Kat sini (hospital ini). Sha tunjuk kat lengan kanan. "oh, implanon" ujarnya, lega. Eh, Sha dah salah sebut ke.. La, salah faham rupanya. Dia tanya bila habis.

"2019, jawab Sha.
"2011?" tanyanya lagi.
2019.
Oo, 2019.

Kaedah Merancang Memang Boleh Sebabkan Sakit Pinggang

Nurse tadi panggil,  "Taufik,
"Ya" sambutnya sopan.
"Kak Zah kata kalau pasang implan, memang akan sakit pinggang. Kalau nak tau lebih, tanya Kak Zah." laungnya.


Dah selesai scan. Sha boleh pergi ke tempat tadi. Dan Sha terus masuk bilik doktor yang awal-awal tadi. Baby dan ayahnya pun masuk ke sana juga. Tak lama kemudian, doktor sampai. Dia minta aku duduk di kerusi yang di sediakan. Sebenarnya, nak duduk, tapi suami yang menemani isterinya berdiri di situ. Ambil buku precription dan tulis. "Nak tanya apa-apa?"

"Tak ada apa-apa, kan?"

"Tak ada." Baik-baik sahaja. Sebenarnya nak tanya lagi pasal batu tu. Dia kata dia akan bagikan ubat untuk pecahkan batu jadi batu-batu kecil. Alhamdulillah. Bagus Doktor ini, satu persatu dia terangkan ubat. Anti-biotik (C. Cephalexin) kena habiskan dalam masa 5 hari. Ubat pecahkan batu karang (Potcit Mixture- Mix potassium Chrate) kena ambil 15ml. Ya 15ml 3 kali sehari. Ubat tahan sakit (paracetamol) dan air garam ORS.

Selepas ucap terima kasih pada doktor, terus bergerak ke farmasi pesakit luar. Masa laluan nak pergi farmasi pesakit luar, sempat Sha ambil gambar prescription ubat. Sebelum-sebelum ini tak sempat nak ambil gambar sebab dukung baby. Ooo, nama dia lain sikit. Dulu, selalu dapat Doktor Haris. Muka Doktor Wafiuddeen pun macam Doktor Haris. Kalau kata kembar pun percaya. Kacak. Muda lagi ni.

Suami cakap, Doktor Haris datang tadi, jumpa kawan-kawan dia. Diorang tegur dah sado. Patutlah Sha pun dengar juga tadi, diorang duk kata sado, sado.. Mungkin Doktor Haris dah transfer ke hospital lain kot. Lama tak nampak dia.

Macam mana Sha kenal dia? Sebab pada bulan Julai hingga ke September, baby Sha asyik jatuh sakit sahaja. Jadi, setiap minggu memang akan ke sana. Sampaikan doktor pun dah cam. Macam-macam sakit berkait dengan kahak. Selesema. Telinga berdarah dalam. Mata bertahi mata banyak. Naik biji-biji merah badannya.


Kat farmasi pesakit luar, farmasis agak ragu-ragu kenapa doktor bagi ubat garam ORS. Dia cakap bila perlu seperti muntah baru makan. Tapi kat rumah, Sha makan semua ubat yang diberikan.

Bila google hari ini, ubat garam ORS tu salah satu fungsi untuk menghancurkan batu karang!


Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Cuma kena makan ubat dan berpantang makan. Juga kena banyak minum air masak.

Sha.
Hospital Angatan Tentera (HAT) Sultan Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
4.12.2017

Terima kasih singgah sini

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker